Pages

Thursday, April 1, 2010

Di waktu petang

Lately ni boleh dikatakan setiap petang hujan. Tak kiralah hujan renyai or hujan lebat. Yang penting tetap hujan. Hehehehe..

Sekarang ni bila waktu petang dapatlah hero-hero kat rumah ni buat aktiviti luar bersama atuknya. Ialah sementara atuknya ada kat sini. Bolehlah layan Abbas and Azziz. Tapi kalau atuknya dah balik kampung (jaga my atuk), mereka berdua ni tak dapatlah nak buat aktiviti kat luar. Bukannya tak nak bawa tapi takut tak terhandle pulak. Ialah mestilah nak kena bawa 3 orang sekali.

Biasanya atuk diorang ni bawa naik jeep dan motor. Kadang-kadang tu naik basikal. Apalagi, itulah saat yang dinanti-nantikan oleh Abbas and Azziz. Tapi sebelum keluar main, perkara pertama yang mereka kena buat ialah kemas kan segala macam toys yang dah dimain. Barulah boleh keluar main. Kalau budak-budak tu tak kemaskan, apalagi...................i lah yang kena kemaskan.


Apalah yang nak direka tu..

Satu masalah Azziz ni pulak, bila dah syiok main, kadang-kadang tu memang payahlah nak balik. Lepas tu bila dia tengah syiok main motor, and tetiba pulak motor tu habis bateri, dia pulak yang nak marah kat kita. Pastu suruh tolak pulak. Amboi..amboi..amboi..sesukahatinya dia nak suruh orang tolak. Ingat kita ni penolak motor ke.

Abbas ni pulak memang suka menyakat Azziz. Kadang-kadang tu sengaja je dia langgar Azziz. Pastu cakap "accident dah". Kelakar jugak bila tengok gelagat mereka berdua ni bila bawak jeep dengan motor.


Sukanya Abbas dapat langgar Azziz..

Lagi seminggu atuk diorang balik kampung. So kenalah diorang tunggu weekend kalau nak main kat luar. Tapi kalau nak main jugak, setakat main dalam kawasan gate rumah je lah.


6 comments:

Datin El said...

Sue..masa akak melayan kerenah anak besar ni dah lepas skg duk tunggu nak melayan cucu pulak insyaAllah coming soon..

LiAnA said...

kelakar budak 2 org ni kikiki...
tapi oklah ada geng main sesama..

Sue said...

Datin El : Ye ke? so sekarang ni akak pun tengah menghitung hari nak timang cucu la ni ye..:)

Sue said...

Liana:kelakar tu kelakar jugak tapi bila start peel.......tak dapek den nak nolong..hehehehe

M124154 said...

sue.. bestnya life bila ada anak2
tgk gelagat depa pun dh cukup buat hati terhibur kan

Sue said...

M124 154: itulah..memang menghiburkan.. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails