Pages

Tuesday, January 25, 2011

TAG..25 random thing about me..

Dapat TAG lagi..kali ni dapat dari kak kasih dari kasihredha. So bila dah dapat TAG ni, silalah buat ye..

 
"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."
Check it out!

  • Me merupakan anak ke-4 daripada 4 orang adik beradik. So kiranya yang bongsu and that's why my family panggil i adik.
  • Suka melihat kecantikan dan kesegaran bunga yang ditanam dilaman tapi tak tahulah apsal sampai je kat tangan i ni..terus lingkup tanaman tu. Orang kata itu maknanya tangan busuk..(sesuka hati je buat perumpamaan macam tu kan... Mini garden yang kononya beriya nak buat pun dah rupa garden tangkap muat je.
  • Mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
  • Mr hubby cakap i pandai membebel. Dia yang cakap..bukan i yang cakap tau..hehehehehe
  • Suka dengan warna-warna yang berani macam merah. Hitam pun suka..semuanya suka lah..janji mata sendiri yang syiok je tengok.
  • Tak suka menunggu dan buat orang lain tunggu. Agak-agak kalau nak jumpa pukul 2pm, tolong sampai tepat pada waktunya. Tapi kalau agak-agak lambat sampai, tolong bagitahu. Jangan sesukahati je cakap "dah nak sampai " tapi hakikatnya diri sendiri tak sure lagi berapa minit nak sampai.
  • Paling lah pantang kalau bila call or sms tak dijawab tanpa sebarang alasan munasabah. Pernah sekali tu i jez nak call and sms sebab nak tanya komfem atau tidak untuk datang pada satu majlis ni..boleh pulak keesokkan harinya barulah call / sms i tu dibalas pastu "eh, semalam ada call / sms ek?". Wah..wah..wah..wah..terang-teranglah report sms tu memang mengatakan sms telah diterima and panggilan tu memang berdering pastu boleh pulak tanya soalan macam tu. Ceh! sabar je lah..Kalau tak nak datang, cakap je tak nak datang.
  • Seorang yang rabun.
  • Seorang yang boleh jadi loyar buruk, minah lawak and serius. Of course la kan..takkan most of the time nak loyar buruk pulak. Kang tak pasal-pasal orang keliling kita pulak tension dengan attitude kita.
  • Hampir setahun setengah tidak dapat menggunakan tangan ketika nak makan nasi tapi terpaksa menggunakan sudu dan garfu. Ini bukan pengaruh dari drama korporat kat slot samarinda tu ye. Tapi kerana disebabkan eczema pompholic yang secara tiba-tiba ada. What to do? anyone here yang ada petua? Share with me okey..
Fuhh! apalagi ek..15 more to go..

  • Pernah memiliki rambut panjang sehingga paras pinggang. Itu zaman sekolah rendah la..Sekarang ni tak boleh nak bagitahu la kan..
  • Sebelum wujudnya Uniquely Me..? ni, jangan haraplah nak stay sampai lewat malam melainkan dihujung minggu. Tapi sekarang ni pukul 3 pagi pun belum tentu dah tidur. 
  • Sebelum wujudnya blog ni juga, i lebih kepada bercucuk tanam di farmville, barn buddy dan sunshine ranch yang ada dekat FB tu. Pukul 5 pagi sanggup bangun nak kutip hasil tanaman sebab tak nak bagi orang lain curi. Tapi bila dapat curi hasil tanamn orang lain..perrgh, memang sukalah sangat. Masa bulan puasa lepas sahur sementara nak tunggu azan subuh, komfem kuitp hasil dulu. Itulah penangan game bercucuk tanam. Tapi sekarang tidak lagi.
  • Bukan jenis yang mengadap depan tv. Tapi sekarang ni tengah layan Lagenda Budak Setan the series dan slot lestari dekat tv3. Sinetron ke..megatron ke memang i tak layan.  So maknanya dalam seminggu tu 2 kali je lah i akan ingat drama yang i layan. Yang lain tu agak-agak mr hubby layan best yang jenis tak ada sambung-sambung, i follow je.
  • Suka dengan ulam petai, jering dan kerdas. Wahahaha..semuanya busuk! Tapi itu yang terbaik. And i lah yang menjadi guru kepada mr hubby agar makan maggi bersama petai mentah. Kemain suka dia. Lauk rebung dengan daging tetel pun my feveret..marvelicious! Baunya sungguh menusuk kalbu..hehehehe..
  • Boleh buat 2 benda dalam satu masa. Contohnya, sementara i menuggu lauk nak masak, i akan cuba lipat kain ke..sidai baju ke..mandikan kiddos ke.. Thats why mr hubby cakap i unique!
  • Me, my self and i bukan jenis yang bangun awal. Oh! jangan ingat i ni jenis yang over tidur ok. Cuba u bayangkan kalau i tidur pukul 3.00am or 4.00am. Don't expect i nak bangun awal ok. My body perlukan at least 6 hour untuk tidur. Lepas subuh komfem sambung tidur balik. Yang penting semua kerja dibereskan.
  • Suka bila tengok rumah berada dalam keadaan yang kemas dan teratur. Sedap je mata memandang.
  • I boleh mop lantai dan basuh baju di tengah malam which is orang lain pun tak prefer nak buat and suka vacum tak ikut time. Kalau tetiba malam tu nampak carpet ada benda yang perlu di vacum, pasti akan di vacum. Padahal time tu dah nak masuk tidur dah. Mr hubby dah sound dah. Tapi..(kalau tak ada tapi tak boleh ke?)
  • Masa kecil dulu pernah kena sampuk. Betulllll..tak tipu. Apa yang i ingat masa tu tengahari and lepas buat sampah terus pergi belakang rumah mak cik sebab nak tengok rambutan. Tetiba terus lari balik rumah and tidur. Lepas tu dah tak berapa nak ingat. Siap pandai cakap perkataan tamil tu. Tapi tak adalah dapat buat susunan ayat yang teratur. Sampai sekarang ada diantara sedara yang bila jumpa i komfem akan cakap "amma..appa"..Ceh! perli nampak.
  • Masa baru kawen dulu pernah drive secara tak halal all the way from KL to kampung mr hubby, Kuala Terengganu. Ini kes bagi muka la ni. Maklumlah baru lepas kawen. Lepas tu dapat saman ekor terus mr hubby tak bagi bawa kereta. Hambik kau! Tapi sekarang dalam proses nak ambil lesen.
  • Memiliki diploma dalam bidang rekabentuk dalaman. But seriously my sketching is very very bad. Tahap tak boleh blah. But i more to autocad. Pergggh! dah lama tak pratikkan.
  • Tak minat menjahit sebab memang tak reti dan malas nak ambil tahu. Pernah sekali dulu i hanya menggunakan gam gajah semata-mata nak lekatkan bahagian kain yang dah terbuka dan pernah juga menjahit butang baju kemeja dengan versi benang yang pelbagai warna. Dan-dan tu ada dalam 3-4 butang baju yang tercabut. So ada 3-4 versi warna benangnya la jugak. Time tu tengah bercinta dengan mr hubby and boleh pulak dia perasan. Nak tak nak dia kena redha je lah kan.
  • Sukar untuk membeli wallet dan sandal. Tapi kalau ada yang bagi free, amik je lah. Tak yah cakap banyak. Bukan selalu orang nak bagi free kan.
  • Itulah fakta paling jujur mengenai owner blog ni. Now my turn nak TAG blogger lain yang lain pulak. Maaflah kerana tidak bertindak mengikut arahan..tak cukup 25! :)


P/s: Lerrrr..Apsal entry kali ni banyak perkataan mr hubby ek? 

      11 comments:

      LiAnA said...

      uittt byknya 25 kekeke.. ok2 tq... ku akan buat yer

      kasihredha said...

      kita sama2 adik lah ye..:)

      Cikgu Nurin said...

      Ho ho ho....dua pupluh kime yek...nanti akak karang..., tima kasih tag akak yek...

      raFida oThMan ( fiEda ) said...

      alahai byknye!! apelah yg aku nk cerite...aduhai sue.awat tag haku.

      Unknown said...

      LiAnA : take your time..hehehehe

      Unknown said...

      kasihredha : itulah..adik yang dah pun besar.. hihihihi

      Unknown said...

      Cikgu Nurin :yup! 25.. buatlah nanti ye..

      Unknown said...

      fiEda : Think..think..think..think.. :)

      Lia said...

      25??
      fuhh berpeluh nak taip ni.. hehe

      Unknown said...

      Lia : fuhhhhh! :)

      a.z.r.i.n.a.03.07 said...

      huhu..

      ini tag yang sama dari 3 orang yang berlainan.


      timaseh Sue.

      Post a Comment

      Related Posts with Thumbnails