Pages

Thursday, February 24, 2011

Rebung Masak Lemak Cili Padi bersama Tetel

Bahan-bahannya
1/2kg rebung-dibersihkan dan ditoskan
1/2kg daging tetel
250ml santan
Air-anggaran mengikut masa yang diambil untuk merebus daging
Daun kunyit-dihiris
1 sudu besar pati ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Diblend
1 biji bawang besar
4 bijii cili padi

*kalau nak lebih kuah, boleh tambahkan air..kalau nak pekat, boleh dikurangkan jumlah airnya..



  • Rebuskan daging tetel sehingga daging menjadi empuk.
  • Bila daging telah empuk, dalam sukatan air yang tidak terlalu banyak, masukkan kesemua bahan yang telah diblend. Biar seketika.
  • Masukkan santan serta rebung.
  • Masukkan pati ikan bilis dan bubuh garam secukup rasa.
  • Kemudian masukkan sekali daun kunyit dan kacau rata.
  • Siap dah.. :)

Wednesday, February 23, 2011

To protect my country

Baru je lepas beli ais krim dari mamat motor mat kool..yummie! Kiddos of course lah makan ais krim tu kat luar. Mudah untuk dicuci!

Bila cerita bab ais krim ni, compare to mr hubby i lebih suka dengan ais krim batang ataupun yang kat dalam bekas kecik tu. Kalau ais krim yang isi dalam tupperware tu memang kureng sikit. Kebanyakkan yang akan habiskan kiddos and mr hubby. Mungkin sebab bila ais krim batang or yang cup kecik tu, senang je nak makan. Tak yah nak sibuk-sibuk amik mangkuk pastu nak kena cuci balik.

Okey..cukup sampai disitu je cerita ais krim. Nak cerita pasal benda lain pulak. Hehehehehe..

Ingat tak zaman sekolah rendah dulu kita diberikan satu kad kaler hijau kot dimana dalam kad tu ada segala maklumat peribadi macam nama ibubapa, alamat, tarikh lain and etc. Zaman u alls tak tahulah ada or tak.

Pastu dalam setahun tu mesti ada 2-3 kali kot cikgu akan panggil kita untuk di interview. Bukan interview yang berat-berat tapi cuma nak tanya cita-cita bila dah besar nanti. So maknanya dalam kad hijau tu memang ada satu kolum untuk diisikan cita-cita pelajar. Ada 3 pilihan tu.

Masa tu kan.. 3 pilihan yang pernah disuarakan pada cikgu kelas is kerani, cikgu, polis, tentera dan termasuk juga ustazah. Wah! sejuk je perut ibu yang mengandung..

Rasanya lingkungan umur dalam 7-8 tahun so dalam darjah 1 hingga darjah 3. Masa tu cita-cita yang telah menjadi pilihan dihati berkobar-kobar je bagitahu kat cikgu kelas.

Kawan-kawan yang lain memang tak amik tahu pun apa yang diorang nak jadi. Yang pastinya student lain best je cakap nak jadi doktor la..lawyer la..engineer la..Tapi profession kerani, cikgu, polis, tentera dan ustazah yang menjadi pilihan dihati.

Ada satu time tu semua student kena bagitahu kat satu kelas cita-cita masing-masing. Me pun duk fikir jawapan yang nak dibagi kat cikgu kalau-kalau dia tanya "kenapa awak nak jadi polis". Dalam kepala otak ni memang dah standby jawapan khusus.."nak jaga keamanan negara". Jangan tak tahu itu jawapan asal yang i sendiri tanya pada kawan sekelas i.

Iyalah kan..masa zaman kecik-kecik tu bila fikir polis je, komfem akan fikir satu benda je iaitu polis tangkap penjahat. So untuk mendapatkan jawapan yang gempak sikit, terkeluarlah jawapan nak jaga keamanan negara tu.

Bila tengok kad tu balik, sure dalam hati tersengeh-tersengeh macam kerang busuk. Bila difikirkan balik, bagus juga ada kolum macam tu sebab at least kita ni sebagai student yang kecik-kecik (darjah 1) dah tahu apa yang dimaksudkan dengan cita-cita.

Mungkin juga ia boleh dijadikan sebagai panduan untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh lagi. Betul tak?

Me : Dah besar nak jadi apa?

Cousin : Pemandu lori.

Me : Errk!

Ini sebab dia suka main dengan permainan spesis lori and kalau tak silap masa tu dia tadika kot. I pun tak tahu apsal i boleh pilih kerani, cikgu, polis, tentera dan ustazah. Pengaruh siapa la ni..Cikgu tu memang dah betul dah.. :)

Monday, February 21, 2011

Roti banana.. :)

Semalam hari terakhir menghadiri jadual kelas memandu. Kebetulan pulak semalam boleh ternampak si X yang amik duit i kat situ. Entah dia perasan i entah tidak.

Itu tak penting tapi yang pentingnya semalam bila perasan si X tu terus je rasa risau. Iyalah kan manalah tahu kot-kot si X tu tetiba datang kat i pastu nak bersoal selidik pulak.Dan-dan tu lah i terus lock pintu kereta. Tapi pintu sebelah tak lock pulak. Ada ke macam tu. Haaissshh..

Hari sebelum tu memang mr hubby ada temankan i dari mula i belajar sampailah habis kelas. Balik pun dengan dia. Dapatlah mr hubby tengok wife nya ni duk buat persembahan masuk parking, buat 3 penjuru and naik bukit. Tapi semalam mr hubby cuma jemput i balik je. I lap u more lah! :)
 
Balik dari kelas semalam, terus dating berdua kat kedai mamak sambil menikmati hidangan roti banana (ayat Abbas), nescafe ais dan air kosong sementara menunggu kereta siap dicuci. Kiddos dah ikut mak long and atuk diorang pergi rumah my sister sebab ada buat majlis harijadi anaknya.

Sampai rumah terus siap apa yang patut sebab nak terus ke Puncak Alam. Hadiah pun last minit beli. Itupun nyaris-nyaris terlupa. Apadaa..macam lah sibuk bebenor.

Fuhh! Walaupun bukan majlis i tapi bila petang dah start rasa penat sebab malam sebelum tu dah pergi ke Puncak Alam and sampai rumah pun dah nak pukul 1.30am. Itu baru sampai je and bukannya masuk rumah terus boleh tidur. Nak juga kena salin baju kiddos, melayan kiddos, mengemas apa yang patut dan yang sewaktu dengannya. Last-last pukul 2 lebih baru tidur.

Lepas tu pukul 8.00am dah kena standby sebab pihak sekolah memandu nak datang jemput. Ingatkan lepas balik dari Puncak Alam nak ke Subang untuk repair handphone tapi terpaksa cancel sebab memang dah penat giler. Nak online guna handphone pun dah tak boleh sekarang ni. Terbang lagi duit i.. :(


P/S : baik punya tajuk entry..hehehehehe..

Thursday, February 17, 2011

Rutin seperti biasa

Semakin hari semakin fresh dirasakan..yeeehaaa!

Apapun rutin harian tetap berjalan seperti biasa. Dari memandikan kiddos, memasak, mengemas hinggalah berinternet.

Weekend ni pulak ada 2 jemputan ke majlis harijadi. Harijadi anak buah and harijadi anak kawan i. Hadiah pun belum lagi dibeli. Nak beli apa ek? Think..think..think..think..

And weekend ni juga ada jadual kelas memandu. Sekarang ni pun dah fikir nak sumbat segala macam khazanah penting kat dalam poket seluar je. Biar belenggang.

Ada terfikir jugak nak suruh mr hubby hantar sampai pusat latihan and tak nak suruh pihak sekolah tu jemput kat rumah. Lagi i rasa selesa.



P/S : Kenapa tak nak sediakan tenaga pengajar perempuan untuk ajar student perempuan ek? Atau mungkin perempuan memang tak minat jadi cikgu sekolah memandu? Me? Memang tak minat jadi cikgu. Tak kiralah cikgu apapun. Tapi sekarang ni memang tengah pegang title teacher - Teacher to my own kids. :)

Tuesday, February 15, 2011

Duit telah hilang

Kisahnya begini..ahad lepas merupakan my first session untuk ambil lesen P. So start dari rumah lagi memang dah bawa kereta sampailah ke pusat latihan. Yang ada dalam kereta tu of course lah hanya me and pengajar.

Masa tengah bawa kereta tu, handbag memang i letak kat atas tempat duduk belakang pemandu. Dengan itu agaknya pengajar a.k.a si X tu boleh buat projeknya iaitu mengambil duit from my wallet! Lebih tepat sekali mencuri.

Pada awalnya i start bawa kereta memang i tak terfikir pun tapi bila suddenly mata ni nak tengok cermin sisi belah kiri, i perasan tangan kanan si X tu macam cuba melakukan sesuatu dibelakang.

Seriously dan-dan tu kepala ni terus teringat yang ada salah seorang pengajar ada cerita ada pengajar yang tak bertauliah panjang tangan sewaktu student tengah bawa kereta. Tapi takkan lah si X tu tak bertauliah pulak sebab everytime i pergi pusat latihan memandu tu memang perasan ada muka dia.

Pastu kejap-kejap i tengok cermin sisi kiri. Memang komfem bila tiap kali i toleh muka untuk tengok cermin sisi kiri, si X tu cuba buat macam biasa.

Then boleh pulak tetiba cakap bantal kat belakang nak terbang sebab angin kat luar. Konon nak bagitahu la yang tujuan tangannya kat belakang tu sebab nak pegang bantal tu dari terbang. Ceh!

Tapi tak tahulah apsal masa tu still fikir positif lagi and even masa dah sampai kat pusat latihan tu, i boleh lagi bersembang macam biasa which is tak rasa nak check wallet pun.

Bila dah sampai rumah, memang hati ni tergerak nak check wallet and RM100 telah hilang. Siapa lagi yang nak ambil kalau bukan dia. Takkan lah mr hubby nak amik duit i pulak kan. Sebab utama yang i yakin 100% dia yang curi is..

  • Buat apa dia letak tangan kanannya dekat belakang seperti sedang mengambil sesuatu kat tempat duduk belakang.

  • Time bawa kereta tu memang tak pasang aircond so kalau nak pegang bantal kecik kat belakang takut terbang sekali pun, apsal muka pun duk sibuk nak tengok-tengok kat belakang?.

  • Tanpa bertanya, dia sendiri yang tetiba bagitahu tujuan satu tangannya letak kat belakang tu sebab nak pegang bantal. Apa cerrr??ada aku tanya?? Ceh! (Ni kes buat i marah la ni).

  • Masa on the way nak balik rumah, i memang bawa laju kalau nak dibandingkan pada mulanya i bawa dari rumah ke pusat latihan. Dia sendiri yang cakap memang i bawa laju. Tapi tak ada pulak tangan dia nak pegang bantal kat belakang. Kau dah letak batu besar kat atas bantal tu ke ha??

  • Dari awal i masuk kereta tu memang i tak keluar pergi mana pun melainkan bila nak bertukar tempat duduk dengan stupid person tu. So memang handbag i sentiasa berada dalam kereta tu. Toilet pun tak pergi. Takkan i sendiri nak mencuri duit sendiri? Itu bukannya mencuri tapi memang dah jadi hak sendiri.

  • Dalam wallet memang i tahu ada RM50 3 keping and memang tak keluar pergi berjimba mana pun melainkan pergi belajar kereta. Takkan duit tu boleh terbang keluar pulak?.

  • Dia sendiri yang mengaku tapi dengan cara yang sopan. Dia cakap denagn mr hubby "okey, nanti saya akan bagi duit tu sebab memang dah jadi tanggungjawab saya kalau dah hilang". Helllllllooooooooo! Kau ingat dengan cara sopan tak bertempat kau tu, orang boleh percaya yang kau tak amik lah? Logik sikit la..siapa yang baik hati sangat nak bagi RM100 or nak bagi duit yang dia sendiri pun tak amik. Kau nak derma pun belum tentu nak bagi RM100 kan.
Apalagi, terus lah mengadu kat mr hubby. Mr hubby suruh komfem betul-betul kot-kot i salah kira ke. Tapi tak adanya nak salah kira. Pagi sebelum nak pergi belajar kereta tu memang i dah check wallet i.

So terus je mr hubby call orang yang handle sekolah memandu tu. And semalam orang tu ada call mr hubby and suruh mr hubby buat police report sebab kalau tak ada police report, memang susah pihak dia nak buang si X tu.

Katan mr hubby, orang yang handle sekolah memandu tu malu dengan kitorang sebab ada staff macam si X tu.

Ini lagilah pening dibuatnya. Kalau boleh me and mr hubby tak nak panjang-panjang sebab kita tak tahu kalau-kalau si X tu berdendam ke. Tak ke haru jadinya. Dah lah dia tahu mana rumah kitorang. Kang tak pasal-pasal dipecahkan cermin kereta siapa nak bayar? Kalau dia buat benda yang tak baik pulak? Ya Allah..jauhkanlah dari benda-benda yang tak baik ni.

And if kitorang tak nak buat police report, pihak diorang minta i buat satu surat dengan mengatakan si X tu telah mencuri duit i.

So nak buat macam mana sekarang? Nak buat police report or biar pihak institut tu sendiri yang buat? Oh! pasal duit tu mr hubby suruh si X tu bagi dekat pihak sekolah memandu sebab mr hubby tak nak tengok muka dia.



P/S: I ada ceritakan pada kawan..bila dia sebut pasal pukau, terus je takut. And terus terfikir adakah hari tu i kena pukau sampai duit i boleh hilang?..rasanya tidak. Nauzubillah..

Monday, February 14, 2011

Azziz 3rd Birthday

Yeah! Rabu yang lepas Azziz dah pun berusia 3 tahun. Alhamdulillah..dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Bila tiba birthday kiddos ni,, Sama macam parents yang lain, sedikit sebanyak mesti nak buat special sikit dari hari-hari yang lain. So macam biasa, acara makan-makan telah berlangsung. Acara makan-makan ni tak adalah buat masa hari Rabu tu tapi buat hari Sabtu lepas.

Set up memang nampak macam dah jemput ramai tetamu hakikatnya memang tak ada tetamu luar pun melainkan keluarga terdekat. Tapi tetap xcited bila tengok kiddos pun turut sama xcited.












 Peace..

 Abbas, Azziz and Maryam..love u!..



 Time ni Maryam memang xcited!..


Adanya 2 biji kek tu bukan sebab kedua-duanya Azziz punya tapi itu sempena birthday mak long nya yang jatuh pada 12 feb hari tu. So kira sambut sekali walaupun yang merasmikan kek tersebut adalah Abbas.. :)

Untuk 3rd birthday ni, Azziz telah memiliki lori Giant yang memang giant. Kononnya beli yang besar untuk biar kekal dengan bentuk asalnya tapi tidak sama sekali. Tak sampai beberapa hari, habis sticker dicabut dan yang sewaktu dengannya. Sabar je lah..




HAPPY 3rd BIRTHDAY AZZIZ! Moga panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik..Jadi anak yang soleh! Love you!

Tuesday, February 8, 2011

Grilled Salmon

Bahan-bahannya
Kepingan ikan salmon
Garam
Lada hitam

  • Lumurkan garam dan lada hitam keatas ikan salmon.
  • Panggangkan ikan tersebut sehingga masak.

Bahan Untuk Sos
2 sudu marjerin
1 biji bawang besar-dipotong dadu
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil oregano flakes
280ml susu segar
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
secubit lada hitam

  • Panaskan marjerin dan tumiskan bawang besar sehingga bawang menjadi agak layu.
  • Masukkan tepun gandum dan gaulkan sehingga bawang melekat pada tepung.
  • Tuangkan susu segar, kacau rata dan biar sehingga mendidih.
  • Masukkan oregano, lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa. Biarkan seketika.
  • Boleh dituangkan keatas ikan salmon yang telah siap di panggang.

Bahan Sampingan
Broccoli
Capsicum kuning
Lobak Merah
3 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
1 sudu besar lada hitam
1 cawan air

  • Panaskan marjerin dan masukkan lobak merah.
  • Tuangkan air dan biar sehingga lobak sedikit masak.
  • Masukkan pula broccoli dan capsicum.
  • Taburkan garam secukup rasa dan lada hitam.



    *bahan untuk sos diatas adalah untuk 5 keping ikan salmon..bolehlah buat sukatan mengikut bilangan kepingan ikan yang digunakan.
    *bahan sampingan boleh digantikan dengan bahan yang lain mengikut citarasa sendiri. 

    Monday, February 7, 2011

    Ketika ini

    Masih lagi berada dalam keadaan yang tidak berapa fresh. And mungkin entry akan jarang dibuat. Kena tunggu sampai badan ni betul-betul dah segar lagi bugar barulah segala aktiviti harian dapat dibuat dengan penuh semangat.

    Dapur rumah pun memang amat jarang sekali untuk berasap melainkan bila tiba waktu menyediakan makanan kiddos. Nasib baik mr hubby faham sesangat condition wife nya ni. Orang kata inilah time yang sesuai untuk lebih menjadi gediks dengan mr hubby. Yeah! :)

    Dalam masa yang sama juga dah lama dah perut ni tak menjamah nasi dengan enjoynya. Rasanya boleh dikira dengan jari kekerapan nasi yang diambil. Rasa kembang je tekak ni bila bayangkan nasi. Apatah lagi nak masak kan. Sekarang ni pun menu yang biasa dibuat kalau bukan spesis mee, akan buat pasta or burger.

    Me lebih banyak minum air dan lebih berselera untuk makan buah dan makan makanan yang dimasak oleh orang lain. Kecuali nasi. Bahan mentah yang terperuk kat dalam freezer pun still dalam keadaan sediakala. Tak luak pun. Cuma beberapa ketul ayam je yang diambil malam tadi. Oh! malam tadi mr hubby masakkan nasi goreng untuk dirinya dan kiddos. Thanks!

    Wednesday, February 2, 2011

    Entry pertama di bulan February

    Dah dua hari Abbas, Azziz dan Maryam dah start batuk dan selesema. Diorang 3 beradik ni kalau seorang dah start batuk, komfem peluang untuk berjangkit pada pihak yang lain tu memang ada. Nasib baiklah diorang sekarang ni tak ada masalah nak makan ubat. Tapi yang tak tahannya kejap-kejap nak minta makan ubat. Hari ni pulak dah 3 kali Maryam muntah masa batuk. Kesian pulak tengok dia. And..



    *





    *





    *





    *



     

    Alhamdulillah..i'm pregnant! Memang tak sangka. Disebabkan tak ada LMP, berdasarkan dari ultrasound yang dibuat last saturday, baby baru berusia 6 weeks. So size baby kecik lagi and kena tunggu besar sikit baru lah dapat nak anggarkan usia baby. Meaning that, due datenya mungkin akan bertukar.

    Tetap mengalami alahan seperti biasa and duk kira bila lah alahan ni nak hilang. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah..




    P/s : Semoga semua rakyat/pelajar Malaysia yang sedang berada di Mesir selamat dibawa pulang ke sini. Termasuk juga adik ipar yang sedang menuntut di sana.

    .
    Related Posts with Thumbnails