Pages

Friday, April 2, 2010

Ayam belanda satu.!

Ding dong! (bunyi bell rumah daa..) Siapakah itu? Sambil duk intai dari tingkap bilik, eh! macam kenal je..Rupanya itu orang a.k.a kawan hubby yang nak hantar barang yang dipesan. Nak tahu apa barangnya? Jeng..jeng..jeng................................


Sekali ayam belanda daa..

Sekali hubby beli ayam belanda daa. Bukannya beli pasal nak bela. Tapi nak jadikannya santapan kami sekeluarga. Hahahahahaha. Hubby beli dari Juta Kasih Enterprise. Ownernya kawan hubby jugak. Actually kitorang tak adalah makan sangat spesis ayam belanda ni tapi hubby tetiba je beli lagi (first hubby beli seekor last year hari raya). And bila dah beli, kenalah jugak buat ayam tu jadi lauk. First time i makan ayam ni pun masa beli kat mydin. Itupun beli bahagian wing. Belipun sebab tengok kepak asyam tu besar lain macam and kononya nak cuba. Rasanya pun tak adalah teruk sangat.

Lepas dapat ayam tu, mulalah fikir nak masak apa. List yang ada cuma nasi ayam belanda, rendang, ataupun nasi minyak dengan ayam belanda masak merah. Fikir duk fikir akhirnya buat keputusan untuk masak nasi minyak dengan lauk ayam belanda masak merah. Hubby siap call adiknya kat kampung tanya bahan nak perap ayam tu coz hubby nak makan ayam belanda goreng. Katanya resepi dari adiknya tu sedap.

So malam sebelum nak mulakan proses masak-memasak, hubby pun tolong potongkan nenas (untuk buat acar) and siapkan bahan untuk perap ayam tu. Dah rasa  macam buat persiapan hari raya la pulak. Mana taknya, awal-awal dah siapkan bahan untuk buat nasi minyak. Padahal nak masaknya esok pagi. Beriya betul. Hahahahaha..

Dalam hati ni rasa macam tak yakin je nak buat. Ialah..first time nak buat nasi minyak ni. Tapi berjaya juga akhirnya. Tapi mak kata nasi tu terlebih air daa. Dari ayam tu nak buat masak merah, tetiba je boleh ada ayam belanda masak kurma. Ditambah pulak dengan acar jelatah. Alah..dah nama pun nasi minyak. So memang itu lauknya.


Inilah hasilnya..

Dari seekor ayam, boleh dapat 3 jenis lauk..masak merah, masak kurma dan ayam belanda goreng. Lepas tu ajak mak, ayah, kak long, abang i  and adik ipar datang makan. Bertambah jugak diorang makan. Tapi tak bagitahu yang ayam tu spesis belanda. Kalau bagitahu, sure tak makan apatah lagi nak tambah. Lagi satu, ayam ni kalau buat goreng berempah versi adik hubby sedap gak.

Ayam Belanda Goreng Berempah

Bahan untuk diblend
Serai-bubuh lebih pun sedap
1 labu bawang putih
3cm halia
4 biji cili masak

Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng

        1.  Perapkan ayam tu dengan bahan yang diblend.
        2.  Masukkan sekali serbuk kunyit dan garam.
        3.  Gaul sebati and simpan dalam fridge. 
        4.  Bolehlah goreng bila nak makan.

Yang penting ayam tu memang habis di makan. Cuma tinggal seketul je. Tapi kalau bagitahu itu ayam belanda, sure tak luak punya. Bukannya nak menipu tapi saja nak suruh mereka rasa. Tapi lepas ni kena bagitahu jugak. Adik ipar dah tau and dia ok jer..


7 comments:

Anonymous said...

wahhhh cam sodap bebanget ja
kirim cni ckit

LiAnA said...

ada beza tak dgn ayam biasa

Sue said...

Anonymous: nak kirim kat sana tu kat mana? hehehe:)

Sue said...

Liana: tak ada beza sangat pun..ala-ala mcm ayam kampung..sedikit liat..tapi spesis ni banyak isi dari ayam kampung..try first then u know..tak kenal maka x cinta..hahahahahaha

Anonymous said...

Juta Kasih
Sue...thanks for the highlight and promo...kalau nak lagi jgn la malu2 nak tempah...tolong promo sama kawan2 yg lain jugak ye

Sue said...
This comment has been removed by the author.
Sue said...

Juta Kasih: sama-sama..malu nak tempah? tak ada malunya..hihihi..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails