Pages

Tuesday, March 30, 2010

Fettucine Cabonara

Hari ni tak masak nasi. Cuma masak pasta je. Whoops! jangan salah sangka. Hari ni bukan penyakit malas datang mengejut tapi saje je nak buat pasta. Barang-barangnya pun memang dah ada. Bila buat pasta, lajulah budak-budak ni makan.

Pasta ni creamy sikit. Kali ni i makan dengan cili padi coz chilli flakes dah habis. Biasanya i bubuh chilli flakes coz nak bagi rasa kick sikit. Barulah uummph! Kalau tak bubuh chilli flekes pun tak apa. Memang dah sedap dah pun. Cubalah.

Fettucine Cabonara

500gm fettucine-dimasak dahulu dengan campuran sedikit garam dan minyak zaiton.                  
3 tin sos cabonara
4 cawan air
*chilli flakes

  1. Tuangkan sos cabonara ke dalam periuk.
  2. Campurkan 4 cawan air ke dalam periuk tersebut. Biar mendidih.
  3. Setelah sos telah masak, tuangkan ke atas pasata yang telah siap dimasak.
  4. Taburtkan chilli flakes kalau nak ada rasa pedas sedikit.

Simple and easy..

Sesuailah sangat untuk budak.. :)

Ha..kan dah cakap..

Semalam lepas tidurkan Maryam and sementara tunggu hubby balik dari kerja, sempatlah juga menyapu. Ingatkan nak guna vacum je tapi malas pulak nak ambil vacum tu yang ada dalam stor. Alah, bukannya susah sangat nak ambil tapi saja je nak guna penyapu. Rajinlah kononnya.

Sekarang ni banyaklah rambut yang disapu. Al-maklumlah..lepas 3 bulan bersalin, hormon keguguran rambut akan datang. Itu yang kena menyapu pagi dan petang. Kadang-kadang pagi je. Hehehehehe..

Sambil duk kusyuk menyapu, tetiba je terpandang kat satu benda ni. Rasanya benda ni macam pernah dilihat. Memang sah! Lofti yang baru dibeli telah dijadikan bahan eksperimen. Aduhai.............setakat geleng kepala la yang mampu dibuat.

Bila dikutip semula dan diperhatikan dengan lebih dalam lagi, rasanya lofti tu still tak cukup sifat lagi. Kesiannya..............tapi nak buat macam-mana. Kalau eksperimen tak dijalankan memang lah tak sah.

Dan yang paling tak tahan tu, budak-budak tu boleh pulak dengan selambanya bagitahu "mama, lofti dah broken dah"..Ish..ish..ish..memang payahlah kalau permainan diaorang ni nak maintain macam baru dibeli.


Inilah hasilnya..

Memang betul lah kata orang..budak kecik memang akan ada tahap curiositynya.

Service Charge

Mungkin ada diantara kita yang pernah meminta upah atau diberi upah ketika melakukan sesuatu perkara sewaktu kita kecil dahulu. Jadi hayatilah cerita ini (cewah!)...........................................

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.. Kos upah membantu ibu:

  • 1) Tolong pergi kedai : RM4.00
  • 2) Tolong jaga adik : RM4.00
  • 3) Tolong buang sampah : RM1.00
  • 4) Tolong kemas bilik : RM2.00
  • 5) Tolong siram bunga : RM3.00
  • 6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

  • 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
  • 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
  • 3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
  • 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
  • 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si
ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “TELAH DIBAYAR” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

So moral of the story, kasih ibu tidak boleh dibandingkan dengan wang rringgit. :)



Sumber: Puteh_Beautifulnara

Monday, March 29, 2010

Al-Kisahnya

Penat masih lagi terasa. Mana taknya, hari sabtu lepas asyik berjalan je. Hari tu pukul 8.30am dah keluar pergi SJMC. Lepas je settle urusan kat situ, terus ke Carrefour dan Giant. Dalam pukul 1.15pm baru sampai rumah. Itupun cuma sempat sembahyang zohor, mandikan Abbas dan Azziz dan sidai baju yang dah meronta-ronta minta keluar dari mesin basuh. Pukul 2.15pm dah keluar balik.

Kali ni menuju ke Bangi. Kat Bangi ada 2 acara. Pertama pergi menghadiri kenduri aqiqah and second pergi lepak minum dengan kawan hubby. So bila perjumpaan family diadakan (bunyi mcm gempak je..hehehe) banyak lah perkara yang disembangkan. Wife kawan hubby pun blogger jugak. So sempat lah jugak menuntut ilmu. Thank you kak Liana!

Sembang punya sembang, pukul 5.10pm dah balik rumah. Sementara nak tunggu keluar dinner pukul 8.00pm, sempat lagi layan fb and main game yang bercucuk tanam tu. Itu yang tak tahan tu. Hehehehee..

Dinner kat Flamming Steamboat (dekat dengan Sunway Pyramid). Ingatkan dapat table kat dalam (air-cond) tapi rupanya kat luar. Memang lah open air tapi malam tu tak ada pulak angin yang bersepoi-sepoi. Kesian pulak kat Maryam. Sepanjang dinner tu Maryam tak tidur. Mana taknya, dah lah pakai long sleeves lepas tu duk terperuk kat dalam stroller. Itu yang dia tak tidur. Nasib baik dia tak meragam.


Sungguh banyak seafood yang diambil..

Sebahagian dari udang yang belum di makan..

Azziz yang banyak makan dari Abbas..

Maryam yang tak banyak kerenah..

Ingatkan program dinner malam tu adalah program yang terakhir untuk hari tu. Tapi tidak sama sekali. Kitorang boleh pulak naik Genting. Cadangnya memang nak stay 1 malam  kat Genting tapi tak jadi. Akhirnya awal pagi kami sampai rumah.


Family potrait..

Tapi yang pastinya kesian kat budak-budak coz mereka tak cukup tidur.

Mee Kering Goreng

Mee Kering Goreng

4 keping mee kering-yang telah direbus
5 sudu minyak untuk menumis
Daging / ayam yang telah direbus-sukatan sendiri
6 bulas bawang putih-dicincang
1/2 biji bawang merah-dicincang
3 labu baby cabbage
Kicap manis-sukatan sendiri
Kicap masin-sukatan sendiri
Garam
3 sudu besar sos tiram
*chilli flakes

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dicincang hingga naik bau.
  2. Masuk ayam / daging.
  3. Tuangkan sos tiram dan sayur.
  4. Masukkan mee kering yang telah direbus tadi. Kecilkan api.
  5. Tuangkan kicap manis dan kicap masin serta garam secukup rasa.
  6. Gaul sebati.
  7. Kalau nak pedas, bubuh chilli flakes.


Friday, March 26, 2010

Iya ker tipah...............?

Baru lepas bayar bil kat M2U. Bayar bil elektrik je coz bil telefon dah bayar awal-awal lagi and this month bil air free. Sukanya.......(sambil tersenyum dari telinga kanan sampai telinga kiri)!

Kat bil tu tertera jumlah yang perlu dibayar RM -0.83. Uiks! jangan ingat orang dalam rumah ni tak mandi tau. Inilah dinamakan pandai berjimat. Aik! angkat bakul sendiri nampak.Hahahha....Tak ada maknanya!

Actually bil air 9 hengget lebih tapi kat Selangor dapat diskaun and itu yang terus jadi negatif tu. Tapi rasanya next month punya bil mesti tinggi coz ada masalah dengan tangki. Ntahlah, hari tu dah panggil indon repair tapi tak settle jugak. Sekarang ni kena tunggu weekend baru boleh buat and hopefully lepas ni tak ada lah lagi masalah tangki.

Esok ada appointment dengan skin specialist. Nampak gayanya kena keluar rumah awal. Walaupun dah buat appoinment tapi tetap guna konsep siapa cepat dia dapat. Dan yang pastinya hari esok jadual i penuh dari awal pagi sampai lah ke malam. Wah! berlagak artis la tuh! wakakakaka.. And kalau ada program minum, itu maknanya sampai tengah malam.

Kenapa? Tak percaya? (ikut style iklan bumiputera commerce).

Impian setiap orang

Semalam ada dapat email dari someone. Its a foward email. Memang  menarik. Dan mungkin info-info dibawah ada yang dah tahu tapi i still nak share jugak. This is because sharing is caring walaupun kekadang tu sharing is scary...hehehehehehe..

Okey....Check it out!

Tip untuk ibu bapa
  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
  • 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

  • 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

  • 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

  • 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

  • 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

  • 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

"Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak" (Fadzilah Kamsah-Pakar Motivasi)






















                                                                                        

Thursday, March 25, 2010

Hari ini.......

Masak dah settle. Hari ni belum pukul 10am dah selesai masak. Very the cepat! Hari ni masak sardin, sayur kambas (ada yang panggil peria) goreng cili and fishball soup for my kids. So tunggu waktu lunch je lah sekarang ni.


Sardin yang telah dimasak..

Kambas goreng cili..

Fishball soup for my kids..

Abbas dengan Azziz lepas breakfast dah minta nak pergi rumah atuk diorang. Katanya nak tunjuk bot dengan lofti (berdoza) yang i beli semalam kat atuk. Nak eksyen kat atuk la tu...wakakakaka...

Budak ni panggil berdoza tu lofti sebab ikut dalam cerita bob the builder. Tapi dalam cerita tu lofti bukan untuk berdoza tapi untuk kren (agaknya kot). I yang salah bagitahu diorang. So sampai sekarang budak-budak tu duk ingat lofti tu untuk berdoza. Hua......................

Ingatkan setakat nak tunjuk kat atuk je. Rupanya siap dapat bateri lagi tuh! Bot tu kena guna bateri then barulah boleh jalan kat air. And bukan setakat tu je, atuknya siap boleh pam swimming pool diorang ni sebab nak bagi bot tu jalan kat air. Itu yang tak tahan tu. Wah! tak sabar lah bebudak tu nak main. Kalau Maryam dah besar ni, pasti dah join sekali.


Dah tak sabar la tuh..

Now tengah tunggu little princes bangun...syioknya dia tidur...ZzzZzzz..


Sungguh lenanya..

Pasar Malam

Yesszaaa! back to normal now. Semalam lemau sket (nasib baik settle juga segala macam urusan). Hehehe..

Lepas maghrib semalam hantar Abbas and Azziz pergi rumah nenek diorang coz nak pergi pasar malam. Cadangnya memang nak bawa diorang berdua tapi terpaksa cancel. Cuma bawa Maryam seorang je. So hubby lah yang dukung Maryam dari awal sampai lah habis membeli-belah.

Sama macam pasar malam yang lain, kat sini pun macam-macam ada. Sambil duk berjalan, singgah kejap kat tempat toys. 3 barang RM10! Hubby dengan i pun pilih lah mana-mana toys untuk Abbas dan Azziz. Kesian pulak kat diorang yang kena tinggal. Lagipun kalau beli bukan depan diorang ni lebih afdal sikit. Hehehehe..

Harap kali ni toys yang dibeli dapat kekal lama. Biasanya susah sikit nak kekal lama. Kalau kereta tu ada 4 tayar, boleh jadi tak ada tayar langsung. Kalau dalam lori ada pemandu, tetiba pulak pemandu tu ada kat rumah mak. Siapa nak jawab tu??? :) Belum lagi bab-bab experimen yang lain.

Plan nak beli bahan mentah tapi toys yang disambar dulu. Ish..ish..ish. Akhirnya dapat lah beli ikan, sayur, buah tembikai and etc.


Inilah barang yang di beli..


Haa..tak tahu lah berapa lama boleh maintain macam tu..

Biasanya hubby yang bawa barang but this time i yang bawa coz hubby dah dukung my liltle princess. Nasib baik barang tak berapa berat sangat.

Wednesday, March 24, 2010

Hari Yang Lemau...... :(

Hari ni rasa lemau sikit. Mungkin sebab tak cukup tido kot. Ntah la.......hari pun macam nak hujan. Kalau join budak-budak ni tido mesti best.

Hurm............bangun macam biasa pagi tadi tapi hari ni tak buat breakfast coz rumah belakang (rumah mak) sponsor mee hoon goreng. Cuma buat air untuk hubby je. Lepas hubby pergi kerja terus je basuh CD. Hari ni banyak pulak CD yang kena dicuci. Nasib baik lah zaman sekarang ada mesin basuh...........


CD oh CD..

Ingatkan nak sambung tidur lepas tu tapi tak sampai 10 minit nak boom, tetiba pulak Abbas and Azziz dah bangun. So kena lah lupakan niat yang murni tu.

Lepas je uruskan makan pakai diorang, i pun sambung buat kerja .............

Tuesday, March 23, 2010

Garlic Baby Cabbage

Garlic Baby Cabbage

10 kuntum sayur baby cabbage
1 labu bawang putih-dihiris nipis
5 sudu besar minyak zaiton
Garam secukup rasa

  1. Panaskan minyak zaiton
  2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau / kekuningan
  3. Masukkan sayur baby cabbage
  4. Tabur garam secukup rasa
  5. Boleh makan

Garlic Baby Cabbage..

Inilah resepi tang paling simple dan best!

Lil' Princess..Maryam

Hari-hari duk mengadun Maryam and kejap je dah bulat. Hehehe. Sekarang ni Maryam dah nak masuk 4 bulan. Belum pun makan apa-apa tapi dah gembol dah. Ok lah tu. :)

Abang-abangnya tak payah nak cakap lah. Kalau sehari tak mengusik adiknya memang tak sah. Ada je idea yang nak dibuat. Azziz siap boleh buat naik kuda bila time Maryam meniarap. Memang merbahaya! Abbas ni pulak suka sangat cubit pipi Maryam. Pasal pipi Maryam ni gebu dan pejal kot. Wakakaka. Itulah yang kekadang i boleh jadi king kong. Ggrrrrr.................


Tengok gelagat abang-abangnya la tu..


Hye..

Sekarang ni selain dari meniarap, my liltle princess dah mengikut tabiat Azziz di waktu lapang. Apalagi kalau bukan main trumpet (hisap jari). So maknanya budak-budak ni semuanya hisap jari bila diorang baby. Abbas sampai umur setahun sebulan dah tak hisap jari dah. Tapi yang Azziz ni pulak boleh samapi ke 2 tahun. Hurm........tak tahu lah bila nak stop. Risau jugak kalau tabiat ni sampai masuk tadika. Kalau hisap jari time baby tak apa, itu memang dah sebagai diorang punya pacifier. Orang tengok pun nampak biasa je. Kalau yang hisap jari sampai masuk sekolah??? sapa mau jawab tu?...Ish....... ish....... ish........


This is my pacifier..

Waktu siang memang Maryam tak boleh nak tidur kat hall. Kalau tak tidurnya pasti terganggu. Mana taknya, abang-abangnya duk main sampai riuh sekampung. Nak marah sangat pun tak boleh jugak coz takkan diorang nak main senyap-senyap. Dah nama pun budak. Bila ditegur pun, kejap je diamnya. Itu belum lagi bila time Azziz menangis. Rasa macam bergegar satu rumah.

Kesian tengok Maryam yang selalu terganggu tidurnya, sekarang ni i bawa Maryam tidur kat dalam bilik atas. Wah! lama jugak dia tidur. Syiok tu! Mesti banyak mimpi indah. :)


Syiok nya Maryam tidur..ZZzzzZZZzzzz..


Love my family..

Monday, March 22, 2010

Steamboat syiok sendiri

Sabtu lepas pergi Jaya Jusco dekat Taman Equine. Lepas lunch terus gerak. Hubby dapat JJ voucher sebanyak 200 hengget. Dari rumah lagi dah target barang yang hendak dibeli. So sampai je  JJ terus ke bahagian elektrik. Sambil duk jalan-jalan, akhirnya dah jumpa apa yang  nak dibeli. Its a pan grill with steamboat! RM199.

Tapi kitorang tak beli terus coz kitorang nak jalan-jalan dulu kat dalam tu. Jalan punya jalan, tak ada angin dan ribut taufan tetiba pulak hubby beli kasut. Ish ish ish..Lepas tu ingatkan nak lepak minum tapi tengok cash tak cukup pulak. Mesin ATM kat situ semua hancus. Tak boleh guna. So program lepak minum dibatalkan dan terus pergi beli pan grill and ciow terus.

Next program cadangnya nak ke Putrajaya. Nak tengok pertunjukan hot air balloon. Bila dah sampai area Putrajaya, terpaksa patah balik coz jalan jem and memang tak sanggup nak hadapinya. Kesian pulak kat Abbas dengan Azziz.

Sebelum balik, singgah kat Giant. Nak beli barang-barang untuk dinner. Al-maklumlah, dah ada pan grill ni so kenalah rasmikan secepat yang mungkin. Dapatlah beli seafood, segala macam bentuk bebola, mee kering and etc.

Sampai je rumah, uruskan budak-budak dulu then baru lah buat persiapan untuk dinner.


Pakej grill steamboat for 2 adult & 2 child..

Yummie!

Abbas dan Azziz dah tak sabar dah..

Macam ku kenal je tangan tu..hehe


Lepas ni boleh la buat lagi bila teringin nak makan ala-ala steamboat..

Second Tag

[1] Siapakah diri anda di rumah?
Seorang yang tegas, penyayang dan kekadang tu seorang badut kepada 3 buah hati tersayang..seorang tarzan dan kekadang tu boleh jadi king kong bila Abbas atau Azziz peel..seorang cikgu diwaktu pembelajaran anak-anak..dan juga sebagai seorang isteri yang boleh tahan bebelnya. Hehehehe..

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Hurm ada yang cakap i ni seorang yang serius (ye ke?) Kadang-kadang tu loyar buruk gak.

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai.
  • nak sangat tengok hubby quit smoking (ini idaman yang memang duk tunggu bila la nak tercapai)
  • nak njoy shopping.
  • nak ada lesen (itulah, bila mak suiruh buat awal-awal malas sangat. Tak pasal-pasal dah ada dalam senarai 5 benda yang diidamkan)
  • nak mempunyai sejumlah cash yang banyak. Then barulah boleh njoy shopping. Barulah dapat tunaikan segala macam yang didamkan.
  • nak dapatkan balik berat 46kg. So nak kena xcercise la..
[4] Siapakah nama pasangan anda?
Mr Fadzil

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
  • seorang yangt ringan tulang dalam bab menguruskan anak-anak
  • bertanggungjawab
  • seorang joker
  • penyabar
  • baik hati
Psst!..psst!..kalau hubby tau ni, pasti kembang semangkuk!

[6] Bila tarikh anda couple?
Tarikh couple tak ingat daa..kalau tanya tarikh kawen sure ingat. Hehehe

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Hurm............................................................................. :) gaduh-gaduh gitu jer.

[8] Lagu tema cinta anda?
Hero dari Enrique Iglesias.

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Bila hubby cakap "i nak quit smoking" and dia tunaikan sepenuhnya. Itu yang i nak lihat. Sebelum ni main cakap je.
 
[10] Tag 10 rakan ada yang lain
Tak ada 10 yang boleh di tag kan setakat..cik siti je.


TAG from Liana

TAG

Ni first time buat tag. Nampaknya kalau nak buat tag seelok-eloknya jawapan kenalah jujur..Betul ke? Check it out!

No.1 Aperkah jenama Deodorant yg korang pakai skang?
Nivea

No.2 Brand ikan Sardin dalam tin yang paling digemari?
Brand King (baru je start pakai)..kadang-kadang tu pakai cap Ayam..

No.3 Apakah bahagian badan anda yg paling anda rasa SEKSI & SEKSA!
Whoops! keep it to myself..

No.4 Aper hadiah yg paling 'HAMPEH' yg korang penah terima dr yg tersayang?
Tak ada pulak yang hampeh..

No.5 Korang akan rasa diri disayangi bila.........???
Bila ada orang sayang diri ini..

No.6 Apakah hadiah yg korang akan kasik pada bakal mak mentua pd kali pertama berjumpa?
Hurm..rasanya senyuman pertama dari ku untuknya..Wah!

No.7 Antara Belacan, Cencalok & Budu...yang mana lebih wangi dan sesuai dibuat perfume? (Yang mana lebih wangi dibandingkan dengan bau kentut anda?)
Rasanya 3 diatas tak boleh buat perfume..bau yang tak boleh bla daa..

No.8 Jenama kasut paling banyak yg anda miliki?
Vincci..dulu laa..


No.9 Sekiranya anda menjadi Menteri Pembangunan Masyarakat & Perancang Keluarga apakah yg akan anda lakukan demi meramaikan rakyat Malaysia? Sekiranya ditawarkan anda berminat utk memegang jawatan menteri ape?
Soalan ni tak boleh nak fikir la..sorry ek!..(lama sangat duk memikirkan soalan ni)

No.10 Sila Tag kepada 5 orang yang sangat anda rasa sesuai menjadi menteri di atas!
Alamak! baru je ada blog sendiri..hurm, tak ramai pun yang ada..(sedihnya..hehe)
  • siti
  • mala
TAG from Liana

Friday, March 19, 2010

Jalan-jalan cari makan..

Hari tu dinner kat Hartz Chicken Buffet dekat Sunway Pyramid. Mak, ayah, kakak dan abang pun join sekali. Hubby belanja! Kakak yang baru 3 minggu bersalin pun join jugak. Ish.. ish..ish..

Malam tu bagi chan kat Abbas and Azziz. So maknanya diorang bolehlah makan apasaja tanpa disekat. Ais-krim tak payah cakap la. Siap ada second round lagi tu. Apatah lagi air gas.

Tenung apa la tu..

Syioknya melantak sampai tak sedar hubby snap gambar..hehe

Abbas tengah syiok makan spaghetti..

Sempat jugak singgah kat MPH bookstore. Tengok punya tengok dapatlah beli 3 buah buku untuk Abbas dengan Azziz. Hubby pergi singgah kat Guardian beli termometer yang baru. Yang lama dah rosak daa..Hurm elok sangat lah tu. Senang sket kalau nak pantau suhu kalau budak-budak ni demam.

Buku Chuggington yang dipilih Abbas..

Dalam pukul 10.00pm dah ciow dari situ. Ingatkan nak sambung lepak kat tempat lain (tak puas-puas lagi tu) tapi takpelah..next time la jawabnya.

Whooops!

 Bila sibuk baca blog tetiba mata ni terpandang kat satu artikel mengenai seorang artis dengan anjing. Whoops! siapakah itu? Jeng jeng jeng.. Rupanya Sharifah Sofea daa. Kat sini ada statement Sharifah Sofea kepada Kosmo..

Adakah gambar seorang wanita berkemeja-T putih sedang bermain dengan anjing itu milik Sofia?
SOFIA: Memang itu gambar saya dan ia telah diletakkan di laman blog sebelum saya kahwin lagi. Tak silap saya, bulan Mei tahun lepas. Tetapi itu anjing peliharaan kawan, bukan saya punya.

Gambar tersebut telah pun tersebar di Internet. Ada yang menganggap gambar itu agak sensitif dan Sofia tidak patut bermain dengan anjing. Apakah pandangan Sofia?
Gambar itu bukanlah satu isu yang besar. Bukannya berdosa pun bermain dengan anjing. Apa salahnya anjing itu mahu bermain dan gigit kita. Habis main, samak saja. Lagipun saya seorang pencinta binatang. Dulu saya pernah membela anjing. Tetapi saudara-mara saya tidak boleh terima lalu saya memberi anjing itu kepada orang lain.

Adakah Sofia kesal dengan penyebaran gambar itu?
Saya tak kisah pun. Cuma bila orang luar tengok, mereka mempunyai pelbagai persepsi baik atau buruk. Sekarang ini zaman moden, kita boleh samak. Tapi saya tak adalah sampai memberi anjing itu menjilat muka saya atau mandikannya. Masa saya bela anjing pun, saya hantar ke kedai untuk memandikannya.



sumber: jomss.blogspot.com

Awalnyer..................

Macam biasa la..sekarang ni pukul 6.00am jam dah berkokok. Al-maklumlah semenjak hubby dah bertukar tempat kerja, breakfast pun dah awal. Nak dijadikan cerita, lepas je subuh tadi saje je nak check kot-kot Abbas bocor. Aduh! memang bocor daa.. Nak tak nak kena kejutkan dia. Tak pasal-pasal dah kena mandi awal. Tetiba pulak Azziz bangun and nak minta mandi. Apalagi, mandikan terus je la..

So pagi tadi dihari waktu orang bekerja, dapatlah hubby breakfast bersama askar - askar wataniahnya. Siapa lagi kalau bukan Abbas and Azziz. Time tu pulak rasa macam budak-budak ni dah besar nak ke sekolah. Bila bab breakfast ni tak adalah susah sangat. Tadi pun breakfast roti dengan nutella.


Lepas hubby dah pergi kerja, macam biasa i bersihkan Cloth Diaper (CD) yang sedang menunggu untuk dibersihkan. Sambil menunggu nak jemur CD tu, sempat lagi on lap top and perkara pertama yang dilakukan kutip hasil tanaman kat barn buddy. Ala game yang kat FB tu. Hurm tak tau la sampai bila nak bercucuk tanam hasil yang tak mendatangkan keuntungan tu.

Abbas and Azziz macam biasa layan katun. Kadang-kadang tu terpaksa la layan jugak. Nasib baik la mama diorang ni tak heran sangat nak tengok tv disiang hari. Dapatla diorang menguasai tv sepenuhnya. Sekarang ni pun diorang duk golek-golek depan tv. Dah ngantuk la tu..Azziz pun dah masukkan trompet dia (hisap jari daa). Tak tau la bila tabiat tu nak hilang. Ish ish ish..


Thursday, March 18, 2010

Malas

Dah pukul 5.47pm. Maryam baru bangun and kejap lagi nak mandikan dia. Krrringggg..........!Tetiba hubby kol la plak. Jap eh...................................Yessszzaaa! (ni dah macam Jimmy Shanley je) hubby on the way balik rumah.

Perancangan malam ni nak pergi pasar malam cari bahan mentah. Ikan, daging, etc. Tapi kalau hubby sampai rumah awal, boleh la pergi terus. Dapatla jugak ikan segar. Tengokla macam mana nanti.

Malam ni pulak tak tau nak dinner apa coz hari ni tak ada proses masak memasak. Biasala kalau penyakit malas datang mengejut. Cuma masak mee bandung untuk Abbas dan Azziz je tengahari tadi. Saki bakinya i yang habiskan.

Petang pulak goreng fries untuk diorang tapi diorang tak heran pun. Budak-budak tu dah kenyang makan rumah atuk diorang kot. Nak tak nak i yang habiskan bagi mengelak berlakunya pembaziran.Nasib baik la tak goreng banyak.

Vrroomm! hubby dah sampai and Maryam pun dah meragam nak mintak mandi (ialah tu).................



"Hye! saya baru lepas mandi.."

Wednesday, March 17, 2010

Maggie oh Maggie

Hurm..semua keje rumah dah dibereskan and baru lepas tidurkan Maryam. Perut pun dah menyanyi lagu Mariah Carey. So makan time! Hari ni lunch maggie je. Memang i dah masak tapi tetiba je tekak ni tak terasa nak makan nasi. Tadi dah makan roti kacang yang hubby beli kat 7-E semalam. Tapi terasa nak soru lagi. Akhirnya keputusan dibuat. Masak maggie kari! Abbas dengan Azziz pun dah pergi rumah atuk so tak ada masalah nak makan. Kalau tidak....... kena makan dalam bilik la jawabnya.

Maggie kari bersama sayurnya..wakakaka

Kalau hubby tau mesti dia geleng kepala sambil berkata "nasi kan ada,buat apa makan maggi?".

Bila ada penonton

Hari ni ingatkan nak masak sayur labu masak lemak. Sementara menunggu Maryam bangun, cepat-cepat i amik pisau and kerjakan sayur labu tu. Biasanya bab-bab memotong  ni i buat kat dapur. Cuma kali ni buat kat meja makan. Tak sampai berapa minit je, 2 orang penonton dah join sekali. Siapa lagi kalau bukan Abbas dan Azziz.

I pun dah siap sedia segala yang mungkin berlaku. Jeng jeng jeng..seperti yang dijangka..........selain dari duk main dengan sayur labu tersebut, Abbas macam biasa bertanyakan soalan-soalan cepu emas. Siap tanya harga labu tu berapa ringgit lagi..Abbas oh Abbas..:)

Dah nama pun budak. perasaan ingin tahu tu memang ada. Azziz setakat main biji labu tu je. Kalau boleh Azziz nak buat labu tu macam toys je.

Abbas oh Abbas..

Sambil fokus memotong labu tu, mulut ni tak henti-henti menjawab persoalan Abbas. Selagi tak jawab soalan selagi tu la Abbas asyik bertanya. Nak tergelak pun ada..Mana taknya, kulit labu pun dia nak tau jugak. Nasib baik dia tak tanya kenapa warna labu macam tu. Hehehehe..

Azziz seronok sangat dapat join sekali

Tengok tangan tu

Akhirnya..inilah sayur labu masak lemak

Tuesday, March 16, 2010

Sup Ekor

Sup Ekor

1 tray ekor lembu-direbus sehingga empuk
2 biji bawang besar-diblend
4 ulas bawang putih-diblend
3cm halia-diblend
1 peket sup bunjut tulang
Air-nak kuah lebih, boleh bubuh lebih
Garam
2 batang daun saderi-dipotong 3cm
Daun ketumbar
Perahan limau nipis-sukatan ikut selera sendiri
5 tangkai cili padi-kalau nak xtra pedas, boleh letak lebih
Minyak untuk menumis
3 sudu pati ikan bilis
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang diblend bersama sup bunjut tulang sehingga naik bau.
  2. Tuangkan air ke dalam periuk tadi.
  3. Masukkan ekor yang telah direbus. Tunggu sehingga air mendidih.
  4. Taburkan garam secukup rasa, pati ikan bilis serta daun saderi.
  5. Masukkan perahan limau nipis serta cilipadi.
  6. Taburkan daun ketumbar dan selamat menjamu selera!

Grilled Chicken

Kali ni dinner tak makan nasi. Cuma masak grilled chicken. Licin la jugak.

Grilled Chicken

8 ketul ayam (wings and drumstik)
3 sudu besar oregano flakes
2 sudu kecil garlic powder
5 sudu besar honey
2 sudu bawang merah yang telah diblend
3 sudu kicap manis
3 sudu kicap masin
5 sudu besar sos worcestershire

  1. Perap ayam bersama oregano flakes, garlic powder, honey, worcestershire sauce, kicap manis, kicap masin dan bawang besar tadi. I biasa perap selama satu malam. Kemudian masukkan dalam oven selama 40minit dalam suhu 170.
Sos
Butter (untuk menumis)
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
2 sudu kecil lada hitam
Sos lada hitam
3 sudu tepung gandum dicampurkan sedikit air (untuk memekatkan sos)
Garam secukup rasa
3 cawan air
  1. Panaskan butter dalam periuk.
  2. Masukkan bawang besar.
  3. Masukkan sos lada hitam.Tuangkan air ke dalam periuk.
  4. Masukkan sekali lada hitam.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan air.
  6. Tabur garam secukup rasa
Sampingan
Cendawan tiram
Lobak
Minyak zaiton
Garam
(sukatan mengikut berapa banyak bahan yang digunakan)
  1. Gaulkan cendawan dan lobak bersama minyak zaiton dan garam secukup rasa.
  2. Masak lobak tadi ke dalam kuali sehingga masak.
  3. Diikuti dengan cendawan tiram.
Hidangkan bersama sudu dan garfu..hehehe..

Sunday, March 14, 2010

Sayur Campur

Sayur Campur

8 cendawan shitake (i beli yg dah siap rendam)
1 keping kek ikan (dipotong nipis..tapi jgn nipis sangat)
1 biji lobak (potong bulat)
5 tangkai daun kucai (dipotong selebar 3cm)
4 keping pelepah kobis (potong macam biasa)
4 sudu minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Pati ikan bilis
2 cawan air
  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah serta pati ikan bilis ke dalam minyak panas hingga naik bau.
  2. Masukkan lobak merah. Kemudian masukkan cendawan shitake.
  3. Tuangkan air dan biar mendidih. Tabur garam secukup rasa.
  4. Masukkan kek ikan. Biarkan selama 2 minit.
  5. Kemudian masukkan kobis dan daun kucai.
  6. Gaul rata dan siap!

Saturday, March 13, 2010

Spaghetti Bolognese

Seronok rasanya bila tengok Abbas and Azziz berselera makan hari ni. Menunya spaghetti bolognese. Pagi tadi breakfast spaghetti and lunch pun diorang makan spaghetti. Bila offer nasi semua tak nak. Tapi malam ni diorang kena makan nasi la jawabnya coz spaghetti dah habis. Hari ni i masak sup daging untuk diorang. So nampaknya malam ni la baru sup tu dijamah.

Spaghetti Bolognese

Spaghetti (dimasak)
Minyak zaiton
2 biji bawang besar di potong dadu
Sos spaghetti (jenama leggos and kimball memang besh!)
Daging cincang
Garam secukup rasa
  1. Panaskan minyak zaiton. Sukatan mengikut jumlah hidangan.
  2. Tumiskan bawang besar hingga naik bau.
  3. Masukkan daging cincang. Tunggu hingga daging masak.
  4. Tuangkan sos spaghetti and biar mendidih.
  5. Taburkan garam. Tapi harus diingat jangan bubuh garam banyak sangat.
  6. Hidangkan and makan!

Saturday, March 6, 2010

Cuti-cuti..

Last week pergi bercuti kat Singapore. Pergi tak lama pun. Cuma 3 hari 2 malam je. Hubby drive from Shah Alam sampai la ke kota singa tu. Bertolak lepas sembahyang jumaat. Sebelum sampai sana, we all stay 1 night kat rumah nenek belah i. Next day pulak stay kat Dorsett JB. Stay 1 malam je. On Sunday baru masuk Singapore. 

Gulp!

Yummie!
Breakkfast in garden at Dorsett JB

Perjalanan dari Dorsett ke Singapore lebih kurang dlm 33 km. Dekat Singapore we all stay kat Holiday Inn Atrium. Sampai je hotel terus lepak kejap. Lepas sembahyang baru kitorang keluar.

Welcome!

Tulis jangan tak tulis



Bridge yang menyambungkan Malaysia & Singapore

Tuesday, March 2, 2010

Kisah Natrah

Ahad lepas tv1 tayangkan teater yang di persembahkan di istana budaya. Baru la i tau bagaimana rupanya teater berlangsung. Maklumlah selama ni memang tak pernah tengok teater. Teater yang dipersembahkan semalam ialah mengenai kehidupan seorang gadis yang bernama Natrah.Wataknya dilakonkan oleh Maya Karin.Ada Umie Aida, Remy Ishak and pelakon yang i tak berapa kenal sangat.

Rasanya ada yang dah tahu kisah Natrah ni. Actually i tau kisah Natrah ni last year. Waktu tu keluar
story pasal dia dah meninggal dunia. Dari situlah baru i tau sejarah Natrah ni.

So bila tgk tv1 smalam, terus je i on laptop n google pasal Natrah. Disini i selitkan sejarah Natrah yang berlaku pada tahun 1950.

Natrah seorang gadis berbangsa Belanda yang menjadi rebutan dua agama dan dua budaya. Agama Islam dan Kristian dan budaya Melayu dan Belanda. Natrah dilahirkan di Tjimah, Jawa, Indonesia pada 24 Mac 1937 dari sepasang suami isteri berbangsa Belanda beragama Khatolik, Adrimus Petrus Hertogh, seorang sarjan askar dan ibunya bernama Adeline.
Related Posts with Thumbnails