Pages

Monday, June 21, 2010

Khasiat Buah Beri


Mungkin tidak semua tahu bahawa buah beri walaupun bersaiz kecil, ia mengandungi banyak khasiat. Buah beri mengandungi antosanin dan paras antioksidan yang tinggi. Ianya juga kaya dengan sumber fiber untuk membantu sistem penghadaman yang sihat serta Vitamin C yang bukan sahaja membantu meningkatkan sistem imunisasi, malah membuatkan kulit anda sihat berseri!

Disini ada disertakan kebaikan 5 jenis beri..

Acai Berry
Buah unik dari hutan hujan Amazon ini dipercayai sebagai salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia. Kaya dengan antosanin, acai berry dianggap sebagai wira di kalangan buah beri kerana ia mampu meningkatkan tahap tenaga, kesihatan mental dan sistem imunisasi.


Acai Berry..

Ia juga membantu menambahbaik penghadaman, peredaran darah dan tidur disamping membantu mengurangkan berat badan, menjana jantung yang sihat dan kulit yang berseri-seri.

Blueberry
Pigmen-pigmen didalam buah ini kaya dengan khasiat antioksida, Vitamin C dan E. Buah ini juga mengandungi kepekatan pati antosanin yang tinggi - sejenis sebatian yang membantu melindungi dari sakit jantung, kanser dan gejala penyakit berkaitan usia seperti kabur penglihatan dan hilang daya ingatan jangka pendek.
Blueberry..


Mulberry
Mulberry merupakan sumber 'resveratrol' yang baik, iaitu satu bahan yang dipercayai dapat membantu mencegah kanser dan memanjangkan usia. Kaya dengan Vitamin C, buah ini biasanya digunakan untuk mengubati demam dan selesema.


Mulberry..

Ia juga digunakan sebagai ramuan dalam ubatan Cina untuk membersihkan darah dan hati, menguatkan buah pinggang serta pendengaran dan juga penglihatan.

Memandangkan mulberry mempunyai kandungan zat besi yang tinggi, ia juga digunakan untuk merawat gejala penyakit anemia.

Raspberi
Manis, wangi dan kaya dengan vitamin dan fiber, raspberi membantu mmperlahankan proses penghadaman dan mengekalkan kadar metabolisme yang tinggi dan seterusnya membantu tubuh membakar lemak.


Raspberi..

Raspberi juga terkenal dengan khasiat anti-kanser yang handal.

Cranberry
Kaya dengan Vitamin C, cranberry telah digunakan untuk merawat jangkitan - terutamanya jangkitan pada saluran kencing. Selain dari kaya dengan antioksida yang mampu mencegah penyakit jantung, ulser dan kanser dengan berkesan, buah ini juga membantu merawat serangan asma, mengurangkan kolesterol dan melindungi otak daripada kerosakan saraf berkaitan dengan usia.


Cranberry..


sumber : marigold peel fresh PowerBerries
image by google

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails