Pages

Tuesday, April 20, 2010

Cerita My Cinta

Teringat pulak dekat Abbas. Jangan salah tafsir pulak. Abbas bukannya pergi mana pun tapi dia ada kat tempat tidur dia and sedang diulit mimpi-mimpi yang indah.

Setiap kali nak masuk tidur mesti dia nak peel. Peel nak tidur dengan mama dia je. Kalau dulu bila time dia baby boleh lah tapi sekarang dah nak masuk 4 tahun and manalah boleh. Katil ni bukannya king size. Kalau tidur melintang, tergantung lah kaki mama and papanya. Kalau join tidur kat tempat dia, sakit pinggang lah jawabnya. Tilam tu tak sesuai untuk orang yang berat seperti mamanya.

Kekadang tu bila dah pagi, dia dah join sekali. Dah jadi macam sandwich yang padat dengan khazanah timun dan saladnya pulak. Azziz memang releks je. Tak sama macam Abbas yang manja.

Rasa kesian jugak bila dia sampai nangis nak mintak tidur ngan mama dia. Macam tadi (saat tengah baca blog) seboleh-boleh Abbas tahan mata sebab nak tunggu mama dia. Mata tu dah ngantuk tapi tetap nak tahan jugak. Tapi akhirnya Abbas mengalah jugak and terus tidur kat tempat dia.

Lately ni pun dah jarang bacakan bedtime story untuk ahli skuad tercinta. Kalau dulu, setiap kali masuk tidur mesti dah standby buku and disuruhnya mama atau papanya baca. Sampaikan buku mewarna pun disuruhnya baca. Papa dioranglah yang kena buat ayat sendiri berpandukan gambar kat dalam buku tu.

Abbas dah kenal ABC and 1 to 10. So its time for me to teach him alif ba ta pulak. Satu masalah Abbas ni bila nak ajar alif ba ta, selalu je bagi alasan  "Abbas tired", "later lah mama" dan yang paling tak tahan tu boleh cakap "Abbas don't like alif ba ta. ABC's only ".

Geram jugak kadang-kadang tu tapi tak kan nak paksa pulak. Tak nak lah nanti dia rasa bosan pulak nak belajar. Give him time.

Satu progress terbaru Abbas sekarang ni ialah dia dah boleh baca doa tidur. Yup! as a mother i'm very happy and proud of him. And Azziz masih lagi dalam progress nak belajar ABC. My little princess still meniarap lagi. :)





Love them very much!

4 comments:

IdzaLia said...

bestkan bila tgk progress anak2 sedikit demi sedikit.. (^__^)

Sue said...

IdzaLia : A'ah..satu persatu kita dapat tengok kat diorang ni.. :)

LiAnA said...

yelah besar2 camni mcm peel.. kdg kita ajar dia taknak pulak sibuk nak berimaginasi dgn mainan.. so kena jelah ikut.. kang paksa takut lg dia tak sukakan...

Sue said...

LiAnA : betul tu! hihihi..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails