Pages

Showing posts with label Aqiqah. Show all posts
Showing posts with label Aqiqah. Show all posts

Friday, July 5, 2013

Aqiqah

.
 Masih menunggu katering yang lewat sikit datang..



 







 Bila upload gambar kambing ni terus teringin nak makan kambing..haaishhh..





Awek tu member satu kolej..dulu zaman exam nak kena cari site memang comot..now dah lain..

 Buah tangan untuk tetamu..

March hari tu kitorang ada buat aqiqah untuk Alli. Dulu memang Alli dah buat tapi masa tu buat sebahagian je. So kali ni kira mencukupkan syaratnya lah. Pastu alang-alang kitorang pun dah berpindah ke rumah baru so kiranya buat sekali untuk naik rumah. House warming gitu.

Majlis start 11am and sampai 4pm. Tapi biasalah lepas 4pm pun still ada tetamu yang datang.

Penat??? Itu sudah semestinya. Kaki ni memang penat duk kehulu dan kehilir. Badan tak yah nak cakaplah. Itu yang picas semua adalah sebelum para tetamu start ramai datang. Memang tak dan nak snap picas. 

Setel je majlis nasib baik lah ada kakak-kakak yang ringan tulang tolong adiknya ni kemas dapur. Kalau tak memang time tu dah berangan ada 2 orang bibik Tumirah. Wah..siap berangan ada 2 orang sekaligus! To Kak Long and Kak Ni, thank you very very very very much!

Apapun..alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Saturday, November 12, 2011

Raya Haji 2011

So macam mana dengan raya haji uolsss??

Raya haji kali ni kitorang sambut kat Terengganu. Actually awal-awal lagi mr hubby dah beli tiket flight balik sana masa Air Asia ada buat tiket murah. Bila beli tiket murah ni, memang ada time-time tertentu je. Jangan haraplah suka-suka hati nak pilih hari dengan masa yang sesuai.

Tiket murah yang mr hubby beli tu kena pulak flight yang paling awal sekali so haruslah bangun pukul 4 pagi. Kiddos memang tak mandi la time tu. Cukuplah lap-lap muka je. Pagi Khamis lagi kitorang dah ada kat Terengganu.

Petang tu kitorang plan nak lepak makan sotong kat tepi pantai. Aktiviti wajib di Kay Tee..Mesti nak pergi lepak tepi pantai. Maklumlah kat Kay Ell tak ada pantai. Itu yang manjang balik Terengganu je nak singgah pantai. Bebudak xcited nak main sand and mak budak xcited nak makan sotong celup tepung.






Tapi tak sampai 10 minit kitorang sampai, hujan pun turunnnn... So apalagi nak ditunggu.....cepat-cepat masuk kereta and lepak kat kedai je.

Kali ni memang tak best makan sotong sebab kedai yang biasa kitorang beli tu tutup and terpaksalah kitorang pekena kat kedai yang satu-satunya bukak time tu. Pilihan celup tepungnya memang banyak tapi tak fresh.

Hari ke tiga kat Terengganu, mr hubby ajak pekena nasi padang. Ni kira first time me try makan nasi padang. Memang penuhlah meja dengan lauk-pauk yang dihidangkan. Ialahkan..dah nama pun nasi padang so konsep makannya lauk yang banyak dihidangkan atas meja.

Siapa yang pernah makan komfem tahu macam mana konsep makan nasi padang. Kalau ikut nafsu, memang nak rasa je semuanya. Tapi kitorang berjaya melawan nafsu itu (statement takut kena bayar mahal la ni..huhu).




 Harga dikenakan untuk setiap lauk yang diambil..

Cerita pasal raya haji pulak, masa raya ke dua dibuat majlis aqiqah dan cukur jambul untuk Alli dan sepupunya yang beza hanya 3 minggu. Tapi yang sebenarnya rambut Alli memang dah dicukur masa umur dia 3 minggu lagi.


 Alli dipagi raya haji..see, rambut Alli baru je start nak tumbuh banyak..

Sebelah paginya awal-awal lagi Abbas and Azziz dah bangun nak tengok lembu kena sembelih. Very excited..first time in their life. Seumur hidup Mama dorang pun tak pernah tengok live..tengok kat video je. Tengok sembelih ayam live adalah..Actually Mr hubby yang teruja nak dorang berdua tengok..new experience untuk dorang katanya.






 Bunga rampai..

 Bunga telur..



 Alli dengan sepupunya Akram..

 SIL..xcited nak ambil gambar dua hero tu..

 Time ni orang surau baru sampai..

Buat sembahyang hajat sekali untuk SIL yang nak ambil SPM..

 Mr hubby..Walaupun tanpa DSLR, gaya tetap kena ada..

 Tok Ki dengan berhati-hati cuba untuk mengunting rambut cucunya..











Balik je dari tengok lembu pagi tu, macam biasalah dorang berdua ni..amik kertas dan pensel pastu terus melukis apa yang disaksikan. Dah puas mengeluarkan idea lukisan lembu masing-masing, pastu mama diorang pulak duk kutip kertas tu bersepah dekat lantai.

Memang itulah hobi diorang berdua sekarang ni. Kejap-kejap melukis. Lepas melukis buat jet kertas. Dah jadi jet, main baling-baling jet. Pastu mama diorang pulak kutip sambil pot pet-pot pet. Bila dah pot pet-pot pet, dipanggilnya Angry Mama.




Abbas : Papa..tadi Azziz naughty. Pastu mama jadi Angry Mama.

Mr hubby : Same like Angry Bird ke?




Image by google..


.

Friday, April 15, 2011

Aqiqah

Sabtu lepas telah berlangsungnya majlis aqiqah untuk Azziz dan Maryam. Majlis diadakan di rumah abang mr hubby sebab majlis tu sekali dengan majlis naik rumah barunya.








Sedang melapah seekor lembu..









Antara lauk-pauk yang ada..

Dari awal pagi hinggalah ke malam memang cuaca sejuk je sebab hujan. Kejap hujan pastu berhenti..pastu hujan balik dan seterusnya. Sampai tempias-pias la.

Untuk menu pulak, ada lauk acar timun, daging gulai, ayam masak merah, sambal belacan, ikan masin, kerabu taugeh, pucuk paku masak lemak dan sayur kacang panjang goreng dengan hati ayam.

Bubur kacang hijau dan pisang sebagai pencuci mulut, air sirap serta nasi minyak dan nasi putih.

And Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan lauk-pauknya pun tak berlebih sangat. So tiadalah pembaziran.
Related Posts with Thumbnails