Pages

Sunday, January 9, 2011

Sunway Lagoon Theme Park

Kembali bersiaran dilewat malam..hehehehe..okey, ni nak buat entry pasal program Isnin yang lepas. Actually last Monday kitorang pergi bermain air di Sunway Lagoon. Teringat pulak masa first time pergi sana sempena family day tempat ayah bekerja. Kalau tak silap masa tu masih sekolah rendah kot.

Pergi hari Isnin ke? Iya..memang kitorang pergi hari Isnin sebab nak elakkan dari terlebih mencuci mata dihari Sabtu / Ahad..hehehehehe..Walaupun Sunway Lagoon tu terang-teranglah memang dibuka untuk public tapi kitorang malas nak pergi masa hari puncak. Kebetulan pulak mr hubby cuti pada Isnin lepas + tiket yang kitorang dapat pun valid till 3 jan je. So memang time yang sesuai.

Sebelum nak bermain air tu, kitorang mulakan dengan aktiviti melihat spesis-spesis haiwan yang ada dekat dalam tu. Part yang paling best is bila jumpa dengan peacock. Pernah tak dengar cerita pasal burung merak yang bongkak?

Rasanya si merak ni memang bongkak sebab bila tiba je orang ramai nampak si merak ni duk terkedek-kedek berjalan, dan-dan tu lah si merak ni terus kembangkan bulunya. Ala-ala show off gitu. Hahahahaha..

Tapi memang tak dinafikan memang cantik je bila bulu merak tu dah kembang. Lepas tu pandai lah pulak si merak tu boleh pose. Kejap-kejap pose ke kiri..lepas tu ke kanan..lepas tu kedepan. Tapi bila ada seorang budak perempuan yang cuit belakang si merak tu, terus je si merak tu terkejut. Ala-ala terkejut macam makcik yang melatah.






Time ni si merak nak menguncupkan bulunya..



 Ini ada arnab dan kura-kura..dah macam ikut buku cerita sang arnab yang berlumba dengan sang kura-kura pulak.. :)

 Ketiga-tiga ekor burung tu memang elok je duduk diam..

 Iguana..

Gemuk kan ikan tu..

Kemudian kitorang terus lepak main dekat permainan yang ada kat situ tapi tak semua yang kitorang main. Cuma main satu je. Entah apa namanya. Yang pasti jenis yang Abbas, Azziz and Maryam boleh naik sekali. Tapi mr hubby ada naik kapal lanun..sekali bila kapal tu dah bergerak, tak lama lepas tu kepala diatas and kaki dibawah. Memang scary!


Haa..inilah yang kitorang 5 beranak naik..




Tengahari dalam pukul 12.45 hujan turun sangatlah lebat. Sambil nak menuggu hujan reda sikit, mr hubby beli 2 cawan air and 1 popcorn dengan harga RM18.00. Sila percaya dengan harga itu ye! Tersangatlah mahal..Tapi memang dah tak ada pilihan so belilah juga. 

Lepas selesai zohor and hujan pun dah reda, apalagi yang perlu ditunggukan..sessi bermain air terus dimulakan. Abbas and Azziz kemain xcited lagi tapi Maryam tak berapa nak enjoy coz airnya sejuk.  Kesian tengok Maryam yang menggigil. Lepas bagi dia minum susu terus je dia tidur sampai dah dekat nak balik barulah Maryam bangun.


 Ini memang khusus untuk kanak-kanak..



Ini macam sungai la..













Time ni Maryam memang dah start sejuk..

Turn Maryam pulak naik pelampung ikan tu..



Tolak jangan tak tolak.. :)


Bercanda dipersisiran pantai buatan manusia..





ZzzzZZzzzZZzz..

Okey sekarang nak cerita pasal staff kat situ. Tak tahulah kenapa staff kat situ masing-masing bajet bagus je. Dalam 5-6 orang staff yang kitorang berurusan semuanya tak mesra pelanggan. Sampaikan ada seorang tu kemain bagus je tegur i tak boleh masuk surau kalau basah. Memang tak salah kalau nak tegur tapi cara dia pandang tu yang ntah apa-apa ntah. Sabar je lah.

Lagi satu logik sikit la kan. Takkan lah lepas duk puas bermain air kat kolam tu terus je nak masuk surau pulak kan.

Masa hari tu memang hujan lebat and sikit sebanyak memang ada kena air hujan so thats why lah sebelum main air pun i dah basah. Ceh! Dah lah sebelum tu bila tanya staff yang lain kat mana surau? boleh pulak dia jawab surau tak ada tapi bilik sembahyang ada. Ada beza ke?

Aduh! siapalah nak bayangkan surau sebesar taman kat rumah i ni ada kat dalam Sunway Lagoon tu. Bilik khas untuk sembahyang tu terang-teranglah dipanggil surau. Tak tahulah kot itu sebenarnya memang dipanggil bilik sembahyang and bukan surau. Tapi kalau yang kat shopping mall tu pulak terang-terang tulis perkataan surau macam mana pulak?

Belum lagi bab turn mr hubby berurusan dengan staff kat situ lagi. Tak apa..abaikan je. Anggaplah itu sebagai kelemahan yang perlu mereka perbaiki.

Okey sambung balik..

Kalau nak diikutkan memang ada beberapa area yang kitorang tak jelajah. Lagipun kalau setakat nak bagi budak main air, cukuplah lepak dekat children pool.




 Sementara tunggu papa diorang mandi, masing-masing buat kerja nak pam pelampung lagi..

Lepas puas main air and bersihkan kiddos, terus masuk Sunway Pyramid bagi mengenyangkan perut yang dah menyanyi lagu keroncong. Kitorang lepak makan kat Hartz Chicken buffet and sangatlah berbaloi kalau nak dicomparekan dengan harga makanan dekat dalam Sunway Lagoon.


Hartz Chicken buffet..

Bagi sesipa yang nak masuk ke Sunway Lagoon, anda dinasihati supaya tidak membawa bekalan minuman atau makanan dari rumah kerana memang tak boleh nak bawa masuk kat dalam tu. Bag pakaian akan dicheck and sia-sia lah kalau ada yang bawa bekal mee goreng ke..nasi lemak ke..sebab kat situ juga akan kena buang. Air mineral botol besar tu pun jangan haraplah nak lepas masuk. So lupakan lah hasrat untuk bawa bekalan dari rumah ok. Sebelum nak pergi tu, makan lah banyak-banyak. Tapi kalau memang perut dah lapar sangat, nak tak nak kena beli jugak kat dalam tu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails