Pages

Tuesday, September 28, 2010

Posisi tidur

Okey..kali ni nak cerita pasal tidur. Tapi bukannya cerita yang panjang. :)

Ada beberapa perkara yang mungkin ada diantara kita yang lakukan sebelum masuk tidur. Ada yang memberus gigi terlebih dahulu, membasuh kaki, membaca, mewangikan diri dan sebagainya. Tapi korang tahu tak posisi tidur korang macam mana? Rasa-rasanya kiut atau terlebih kiut? hehehehe..




Yang no 6 tu nampak memang lena betul..hihihi..

Bagi yang sudah berpasangan, mana satu poisi pilihan dihati?. Pilih sendiri je lah ye..tak bagitahu pun tak apa.. :)


Yang mana satu anda?..

P/s :Kadang-kadang bila ada mana-mana bahagian badan yang sengal, posisi yang kurang kiut itulah yang menjadi keselesaan..betul tak?

image by Google




Saturday, September 25, 2010

Dinner at Corousel Restaurant

Yeay! malam tadi satu family dinner di Corousel Restaurant dekat Palace of  the Golden Horses. First time dinner kat sini and sponsored by my aunty..........i likeeee..







Pukul 7.00pm dah kena ada dekat POTGH. So my hubby datang terus dari ofisnya kat KL and i serta bebudak tumpang my sister. Tak adalah hubby nak kena berpatah balik untuk ambil kami anak-beranak. Terus maghrib dekat sana and selepas itu bermulalah sessi membesarkan perut. :)

Masing-masing dengan aktivitinya..

Ni baru pusingan pertama..

Azziz..lepas makan main masak-masak..hihi..

Untuk dinner disini jujur i katakan kalau ada 10 bintang, i akan bagi 6 bintang. Ada juga food kat situ yang rasanya lain macam je. Tapi tak tahulah kalau-kalau dah memang itu resepinya.

Antara food yang i still ingat is rojak, steamboat, aneka desert, ice cream, salads, aneka sambal (cincaluk, belacan, budu and etc), mee bandung, chicken soup, mushroom soup, aneka lauk pauk macam daging, salmon, sotong, crab and etc. Ada satu desert tu memang Abbas suka makan. Tapi lupa nak snap gambar. Apa yang pastinya ada kat atas desert tu ada diletakkan strawberry. Memanglah kegemarannya!








Antara desertnya..

Macam biasa lah..memang favourite bebudak..

Kek pun ada jugak..desert dalam bekas kecil kat sebelah tu lah yang Abbas makan..

Aneka kuih tradisional..

Fizikalnya nampak seperti puding laici..tapi rasanya kelapa..

Beberapa food yang i and hubby rasa lain macam is mushroom soup (pahit.sampaikan Maryam pun tak nak makan. Maybe spesis mushroom yang pahit kot), baby octopus ( hubby kata rasa macam ubat..hmm ntah-ntah octopus tu masak herba kot. Itu yang lain macam rasanya.). Tapi yang pastinya chilli crab rasa terlebih manis!. Actually banyak juga food kat situ yang i tak habis jelajahi. Balik-balik duk mengadap mee / keow teow soup.

Leka menghirup sup..

Okeylah..tak nak cerita panjang-panjang..mata pun dah mengantuk. Esok ada program berhari raya..ZzzzZzzzZzz..





Makan-makan juga..bergambar pun mesti juga..hihi..
 

Wednesday, September 22, 2010

Lil' Princess demam lagi

Kalau nak diikutkan pada mulanya Maryam cuma kena selesema masa 2 hari sebelum raya. Waktu dalam perjalanan ke TGG hidungnya tak habis-habis berhingus. Sebelum sampai rumah PIL, singgah klinik dulu tapi ubat yang diberi still tak berkesan.

Kesian tu sudah tentulah..and macam biasalah bila seorang dah kena, yang lain pun turut ambil bahagian sehinggakan mama & papa mereka pun kena.
.
Lepas munculnya selesema, Maryam kena batuk pulak and sekarang ni tengah demam. Masuk hari ni dah kira seminggu Maryam demam. On - off je demamnya. Batuk tak payah nak cakap lah. Pagi tadi je dah 4 kali muntah gara-gara batuknya.

Sabtu lepas dah bawa pergi jumpa doktor tapi still belum sembuh sepenuhnya lagi. So hari ni lepas maghrib tadi terus bawa Maryam ke klinik yang sama. Kali ni doktor bagi ubat yang lain pula.

Pukul 10.00pm tadi dah start bagi Maryam ubat yang baru doktor bagi and sekarang ni suhu badannya pun dah turun sikit. Hidungnya pun dah tak berhingus. :)


Cepat sembuh ye Maryam! Mama love you!

Tuesday, September 21, 2010

Puding Karamel

400ml susu segar / cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur - pada suhu bilik
2 biji kuning telur - pada suhu bilik
2-3 titik esen vanilla

*Alluminium foil

Bahan untuk karamel
5 sudu besar gula
2 sudu besar air




  • Sediakan karamel dimana bahannya dicampurkan sekali ke dalam periuk dan dimasak dengan api sederhana sehingga kekuningan & letakkan di dalam loyang.
  • Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau, masukkan gula sediit demi sedikit. Kacau perlahan sehingga sebati. Jangan biar berbuih.
  • Dalam periuk lain, masukkan susu dan esen vanilla. Panaskan hingga 6o degree / sedikit mendidih.
  • Dengan susu yang masih panas, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam mangkuk telur tadi. Kacau hingga sebati dan tuangkan ke dalam loyang yang ada karamel.
  • Tutup loyang dengan alluminium foil dan kukus dengan api yang sederhana selama 30 minit.
  • Bila dah masak, jangan dibuka terus alluminium foil. Biarkan 5 minit barulah dibuka.
  • Dah sejuk bolehlah simpan di dalam fridge.
* selain dari dikukus, boleh juga dibakar didalam oven dimana air suam perlu diletakkan ke dalam dulang pembakar terlebih dahulu. Masak selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

Minggu pertama Syawal

Syawal pertama tahun ni memang berada di kampung belah hubby-TGG. Memang every year kami akan ikut turn and dua hari sebelum Syawal kami sekeluarga dah ada kat TGG.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, pada malam raya satay akan berada di dapur. Tunggu time untuk di hidangkan pada tetamu. Satay ni memang menu utama di raya pertama. Lemang serta nasi impit dengan kuah kacang pun ada. Biskut raya tak payah nak cakaplah..pelbagai jenis, bentuk dan warna ada tersedia. Errk! macam bunyi lirik lagu je..

Persiapan dari segi makanan di TGG berbeza sedikit dengan persiapan di belah i. Biasanya sehari sebelum nak raya, segala macam masakan yang my family sediakan. Selain dari ketupat (pakai segera je..dah lama dah tak guna kaedah anyaman), ada disediakan rendang ayam, daging dan rendang hati bersama perut. Lemang tak payah nak cakap lah. Gerenti ada! Tapi beli je..hihihi..

Selain dari menziarahi keluarga terdekat, tak lupa juga sessi bergambar pada pagi raya. Itu dah kira perkara wajib. :)


Abbas memang teruja time ni..

Lihatlah senyuman ikhlas dari Azziz..

My baby..Maryam..

Di pagi raya pertama..

Raya ketiga dah pergi airport. Bukannya nak jemput sesiapa tapi kami sekeluaga pergi lunch kat sana. Perancangan nak lunch fast food kat bandar Kuala Terengganu je tapi disebabkan tak berminat nak meredah laluan trafik yang sesak time tu, terpaksa lah juga kami makan kat airport. Nasib baik lah harganya tak berapa nak mahal sangat dan location airport ni pun tak perlu nak redah kesesakan lalulintas. Hajat nak beraya rumah member hubby time tu pun terus terbantut dan di tunda pada malam hari.


Lunch kami..nasi lemak..

Memerhati keadaan sekeliling.. :)

Selasa pagi kami dah keluar dari TGG. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar. Sebelum sampai Shah Alam, singgah dekat rumah mak cik dahulu sebelum tiba di rumah dalam pukul 8 lebih.

Tak sampai sejam berada di rumah, ada pulak budak-budak nak datang beraya. Dah lah tengah penat time tu. Dengan secara berhemahnya "datang esok lusa boleh tak? Auntie baru sampai rumah".

Ada terfikir jugak time tu. Siapalah parents bebudak tu agaknya. Boleh pula datang nak beraya ( kononnya la..tapi niatnya lain) dalam pukul 9 lebih. Halahai..

Next day pulak kami ke Perak untuk beraya kat kampung i (belah ayah). Tapi kami tidur semalam dahulu dekat Marina Cove Resort. Untuk 1 malam, memang kami selesa stay di situ. Awal-awal lagi dah sediakan peralatan untuk Abbas dan Azziz bermain air dekat swimming pool. Termasuklah sand buckets mereka.


Marina Cove Resort..image by google..

Bersedia untuk berjalan raya..

Tak lama mana pun kami berada di Perak. Lepas je habis beraya dekat rumah saudara, terus balik Shah Alam.  Uruskan segala macam perkara then barulah zzzzzZzZzzz.. :)

Friday, September 17, 2010

Seminggu berlalu..

Seminggu sudah raya berlalu..blog pun dikirakan tempoh yag paling lama tak update. Sedia maklumlah bila tiba musim raya ni, of course la busy memanjang.

Dalam tempoh tu juga pelbagai perkara yang sempat dilakukan..






Will update soon!..


Image by Google..

Saturday, September 4, 2010

Bila raya hampir tiba..

Hampir pukul 2.00am barulah my lil' princess masuk tidur. Pada awalnya memang dia dah merengek..ingatkan merengek sebab nak tidur tapi lepas je bagi dia susu, terus je aktif. Siap boleh main tepuk tangan sorang-sorang. Dah puas tepuk tangan sorang-sorang, main bye-bye pulak. Tapi sekarang dia dah lena tidur pun..sweet dream sayang!

Sure sekarang ni semua orang duk menghitung hari nak sambut Syawal. I pulak petang tadi dah start basuh baju baru kiddos and dah siap lipat dan susun pun! Tunggu time nak simpan dalam bag je. Raya pertama tahun ni akan berada di TGG. So maknanya this year turn hubby. Hehehe..

Setakat ni persiapan biskut raya tak sama macam tahun lepas. Kalau nak diikutkan, time-time macam ni dah ada 3-4 jenis biskut + air botol dah tersusun dekat dapur. Cuma hari tu je ada beli 1 jenis kacang dan keropok kentang. Kononnya beli untuk raya tapi boleh dikatakan hari-hari duk makan kacang dan keropok tuh.

Sekolah pun dah start cuti tapi rasanya next week baru lah warga kota start balik kampung. Kalau ada yang sangkut kat traffic jam tuh, janganlah bersunggut lebih-lebih pulak sebab semua orang pun nak balik kampung.. :)



p/s :Ingatkan before balik raya nak download lagu-lagu raya. Biar kasi feel raya sikit.. hihihi
Related Posts with Thumbnails