Pages

Tuesday, April 6, 2010

Gulai Nenas Ikan Masin

Gulai Nenas Ikan Masin

1/2 biji nenas-dipotong nipis
10 keping ikan masin kurau-saiz sederhana
2 sudu teh serbuk kunyit
Santan kelapa-i guna 1 kotak santan yg bersaiz kecil
1 batang serai-dititik
4 cawan air


Bahan untuk diblend
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi

  1. Masukkan kesemua bahan yang telah diblend ke dalam periuk bersama 4 cawan air.
  2. Campurkan sekali serbuk kunyit dan serai. Kacau sehingga serbuk kunyit larut.
  3. Setelah mendidih, masukkan pula ikan masin kurau. Tunggu sehingga ikan tersebut telah masak.
  4. Kemudian masukkan santan kelapa dan kacau rata.
  5. Akhir sekali, masukkan nenas dan biarkan selama 5 min baru ditutup api.
Garam tak perlu bubuh dulu. Takut nanti terlebih masin coz ikan tu dah sedia masin. Tapi kalau tawar, barulah bubuh secukup rasa.

2 comments:

IdzaLia said...

fuhh... menyeleranya tgk gulai nenas ni.. mkn dgn nasi panas2.. yumm...

Sue said...

IdzaLia: makan keesokan harinya pun still best..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails