Pages

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, July 4, 2014

Puasa

Dah masuk hari ke enam berpuasa.

Hari ni pulak cuaca panas sikit kalau nak dibandingkan dengan 2 hari sebelum ni. Abbas pun dah tunjukkan rasa bateri tak cukup disebabkan cuaca hari ni. Asik-asik tanya "kenapa hari ni tak hujan?".."semalam best je Abbas puasa sebab sejuk".."bila nak musim sejuk?"..

And hari ni pulak dah masuk hari ke 5 Azziz berpuasa. Dia ni memang semangat nak berpuasa. Dah suruh dia rehat tak yah puasa pun dia tetap berkeras nak puasa. Pernah hari tu..lagi 3 minit nak azan so kitorang dah standby dekat meja makan. Yang Azziz ni pulak ingat dah boleh berbuka so dia terus makan kurma. Bila yang lain tanya "Uh..Azziz dah buka ke?" terus je dia melalak macam kena bagi ubat bontot.

Last-last me and Mr Hubby pujuk dia. Cakap dekat dia yang dia kecik lagi and boleh berbuka lagi sekali masa azan nanti. Lagi kuat lah dia melalak. Ialahkan..dia dah semangat bertahan satu hari untuk berpuasa..itu yang agaknya dia sangat kecewa bila dia berbuka sebelum masuk waktu.

Maryam pulak semalam dia belajar puasa. Tapi tak penuh lah. Itu pun mula-mula dia taknak buka sebab takut tak dapat seringgit. Tapi dapat jugak dia upah seringgit sebab cubaan pertama dia tu. Hari ni pun dia puasa lagi sebab dia nak dapat lagi seringgit..hahahahaha..

Alli tak puasa tapi dia dah 2 hari bangun sahur. Siap hirup sup mengalahkan abang-abang dan kakaknya nak berpuasa.

Biasanya bila tiba bulan puasa ni, kat rumah ni memang jarang berbuka dengan nasi berlauk. Masa zaman single dulu memang itu je juadah berbuka utama tapi sejak dah tukar status tak available ni, terus rasa kurang nak berbuka dengan nasi berlauk.

Ni gara-gara berlajar dari Mr Hubby sebab dia ni memang time berbuka memang jarang sangat berbuka dengan nasi berlauk. Ada mee goreng ke..bihun goreng ke..mee sup ke sebagai juadah utama pun dah kira ok.Tak perlu nak hari-hari berbuka dengan nasi.


 Menu utama masa berbuka kitorang semalam..

Lepas terawih baru lah masak lauk untuk sahur sebab sahur memang kena makan nasi. So bila bulan puasa ni, time siang memang me tak ada heboh sangat nak ke dapur. Cuma biasanya dah dekat nak pukul 6 petang dah start masak untuk berbuka. Pastu lepas terawih sambung masak lagi. 

Tapi boleh je nak ber-WhatsApp bagai. :)



Me : Azziz..tomorrow Azziz tak yah puasa lagi. Azziz rehat dulu.

Azziz : Taknakkkkkkkkk..Azziz nak puasa jugak.

Me : Ok Azziz..now bagitahu mama why Azziz nak puasa?

Azziz : Ialah..sebab Azziz nak pahala.



P/S : Ooo..Maryam baru lepas berbuka dengan kuih kapit. Dia dah tak tahan tengok Alli mengunyah depan dia..kekekeke..


.

Friday, June 27, 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (2014)





Image by Google..



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2014. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua dan marilah kita tingkatkan amal dibulan yang mulia ini.



.

Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (2013)

.


Image by Google..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2013. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua dan marilah kita tingkatkan amal dibulan yang mulia ini. 


.

Monday, August 13, 2012

Pelita dihalaman asmara telah dinyalakan

.










.

Friday, August 3, 2012

Kek untuk Abbas lagi

.










Thanks to my sister kerana dengan bermurah hatinya telah menaja sebiji kek angry bird untuk Abbas sempena bezday Abbas yang ke-6 tahun hari tu. Pizza tu me and mr hubby beli bagi meraikan bezday Abbas + buat menu berbuka puasa.


.


.

Wednesday, July 25, 2012

Nak sahur jugak

Alhamdulillah..dah masuk hari ke-5 Ramadhan. Syukur masih diberi kesihatan yang baik bagi meneruskan puasa kali ini.

Puasa kali ni memang sambut dekat rumah orang tua tersayang. Maklumlah sekarang ni kitorang sefamili dah menumpang rumah mak sementara menunggu rumah kitorang boleh diduduki.


 Sahur dihari pertama, ada lauk sayur cendawan, ikan bilis goreng kering..sup ekor dan kangkung goreng tapau dari kedai pun ada..

Abbas..ngantuk la tuh..hari pertama sahur tapi tak puasa..

Setakat ni Abbas baru je puasa sehari setengah. Dia dapat puasa penuh masa ramadhan ke-2 and masih ingat lagi hari tu dah nak pukul 6 barulah nampak dia dah mula letih. Tapi Alhamdulillah dapat juga dia bertahan sampai waktu berbuka. 

Semalam pulak dapat bertahan separuh hari je. Tapi tak sangka jugak yang dia boleh bertahan sampai dah nak pukul 2pm sebab pagi tu dia tak bangun sahur. 

Bukannya dia malas nak bangun tapi me saja tak kejutkan dia.

Alih-alih bila kejutkan dia bangun nak pergi sekolah, kemain menangis dia sebab mama nya tak kejutkan dia sahur. Sanggup tak breakfast sebab tekad nak berpuasa jugak!.

Kadang-kadang Abbas n Azziz buat bangun sahur ni nampak macam satu aktiviti makan malam yang sangat diorang teruja nak buat. Macam hari tu, boleh pulak Azziz menangis sebab dia nak sahur.  Padahal pukul 1 pagi pun belum lagi.

Tapi bila bangun tido, tak sampai berapa jam terus je nak makan. Itu yang pagi tadi rasa tak nak kejutkan diorang sahur walaupun diorang dah pesan.

Apapun, usia Abbas yang dah masuk 6 tahun pada tahun ni, rasanya tiada masalah untuk menggalakkan dia belajar untuk berpuasa penuh.  Macam Azziz pulak, bak kata mr hubby..


Mr hubby : Memang tak harap untuk diorang puasa sekarang ni tapi tak pe lah..at least diorang belajar sahur tu macam mana.

.





Thursday, July 19, 2012

Ramadhan 2012

.


Dikesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti.

Saya juga ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini dan kepada semua pengikut blog ini atas segala salah dan khilaf. 

Semoga Ramadhan kali ini kita lebih meningkatkan kualiti amalan kita. 
InsyaAllah..

.

Friday, August 19, 2011

Pelita Dihalaman Asmara Telah Dinyalakan :)

.








Related Posts with Thumbnails