Pages

Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Saturday, September 7, 2013

Mana satu pilihan yang nak dibuat?

Hola Hola semua..


Sebenarnya memang rasa nak update blog setiap hari tapi disebabkan tuntutan kerja (tuntutan lah sangat kannnn) mood terus hilang. Skrip pun terus hilang.

Meh cerita pasal hari ni.

Pagi tadi pergi survey sekolah untuk Azziz. Pilihannya samada Genius Aulad atau Little Caliph. So now kena buat congak tambah tolak bahagi darab untuk buat keputusan yang mana satu. Banyak sudut sebenarnya kena difikirkan. Tambah lagi sekarang Abbas dah sekolah rendah so ada sikit timing yang beza dengan GA dan LC. Itu antara salah satu faktor yang kena difikirkan.

Tambang untuk transport pun boleh tahan jugak regenya. Itulah yang kena buat congak tambah tolak darab dan bahagi. Kalau me pun yang jemput Azziz kat sekolah dia, samada me kena tercongok awal kat sekolah ataupun akan adanya istilah ulang alik semata-mata nak jadi pemandu untuk diorang. Fikir..fikir..fikir..

Ok..

Raya pun dah habis dah. Tahun ni memang tak ada berjalan raya sangat. Maksudnya kira raya sakanlah. Weekend pertama sambut raya kat kampung aku. Kemudian sambung di belah hubby. Next weekend pulak ada wedding adik ipar di sebelah Perak. Pastu weekend yang lagi satu pulak turn belah kitorang di Ganu.

Weekend yang seterusnya tu lah yang baru start jalan raya.  Itupun 2 buah umah yg buat open house. Kiranya tahun ni kitorang jalan raya bila ada di kampung aku dan hubby je. Biskut raya pun kami anak-beranak yang banyak perabiskan.

Takpe..insyaAllah next year kita raya sakan.





Lihat pokok terung kat atas tu. Antara banyak-banyak pokok terung yang aku tanam, pokok yang satu ni lah menjadi keluar hasilnya. Yang lain semua takat sampai keluar bunga pastu terus luruh.

Gugel punya gugel, kata pakar pokok yang punca bunga luruh ni disebabkan kurang air. Tapi sekarang musim hujan and hari-hari hujan. Tapi still bunga yang baru luruh jugak.

Kenapa agaknya??

P/s : Seronok bila tanaman menjadi.



Tuesday, December 25, 2012

Luahan rasa


Lama dah tak sembang-sembang kat blog nih. Asik tepek picas je. Oklah tu..at least ada jugak kenangan yang bila ditengok kembali akan buatkan diri ini senyum sorang-sorang. Oh yang sedih pun ada tapi itulah hakikat kehidupan. Adanya sedih dan ada yang gembira.

Tahun 2012 pun nak melabuhkan tirainya dan 2013 akan menyusul pula. Nak cerita mengenai tahun 2013 pun tak guna jugak sebab bukannya nak kena buat persiapan apa-apa pun. Cuma tahun depan jadual harian akan ada sedikit padat. Mana yang fikir pasal azam tu, good luck ok! Semoga tercapai.

Tapi bila diimbas kembali detik awal tahun 2012 memang ada sedikit menyentuh hati dan perasaan me sebagai seorang ibu tatkala (perrghh..lama juga tak guna perkataan tatkala tu..) my Lil' Princess disahkan positif dengan Leptospirosis dan tatkala juga doc mengeluarkan pendapat bahawa berkemungkinan dia menghidap kanser!

Terkejut, tergamam, sedih, sebak dan takut sememangnya menyelubungi hati dan perasaan ni. Tapi itu semua telah berlalu dan kini Alhamdulillah..my cute Lil' Princess, Anggun Maryam Putri telah sihat sepenuhnya!

Terima kasih pada yang mendoakan kesihatannya.


*now mulut dia asik pot-pet je tau..pastu suka nyanyi lagu ultraman Mebius.. :)


Itu cerita sedih. Cerita gembiranya pulak adalah apabila kehidupan harian dikelilingi oleh insan-insan yang disayangi..ngeh ngeh ngeh..

Sekarang pulak nak cerita pasal hari ini.

Pagi tadi pergi sekolah Abbas sebab nak belikan buku sekolah dia. Total is RM120.++ tak termasuk buku teks sebab buku teks memang pinjaman. Baju sekolah, beg, alat tulis, kasut dan yang sewaktu dengannya dah kira harga lain. Ini baru darjah satu. Belum masuk U lagi. So to my dear kiddos, please belajar elok-elok supaya dapat masuk U berserta dengan biasiswa. :)

Macam biasalah kiddos ni..bila cerita pasal "Abang Abbas nak go school..", komfem ada je suara-suara kenit yang yang sangat teruja nak pergi school jugak.

"Azziz pun nak go school"

"Aiyam oso nak go tool" 
(Maryam also nak go school)

Kemudian lepas lunch me, mr hubby and Alli pergi Ikea. Yang lain tak ikut sebab lebih afdal diorang stay kat rumah nenek dulu. Tapi macam biasa lah bebudak ni. Kalau tak bawak memang peluang diorang nak dapatkan sugus laici memang tinggi.

Ni bukan nak cerita pasal barang yang dishoppingkan di Ikea tapi nak cerita pasal telekung. Kenapa masih ada segelintir kaum hawa yang susah sangat nak bawak telekung sendiri dari rumah ek? Or me sorang je yang berperasaan begitu.

Rasanya ada kat sini yang ke surau shopping mall pernah dengar ayat "telekung sini ke?" or mungkin jugak ada kat sini dengan sendirinya bertanyakan soalan tersebut.

Bukannya apa..kadang-kadang memang tak faham kenapa tak boleh nak bawak telekung sendiri. Tak susah pun. Lipat je macam biasa pastu masuk dalam bag. Tak pun beli je satu kemudian simpan je dalam kereta. Bila nak keluar, sah-sah telekung tu memang ada sekali dengan kita.

Bila masuk maghrib pulak, dah lah waktunya singkat pastu ramai yang nak solat so mana-mana kaum hawa yang tidak berpakaian yang sesuai untuk mengerjakan solat terpaksalah duk tunggu turn nak pakai telekung Ikea.

Bayangkan kalau sekali masuk (ni yang tak bawa telekung sendiri) 12 orang pastu telekung yang disediakan pihak surau cuma 5 helai je. Yang lagi 7 orang tu nak buat apa pulak kalau bukan asik memerhatikan mana-mana orang yang dah siap solat sebab nak guna telekung tersebut.

Macam tadi, tempat memang kosong nak solat tapi perempuan ni kena tunggu dan perhatikan orang yang dah siap solat sebab nak tunggu telekung.

Rasanya bukan kali pertama kita-kita ni lepak kat mall so pandai-pandai sendiri lah terutama yang dah terang-terang memang kena solat kat luar so bawak je lah telekung dari rumah.

Ini tidak..orang tu belum sempat nak bukak kain dah sibuk tanya telekung sini ke? Tau pun nak cepat kejar time solat tapi tak ada rasa inisiatif nak bawak sendiri.

Tak dinafikan bahawa dulu me pun juga begitu. Tapi bila dah rasa pengalaman nak kena tunggu turn, dapat telekung yang kainnya singkat ditambah pulak dengan haruman telekung tersebut, baik me bawa sendiri.

At least telekung yang memang khas disediakan di surau tersebut dapat digunakan oleh orang yang tertinggal telekung dalam kereta (ni kira kes parking jauh) serta orang yang telekungnya tidak suci.


Maaf..bukan niat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Sekadar pandangan peribadi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya.

Buat semua readers, selamat tahun baru 2013. Semoga 2013 lebih baik daripada 2012 serta lebih diberkati, dirahmati dan diredhaiNya.


.





Wednesday, August 8, 2012

Malaysia Boleh!

Alhamdulillah..dah masuk ramadhan ke 19. Persiapan hari raya untuk kiddos pun dah selesai. Tahun ni rasa kejap je dapat setelkan keperluan kiddos. Tak macam tahun lepas. Nak beli kasut Maryam je punyalah dari satu kedai ke satu kedai nak mencari yang sesuai.

Persiapan untuk diri sendiri pulak memang ala kadar je. Cukup apa yang ada.

Okey..sekarang ni tengah menunggu pukul 1 pagi sebab nak tengok final basikal olimpik 2012. Bukan sebab nak tengok samada boleh dapat free single scoop ais krim Baskin Robin atau tak tapi sebab nak tengok sendiri Malaysia bermain difinal game.

Macam masa final badminton hari tu, walaupun Malaysia kalah tapi to me game malam tu memang best. Tak dinafikan memang sedih and frust terutama bila tengok kekecewaan Dato' Lee Chong Wei tu sendiri. Tapi adatlah permainan, ada kalah and ada menang. And malam tu Malaysia kalah dengan bermaruah!



P/s : Sangat teruja nak tengok saat jalur gemilang dan lagu negaraku berkumandang semasa penyampaian hadiah. Atlit manakah yang dapat berbuat demikian agaknya? 


Thursday, August 2, 2012

Adakah ini namanya cinta pandang pertama? :)

.

.

 Pertama kali melihatnya..dari mata turun ke hati dan ternyata me sudah jatuh cinta dengan Nikon J1 Pink Special Kit..Image by google..


.


Wednesday, July 25, 2012

Geram & Sabar

Hari ni sesungguhnya lebih mengajar untuk menjadikan diri ini lebih sabar dan sabar. Ye..saya tengah bersabar ni dan dalam masa yang sama juga dalam hati ni sungguh gerrrrrrraammmmmm!

Okey..sekarang ni memang bersiaran dari KPJ Selangor Specialist disebabkan Alli yang ditahan wad due to Acute Bronchitis dia yang datang balik.

Disebabkan single bed dekat wad kanak-kanak penuh (actually wad kanak-kanak tengah penuh sekarang ni), Alli diletakkan di wad lain untuk four bedded dimana bilik ni memang khas untuk kanak-kanak sebab wad paed kat tingkat 2 dah penuh.

Yang membuatkan dalam hati ni geram is patient sebelah ni. Actually lebih kepada penjaga pesakit. Memang tak ada kesedaran sivik langsung. Boleh bayangkan tengah malam tadi ringing handphone dia punyalah kuat ditambah pulak dengan bunyi ala-ala shuffle.

Fikirlah sikit yang dalam ni bukannya dia sorang yang duduk. Adalagi pesakit serta penjaga lain yang nak rehat. Dah lah tu, bila cakap kat handphone kemain kuat.

Itu baru pasal handphone yang masih lagi boleh diterima. Tapi belum lagi pasal dia duk berpot-pet dengan anak dia lagi. Kot ye nak bersembang, memanglah tak salah langsung tapi agak-agak lah volume suara tu. Bila bising je katil sebelah, Alli siap terjaga pastu terkebil-kebil mata sambil mendengar bunyi bising tu.

Please lah..ini hospital dan bukannya tempat riadah. Dah lah dalam ni ada pesakit dengan usia 7 bulan dengan lagi satu yang baru lepas buat operation malam tadi. Rasanya lagi 2 penjaga kat depan ni agaknya meluat dengan atitude orang yang tak ada kesedaran sivik ni.

Macam tadi..ntah mana pergi lah si minah ni. Boleh pulak dia tinggalkan anak perempuan dia dalam usia lebih kurang 9 tahun untuk jaga anak dia yang sakit tu. Dah lah tu anak dia yang sakit tu melalak nak mak dia. Mahu tak haru dengan kebisingan suara budak tu kat dalam bilik ni.

Kalau melalak sebab sakit tu, memang faham lah tapi ini melalak sebab mak dia dah keluar. And saat menaip entry ni, dengan selamba duk bergosip dengan tak kontrol volume suara tu. Anak-anak lain yang lepak sini tak yah nak cakaplah. Macam-macam pitching ada kat sebelah ni.

Agak-agak nak buat macam rumah sendiri, pergilah masuk single ward.

Habis cerita!


kaf lam ya nga lerr..


.

Thursday, July 19, 2012

Internet slow

.
Sewaktu mengalami masalah internet yang slow, inilah yang ditunjukkan..


                     Download 6kbps..        Upload 0kbps..

Tapi bila petang tadi orang streamyx datang tengok dan selesaikan apa masalah pada punca betapa slowwwwwwnya internet kat rumah ni, 


akhirnya..





                    Download 1079kbps..     Upload 358kbps..


Selesai sudaa masalah kelajuan internet.........Barulah syiok! :)

.

Friday, July 13, 2012

First time naik trolley :)

.

.



Pertama kalinya Alli naik trolley. Nampak macam takut tapi hakikatnya dia okey je. :)


.

Wednesday, June 27, 2012

Tentang kami

Lama dah tak mencoretkan sesuatu disini..hmmmm..Jom mulakan dengan perkembangan anak-anak.

Abbas..
This year genap usianya 6 tahun. Dari hari ke hari duk tanya "lagi brapa hari birthday Abbas?". jenuh dah mulut ni bagitahu. Dah lah nak kena kira.

This year dia nak kek angry bird sebab dia minat dengan angry bird.

Okey..insyaAllah kalau ada, boleh beli. Kalau tak ada, kita tepekkan toy angry bird kat atas kek je. Habis cerita.

Sekarang ni bila tengok perkembangan dia dalam bab pelajaran, boleh dikatakan agak memberangsangkan. Memang nampak perubahannya. Cuma dia ni memang kena ajak baca buku sekali dengan dia. Kalau tak, memang bersantailah dia nak mulakan.

Azziz..
Dia ni masih belum buang lagi tabiat trompet dia tu lagi. Memang selamba je sambil tengok tv sambil hisap jari.

Sekarang ni pun Azziz memang dah baca Iqra'. Biasanya lepas maghrib mr hubby akan ajar Abbas dan Azziz  baca Iqra'. Pastu bila masing-masing tak dapat star / good, terus melalak.

Masih meminati dinosaur dan disimpan rapi permainan dinosaur yang dibeli mr hubby.

Maryam..
Alhamdulillah..semakin hari semakin sihat dan aktif. Pastu semakin meminati Hello Kitty. Pantang lalu depan kedai yang ada jual barang Hello Kitty mesti nak sebut "yeyo titty". Itu belum lagi ditanya samada nak or tak.  Sampaikan gambar yang bersaiz kecik pun dia boleh perasan.

Alli..
Yang si kecik ni memang tak berminat naik stroller. Komfem nangis! Pastu dah 3 kali duduk kat car seat pun mesti nangis.

Sekarang ni pulak dia suka berusaha untuk bangun dan terus berdiri tanpa berpaut pada apa-apa benda. Adakah itu tandanya dia akan cepat berjalan? Tunggu je lah nanti macam mana.

And me..
Mula minat pada bubble tea and cool blog. Siapa boleh sponsor seminggu 3 kali sehingga jemu? Honeydew ok..Hikhikhik..

Okey..itu sahaja coretan buat kali ini..yang lain semuanya dah tido. Tinggal owner blog ni je. Lepas ni nak cuci muka, pakai toner, serum, night cream, eye cream, lotion, vaselin and pasang ubat nyamuk. Sekarang ni banyak nyamuk!

Then baru boleh kroooohhh kroooohhh..zzzZZzzzZZZZzzz..

Eh! Lupa coret pasal mr hubby malam ni.

Okey..dia semakin beruban.

Sekian terima kasih!

Tuesday, April 10, 2012

Main buat deko kek lagi..

.




Rainbow cake with cream cheese frosting..aduh! krimnya termanis sikit..





Tuesday, March 6, 2012

Kenapa agaknya?

Kenapa??????

Kenapa Maryam tak sihat sepenuhnya lagi?

Kenapa dia masih lagi demam?

Apa masalahnya?

Okey..itulah yang bermain dalam fikiran ni.

Selepas 9 hari berada dirumah, Maryam mula start demam balik. Bukan suhu yang biasa tapi suhunya yang agak tinggi sehingga pernah sekali tu mencecah 40.2! Ada jugak terfikir yang termometer rosak tapi tak jugak sebab panas badannya memang terasa sangat.

Kali ni graf suhu Maryam memang jelas menunjukkan perbezaan yang ketara. Kemain tinggi lagi grafnya menaik.

Takkan nak duduk wad lagi? Cukuplah selama 32 hari kami berkampung di wad.

Last week ada bawa dia pergi Darus Syifa'. Dengan berbekalkan 2 botol air yang telah dicampur dengan daun baiduri serta doa dan juga sebotol lagi air yang dibacakan doa which is untuk diminum. So yang 2 botol tu hanya untuk digunakan sebagai air mandian Maryam selama 3 hari.

Selain dari doa, itulah salah satu usaha yang me and mr hubby cuba lakukan untuk melihat dia sihat SEPENUHNYA seperti sediakala.

And sehingga ke hari ni jugak Maryam masih lagi demam. Tapi yang peliknya demamnya hanya bermula selepas maghrib sehinggalah keesokan paginya. So meaning that siang hari dia tidak lah terlalu flat sangat macam waktu malam.

Dah lah tu..2-3 hari lepas mulutnya banyak dengan ulser. Kat gusi pun ada! Ingatkan dia kena penyakit tangan, kaki dan mulut tapi paed cakap tak sebab tanda kat tangan dan kakinya normal je.

Kesian je bila tengok dia nak makan atau minum. Kita ni yang dah tua bangka pun bila kena ulser yang sebiji tu pun dah sakit nak makan. Inikan pulak Maryam yang banyak dekat bibir dan gusi dia.

Berkemungkinan juga punca Maryam demam kali ni disebabkan ulcer dia tu. Yang pastinya bukan disebabkan kencing tikus lagi. Lagipun paed cakap sekarang ni antibodi Maryam belum lagi kuat macam sebelum ni. So senang sangat lah kalau dia nak kena sakit.
 


 Bergambar bersama Dr Yasmin..paed yang rajin menjawab segala soalan yang ditanya..

Siang tadi pulak bawa Alli jumpa paed yang memang best, Dr Ling. Kali ni jumpa bukan sebab appointment dia tapi disebabkan Alli yang dah 3 hari demam. 

Dalam hati ni "entah-entah kena tahan wad lagi". 

Tapi tak..paed cuma bekalkann 3 jenis ubat untuk Alli yang perlu dicompletekan dalam tempoh 4 hari. So kalau lepas tu dia still demam, terus pergi hospital lah jawabnya.

Masa check up tadi, lung Alli still ada bunyi sikit. So macam biasalah..teruskan ubat-ubatan yang dibekalkan untuk dia. Dari yang jenis oral hinggalah ke inhaler.

Sekarang ni pun me and mr hubby memang dah jadi doktor kat rumah. Hari-hari duk kunci jam untuk bagi ubat kat Alli dengan Maryam. Tak kiralah 3 pagi ke..4 pagi ke..bila sampai je waktu makan ubat memang kena bagi. 

Esok pagi pulak Alli ada appointment dekat Hospital Putrajaya pasal dia punya urine infection yang dulu tu. Actually dah okey tapi esok kena buat USG nak tengok kidney Alli. Hopefully semuanya normal.


Bersama Dr Ling..ini of course paed yang rawat Alli..sangatlah friendly!



P/s : Sekarang ni dah mula basuh semua makanan / minuman yang jenis bertin and dah takut nak minum air tin / botol yang tidak dibasuh terlebih dahulu.

.

Friday, February 17, 2012

Abbas nak bagi mama henfon

.

Hari tu tengah sibuk bercerita mengenai birthday..


Me : Abbas, next week birthday mama. So Abbas nak bagi apa kat mama?

Abbas : Hah! Abbas tahu. Abbas give present henfon kat mama. 

Me : Henfon??

Abbas : A'ah..mama kan like game angry bird. So nanti Abbas belikan henfon same like papa punya yang ada angry bird tu. Then mama can play lah. Tapi kena tunggu Abbas grow up dulu then baru boleh bagi henfon kat mama. Okey tak? Mama like it tak?

Me : Hahahahahahahahaha.. 






P/s : Hari ni usia telah meningkat lagi setahun..bersyukur masih lagi bernafas dimuka bumi ini.. Happy Birthday to me! :)


Thursday, December 15, 2011

Jom sihat!

Okey...berblogging sambil melayan Alli yang dah ngantuk nak tidur.

Yang lain dah pergi main basikal dengan atuk diorang. Komfem balik karang habis selumur muka masing-masing dengan hingus sebab sekarang Abbas, Azziz dan Maryam dah diserang flu dan batuk. Demam pun ada jugak tapi bila dah bagi ubat, terus cergas je. Itu yang boleh main basikal tu.

Alli pun ada jugak menunjukkan tanda-tanda batuk dengan hidung yang kurang selesa. Harap Alli dikelilingi oleh pengawal peribadi yang menghindarkan dia dari terkena flu dan batuk dari abang-abang dan kakaknya.

Sekarang ni pun Alli dah 3 bulan lebih. Latest berat Alli ialah 6.5kg. Kata paed "over dari average". Itu hari berat dia dah sampai border obesiti dah. Hamboiiii..ku semangat! Yang penting dia sihat!

Untuk masa sekarang ni pulak Alli kena makan ubat antibiotik setiap malam sehinggalah paed sendiri yang suruh stop. Ini gara-gara air kencing Alli yang before this ada infection. So kalau nak keluar mana-mana yang memerlukan kitorang stay untuk beberapa hari, memanglah kena bawak ubat Alli.

Next year bulan march pulak nanti dah kena pergi hospital lagi untuk buat ultrasound bagi tujuan nak pastikan kidney Alli okey. Tarikh tu lah yang tak sabar ditunggu dan takut untuk ditunggu.

Tak sabar sebab nak pastikan kesihatan Alli dapat dipantau dengan lebih awal lagi dan takut pulak untuk mendengar apa yang akan dikatakan paed hasil dari ultrasound tersebut.

Tapi so far alhamdulillah Alli memang nampak sihat and dia ni bukan jenis baby yang banyak ragam. Cuma dia ni boleh dikatakan kerap muntah la jugak kalau nak dibandingkan dengan abang-abang dan kakaknya. Lebih-lebih lagi bila dia overload susu. Kadang-kadang tu dah macam air pancut keluar dari mulut dia.

Dipendekkan entry..
 
Alli pun dah tidur so empunya blog ni nak masak nasi goreng.  :)


.

Friday, December 2, 2011

???????????

Tak tahu nak karang apa kat sini. Kalau nak diikutkan memang rasa nak karang je apa yang tersirat tapi terpaksa juga dibataskan.

Well..

This is my personal blog but sometimes i feel not sooooo comfortable when i'm trying to express my feelings here. Want to know why????

Because some of the readers....................





*
*





*




*




*





________(FILL IN THE BLANK OK)______



Ayooooo..

Should i start with a new blog a.k.a diary???


Apa merapu ni sue????? :)

Okeylah..jadi jugak satu entry..hehehehehehehe..



.

Tuesday, November 22, 2011

Selamat Pengantin Baru..Ezreen Dayana & Syahrom

.


Syeila with Rania..





Miza, Fieda and Iman..








Kiddos..





Mr hubby..with Fieda's husband..





Me with Ezreen @ Zizie..still ingat lagi dia sanggup naik bas sorang diri from KL to Melaka just nak hadir kat my wedding..so dialah yang menjadi pengapit..








Gossip..gossip..and gossip..


Selamat Pengantin Baru..kekal bahagia selamanya..








Bergambar sebelum masing-masing nak balik mestilah harus ada..





Miza, Me, Sabrina, Haizan, Syeila, Fieda..ingatkan nak bergambar dengan pengantin tapi pengantin baru nak makan ayam golek..huhuhuhu..


Monday, November 14, 2011

Maryam nak masuk 2 tahun

Sekarang ni dah masuk minggu kedua November. Lebih kurang lagi 2 minggu lagi birthday my Lil' Princess, Maryam.

Macam biasalah bila tiba time special day ni. Mesti dalam kepala ni duk fikir hadiah and nak celebrate kat mana. Tak kurang jugak duk fikir design kek.

Lepas bincang dengan mr hubby, ingatkan birthday Maryam tahun ni nak bawak makan kat luar. Kat mana? Oh itu masih belum ada kepastian lagi.

Kalau sebelum ni manjang birthday je mesti nak buat bbq or buat makan-makan kat rumah, tapi kali ni rasa nak buat lain sikit. Tak adalah nanti balik-balik birthday je bbq..birthday je bbq..bbq je birthday..huh!

Itu semua adalah perancangan semata-mata. Masih ada lagi 2 minggu untuk membuat keputusan muktamad.

Apapun kalau this year celebrate makan kat luar, kek memang kena ada. Cuma kalau boleh (kalau boleh lah kannn..) me and mr hubby cuba nak elakkan dari beli design kek yang biasa pernah kitorang beli sebelum ni. Beli cupcakes ke..Tengoklah macam mana nanti.

Diorang ni kalau tengok kek yang ada kartun-kartun dengan warna-warni memang cukup suka. Ialahkan..dah nama pun budak.

Nak kena survey ni!


My Lil' Princess.. 

.

Wednesday, November 2, 2011

Drypers dalam hidupku :)

Komfem siapa yang ada anak kecik memang tak terkecuali untuk pakai diaper. Sama lah jugak dengan empunya blog ni.

Memang pelbagai brand diaper sudah dipakai. Tapi kebanyakannya nmemang pakai brand drypers. Dari awal beli dengan harganya kalau tak silap RM31.90 untuk L72 sehinggalah sekarang dengan harga RM35.90 dari range yang sama. Okey..harga RM35.90 tu memang tak sama dengan harga kat mana-mana pasaraya yang menjualnya.


Drypers yang menjadi peneman cloth diaper..

Secara peribadi, pakai Drypers ni okey. Selain dari harganya yang agak berpatutan, memang jarang lah nak bocor. Tak kiralah bocor tepi ke..depan ke..ataupun belakang. Tapi kalau dah minum air sebesen, tak logik lah kalau tak bocor kan.

Pernah sekali dulu, bilik atas memang bersusun je stok Drypers. Mana-mana pasaraya yang ada buat diskaun, komfem akan beli buat stok. Sampai mak yang datang rumah pun tanya yang kitorang ni nak jual pempes ke? Eh..tak adalah mak..itulah hobi kitorang sekarang ni.

Sepanjang dah beli Drypers ni, ada jugak dapat free gift macam flash card, spesis cooking gloves, changing mat, cawan telinga dan yang terbaru is T-shirt. Bila ada buat free gift ni, haruslah ambil peluang.


Ni lah yang spesis cooking gloves tu.. Lupa pulak apa nama sebenarnya sebab benda ni dah lama dapat..

 Changing Mat..

 Inilah dia cawan telinga..gelarannya sempena adanya dua pemegang ditepinya tu..and cawan ni lengkap dengan penutupnya sekali..

 Cotton T-shirt..ada warna hijau..

Kuning..

Biru..

So ketiga-tiga t-shirt percuma tu sudah dimiliki..

And sempena diorang ni buat Drypers Soft 1st Moment Campaign yang tengah duk keluar iklannya kat tv tu, me tak melepaskan peluang untuk mendapatkan sehelai selimut percuma.

Image by google..

Simple je kalau nak dapat selimut tu. Just amik gambar satu family bersaiz 4R dengan baby baru then isikan butir peribadi yang dikehendaki kat dalam satu A4 paper dan hantarkan kat pihak diorang ni. And of course lah baby baru i adalah Alli.

Time nak ambil gambar hari tu, punyalah berapa kali duk snap gara-gara nak ambil yang terbaik. Okey..itu tak ada dalam syarat-syarat nak dapat selimut tu tapi kena snap banyak kali sebab ada yang tak tengok kameralah..terlebih cahayalah..tak reti duduk diamlah. Puas dah mulut ni duk senyum. Nasib baik tak kejang.

Terima kasih kepada SIL yang menjadi jurugambar!


Akhirnya..antara gambar yang di snap, ini yang berjaya menjadi pilihan dihati..


Lepas tu nak dapat selimut tu kena hantar sekali dengan beg poli Drypers Soft New Born.

So sesiapa yang ada baby yang bawah umur setahun masa tempoh penebusan selimut tu dijalankan (sehingga 31 dec 2011), boleh lah join. Tapi beg poli NB56 kena hantar sekali ok.

And finally..selimut itu sudah pun sampai tengahari tadi. Sangatlah suka!


 Tengok pembungkusnya dahulu..

Inilah selimut yang dimaksudkan..lengkap sekali dengan poket untuk letak gambar 4R tu..



Benda yang percuma jangan dilengahkan. So apalagi..?

.

Saturday, October 29, 2011

Malam-malam pergi playground

Malam tadi pergi bawak kiddos kat playground dalam Giant. Kiranya indoor playground dan ianya percuma! Okey memang playground yang biasa ada kat mana-mana park tu free tapi maksud free disini ialah kita as a mak bapak ni tak payah nak menabung dekat spesis permainan yang duk keluar muzik sambil bergerak tu. Jadi dah boleh jimat disitu. Bolehlah duit menabung tu buat beli ais krim Giant.

So malam tadi memang semua ahli dibawak sekali. Yang paling xcited is Abbas, Azziz and Maryam lah. Tak terkecuali lah mama dia sorang ni. Yang Alli pulak ikut je. Apa yang dia reti pasal playground ni. So dengan kiutnya dia tidur dalam stroller. Cewah!

Plan asal memang  nak bawak kiddos ni pergi petang tapi bila tiba time petang je, terus mood malas tu datang. Mula-mula je kemain beriya bagitahu kiddos "petang nanti kita pergi Giant". Pastu malas pun datang.

Bagus jugak Giant kat sini ada playground. Waktu hujan ke..panas ke..memang tak ada masalah nak main slide. Teringat pulak masa zaman kecik dulu kala. Bila petang je terus kumpulkan geng geng budak berhingus pastu start lah main kat playground. Tapi bukan spesis playground yg lengkap ada gelongsor, buai dan yang sewaktu dengannya tapi time tu dapat main dekat badminton court je. Kat situlah main galah panjang, teng teng, badminton dan kat situ jugaklah geng hingusan main getah. Tak lupa jugak permainan yang dipanggil rounders.

Time tu bila dapat je pergi main dekat playground yang betul-betul proper, punyalah jakun yang amat. Itu belum lagi dapat naik permainan yang kena menabung tu.

Okey...full stop!


Cuba cari dimana Azziz dan Maryam..


Apa lah yang Abbas fikir time ni..





Inilah spesis mainan yang kena menabung. Tapi kat sini percuma. Tekanlah berapa banyak kali punat kat situ, no hal punya.


Maryam lah yang duk kejap-kejap tekan punat tu. Mentang-mentanglah dah tahu cara nak tekan..tak adanya heran dia nak bagi turn orang lain. Nasib baik time tu tak ramai budak sangat..


Alli..sebelum tidur tengah melayan perasaan seorang diri..Takpe, dah besar nanti turn awak pulak main macam abang-abang dan kakak awak ye..


Ready for take off..





Wah! sukanya dia..




So tadi memang saja je bagi kiddos main lama sikit. Dah agak-agak mama and papa diorang ni dah boring tunggu, terus masuk kat dalam pasaraya.

Kalau sebut nak masuk je dalam kawasan pasaraya, cam biasalah kiddos ni. Nak kopoklah..mentoslah..lolipoplah..itulah..inilah..

Rotan nak?? :)

.
Related Posts with Thumbnails