Pages

Friday, August 27, 2010

Lagu Raya

Dah 2 minggu umat Islam berpuasa. Sure segala macam persiapan sedang giat dijalankan. Bila dah masuk 2 minggu berpuasa ni, lagu raya dah mula berkumandang kat corong-corong radio ke?

Bila cerita bab lagu raya ni, apa favourite lagu raya anda?hehehe..I  suka dengar lagu raya yang dolu-dolu. Evergreen gitu!

Jom layan lagu raya..



Lirik macam sayu je..tapi bila dengar lagu ni, sure anda diantara kita yang berada dalam mood raya.. :)

Wednesday, August 25, 2010

Lagenda Budak Setan

Baru-baru ni ada keluar cerita kat wayang yang diadaptasikan dari sebuah novel Lagenda Budak Setan tulisan Ahadiat Akashah yang kira hit la juga waktu dulu-dulu. Tapi terus-terang i katakan yang i ni bukan peminat novel. So kiranya tak ambil port la. :)

Tahu info tentang movie LBS ni pun dari my sis and hubby. Kata mereka cerita (novel) LBS ni best giler waktu time diorang muda-mudi dulu. Actually dulu memang tahu Ahadiat Akasha tu penulis tapi tahu sampai situ je la.

Akan tetapi, hari ni pulak boleh layan LBS the series kat astro prima sampai habis. Hurm..menarik jugak. Ditambah pula dengan lagu Hilangnya Cintamu, lagilah best! Then boleh pulak berhajat nak baca novel LBS tu. Ialahkan, dah orang duk kata best, nak juga try baca.

Agaknya kalau sekarang ni novel LBS diterbitkan semula, mungkinkah akan laku macam goreng pisang panas?



Sesiapa yang nak tengok LBS the series, boleh tengok kat astro prima saluran 105 pada pukul 10.00 malam setiap hari selasa.







Hilangnya Cintamu

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
uuuuuuuu…
Dalam harapan

*memang dah lama tak pergi wayang.. :)

Monday, August 23, 2010

5th Anniversary

Pada 20 Ogos yang lepas, genaplah ulangtahun perkahwinan kami (of course la me and hubby) yang ke-5 tahun. Dalam tempoh itu jugalah pelbagai ragam dan cerita yang kami lalui dan kongsi bersama. Allhamdulillah, dalam tempoh 5 tahun usia perkahwinan kami, kami juga dikurniakan 3 orang cahaya mata yang cukup istimewa dalam hidup kami.

Chococlate indulgence by Secret Recipe..sponsored by hubby..



Family portrait..
 


 Moga hubungan ini akan terus kekal bahagia selama-lamanya..amin

Saturday, August 21, 2010

Hurm..elok lah tuh.. :)

Haiish..! baru lepas mop lantai time pagi-pagi buta ni. Then boleh melepak main laptop pulak. Hubby duk mengadap laptop..wife dia pun duk menagdap laptop..dan Abbas pulak duk melayan laptop dia. Suruh masuk tidur tak nak pulak. Abbas oh Abbas.. :)


p/s: dah nak pukul 2.00am and Abbas boleh pulak minta makan cheese..hungry katanya..halahai..

Thursday, August 19, 2010

Amazing Live Sand Art..!

Seriously this video really makes my eyes tak berkedip..(kononnya la tu). Macam tak percaya je. Absolutely beautiful and amazing! 

Her name is Kseniya Simonova and dia adalah pemenang untuk Ukraine's Got Talent in 2009.  Maksud di sebalik sand artnya ialah mengenai gambaran dari pencerobohan Nazi di Ukraine ketika WWII.




Pada awal lukisannya ada couple yang tengah lepak dating kat bench. Then when the warplanes appear and the happy scene is obliterated to be replaced by crying faces. Pastu ada scenes yang wanita tu dah dapat baby and menunjukkan wanita tu tersenyum tapi disebabkan peperangan dan kekacauan yang melanda membuatkan wanita tersebut menjadi ibu tunggal..kemudian diselitkan scene monument for uknown soldier dan scene wanita tersebut dekat tingkap bersama anak yang dibesarkan olehnya..

Kalau nak di ikutkan sejarah, Ukraine telah kehilangan satu dari empat penduduk nya semasa perang dunia kedua (WWII).


*Selain dari sinopsis, apa yang pasti sand art nya memang hebat!*




Friday, August 13, 2010

Lampu bling-bling

Dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Masuk hari kedua barulah start pergi bazar Ramadhan. Bazar Ramadhan kat sini kira happening la juga. Sampaikan nak parking pun agak susah sedikit.

Kat sini ramai juga peniaga yang menjual murtabak dan nasi kerabu selain dari pelbagai jenis air minuman. Untuk i, sekadar beli 3 jenis kuih dan air. Tak lupa juga satay untuk kiddos! Hari ni hanya masak untuk sahur kerana hubby berbuka di luar and wifenya ni berbuka dirumah mak.

Lampu bling-bling yang dibeli tempoh hari pun sudah siap dipasang. Last year punya bling-bling dah tak menyala so memang kena gantikan yang baru. Balik kerja je, terus hubby tolong pasangkan and nasib baik hubby tak tersentuh wayar yang telah dipotong ketika suisnya dalam keadaan 'ON'. Lantas kedengaran bunyi 'POP'. Halahai..

Bling-bling tu memang dipasang di belakang rumah..

Kusyuknya..

Kiddos memang xcited tengok lampu bling-bling tu. Pada awal lagi mereka dah tak sabar nak tengok. Katanya itu "twinkle twinkle little star". Bila siap dipasang, nyanyian twinkle little star terus berkumandang. Hihihihi..Thanks hubby!

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa!

 Image by google..

Dikesempatan ini, i ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua pembaca Uniquely Me..? yang beragama Islam.

Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini dan semoga kita diberi kesabaran dan ketabahan menjalaninya.


P/s : Jangan lupa kunci jam agar tidak terlepas waktu bersahur okey..

Shopping!

Kehidupan seperti biasa. Dalam tempoh 2-3 hari sebelum ni ada saja perkara yang dilakukan. Yang pastinya i dan hubby dah start shopping barang keperluan untuk anak-anak. Bukannya apa, persediaan awal lebih memuaskan kerana tak perlu nak beratur panjang untuk membayar dikaunter serta tak perlu nak bersesak-sesak dengan orang ketika sibuk memilih pakaian yang sesuai untuk anak-anak.

Biasalah bila time nak menyediakan keperluan hari raya untuk anak-anak, pasti children department ramai orang berbanding dengan department yang lain. And walaupun kami pergi hari sabtu yang lepas, kaum ibu dan bapa yang lain pun dah sibuk membeli baju raya untuk anak mereka. But still belum cukup lagi. Masih ada lagi keperluan untuk Abbas, Azziz dan Maryam yang belum dibeli.

Bab shopping ni memang best. Tapi bab nak menghandle hero yang nombor dua memang geram bercampur kelakar. Geram bila tengok Azziz taknak duduk diam dan yang kelakarnya bila dia boleh pula ambil cermin mata warna biru dan terus pakai and seperti dia berharap agar mama or papanya belikan untuk dia.

Walaupun jalan terencut-encut disebabkan kaki yang baru sahaja terima 4 jahitan, (ya, memang kaki i berjahit kerana terjatuh dekat eskalator IKEA pada malam sebelum kami sekeluarga pergi shopping), tetap enjoy dengan aktiviti shopping dan sempat lagi menghabiskan kemuncak hari tersebut dengan menghadiri coffee bean session di Subang Jaya walaupun yang nyatanya memang penat!

Wednesday, August 4, 2010

Hati lembu masak kicap

1/2 hati lembu - direbus dan dipotong kecil
3 sudu kicap manis
3 sudu kicap masin
1 sudu teh asam jawa Adabi
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
Sedikit daun kuchai sebagai hiasan

Bahan untuk dikisar
2 biji cili masak
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
4cm halia



  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang diblend sehingga naik bau.
  2. Masukkan hati lembu dan dikacau rata. 
  3. Masukkan sekali kicap manis dan kicap masin. 
  4. Tuangkan 1/2 cawan air serta masukkan sekali 1 sudu asam jawa dan biarkan ia mendidih lebih kurang 10 minit dalam keadaan api yang sederhana.
  5. Taburkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Boleh dihidangkan!

Monday, August 2, 2010

Abbas 4th Birthday

31 July hari tu genaplah umur Abbas 4 tahun. Seperti tahun-tahun sebelum ni, sememangnya tiada buat birthday party. Sekadar buat makan-makan untuk keluarga sahaja.

Walaupun buat untuk keluarga sahaja, persiapan tetap diadakan and bila bab nak buat persiapan ni memang teruja sangat. Tiga hari sebelum tarikh birthday Abbas dah pun tempah kek. Tahun ni Abbas sendiri yang pilih design untuk kek nya. Katanya nak kek robot. So kek nya untuk tahun ni ada gambar transformer bumblebee. He's so excited bila tengok kek nya dah siap. Tak habis-habis duk tanya " Abbas nak eat cake boleh tak?"


Tahun ni juga neneknya ada sponsor pulut kuning siap dengan seni dekorasi yang tertera nombor 4 kat pulut tu hasil dari susunan telur puyuh. Selain dari tu ada juga di sponsor ayam panggang, sambal sotong (makan dengan pulut kuning) dan cendol. Laksa Sarawak pun ada..sponsored by my sister.

 Nampak la jugak nombor "4" tu.. :)

Pada mulanya ingatkan nak beli pizza dan satay sekali tapi memandangkan dengan jenis menu yang di sponsor, terus cancel nak beli pizza. Cukup setakat beli satay je. Itupun memang berlebih sehingga boleh dijadikan sebagai breakfast dan dinner kami sekeluarga.

 Birthday boy..




 

HAPPY BIRTHDAY ABBAS!..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..jadi anak yang soleh, sihat, bijak dan berakhlak mulia! 
Related Posts with Thumbnails