Pages

Sunday, April 4, 2010

Balik kampung

Petang tadi baru sampai rumah dari kampung. Tak adalah penat sangat......balik Melaka je.

Semalam sambil duk simpan barang dalam kereta, sempat lagi bawa bola sekali. Kononnya nak bagi budak main bila sampai kat kampung. Tapi sampai je sana hari dah hujan so tak dapatlah budak-budak tu nak main kat luar. Lepak kat dalam rumah je lah..

Malam tak ada buat apa-apa program. Dah nama pun balik kampung bukannya nak pergi melancong. Lagipun tidur satu malam je. Habis je layan cerekarama, terus masuk tido. Waktu ni lah baru Maryam dapat tidur lena.

Bila dah siang, dapatlah budak-budak main kat luar. Excitednya tak payah nak cakap lah. Hanya mereka yang tahu. Sebelum nak balik Shah Alam sempat juga suruh hubby ambil mangga.

Mula-mula tu guna batang buluh je. Tapi lepas tu hubby boleh pulak panjat pokok tu. Yang kelakarnya pulak bila hubby dah kat atas pokok, Abbas boleh cakap "same like orang utan"...wakakakakakaka..Itu yang tak tahan tu. Atuknya yang ada kat situ duk tergelak je. Sesuka hati je statement dia. Aduhai Abbas..


Excited sungguh mereka berdua..

Kusyuknya Azziz tengok papa dia panjat pokok..

Tengah kutip buah mangga..

Tunggu masa nak buat jeruk and kerabu..

Sampai je rumah sempat jugak masak untuk dinner. Ingatkan nak tapau je tapi hubby nak makan gulai nenas dengan ikan masin. So masak je lah..


Gulai nenas dengan ikan masin..

p/s : Rasa touching sikit bila mak and ayah boleh pasangkan kelambu untuk cucunya pada pukul 2.00am.

4 comments:

Datin El said...

salam sue ..seronok nya balik kg..terliurlah tenguk gulai lemak ikan masin tu..sedapnya..nyum2

Sue said...

Datin El: salam..sesekali pekena lauk mcm tu memang best. memang menyelerakan.. :)

IdzaLia said...

lama tak makan gulai nenas ikan masin tu.. sedapnya tengok..

Sue said...

IdzaLia: sama lah kita..itu yang buat semalam tu..alang-alang ada nenas, itu yg terus beli ikan masin..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails