Pages

Friday, December 31, 2010

Aktiviti bersama kiddos

Dulu (masa Maryam belum lahir lagi) rajin jugak bawa Abbas and Azziz bersiar-siar kat kawasan rumah. Tak kiralah ada yang naik motor ke..basikal ke..jeep ke..or duduk dalam stroller (ini bila diorang baby la).

Bawa diorang main dekat playground yang ada diantaranya tak cukup sifat pun ada. Apalagi kalau bukan kes vandalisme. Boleh pulak tempat untuk main slide yang bentuk bulat tu ada kat dalam longkang. Apa yang cuba ditunjukkan pun i tak tahulah. Tarik telinga sorang-sorang baru tahu.

But now dah okey sikit. Setakat ni spring rider kat situ masih lagi berkeadaan baik and buaiannya nampak ok lagi. 

Macam sekarang ni bila petang je macam biasalah, atuk diorang yang akan bawa diorang main basikal. Maryam tak adalah main. Dia bertempek dengan mama nya je lah.

Sekarang ni Maryam dah boleh jalan but still tak nak lepaskan dia jalan-jalan sendiri dekat jalan tar. Badan tak balance sepenuhnya and kang tak pasal-pasal tapak tangan luka duk asyik menahan bila jatuh.

Tapi itu hari saje je lepaskan Maryam pergi jalan-jalan. Tapi kat dalam kawasan car porch rumah atuknya je lah. Kemain xcited dia dapat jalan dari pintu rumah sampai ke gate. Last-last atuk dia pergi bawa dia main horse (nama gelaran bagi sring rider la tuh..walaupun ada diantara rupabentuknya tidak seakan-akan kuda..hehehehe) kat playground. Lagilah dia suka.


 Yeay!..naik horse..




Azziz kemain lagi dengan style tangan dipinggangnya.. :)

Main tak lama mana pun sebab masa tu hujan memang ada sedikit rintik. Disebabkan sedikit rintik tu lah yang berani bagi bebudak ni main kat luar and itu yang masing-masing pakai cap.

So terpaksalah Abbas, Azziz dan Maryam balik rumah. Takkan nak tunggu sampai hujan turun bertambah rintik lagi kan. Sebelum nak masuk ke dalam rumah tu sempat lagi mereka bertiga ni duk main-main lagi kat car porch.

 Abbas dengan basikal pertamanya..yang kini menjadi milik Azziz..

 Gambar ni nampak macam Azziz tengah buat kawad kaki pulak..hehehehe..

 Sukanya Maryam..



Itulah yang dinamakan budak. Setakat lepak kat playground tak sampai 10 minit, apa yang bestnya.. :)


.

Thursday, December 30, 2010

Ole..ole..ole..ole..

Ole..ole..ole..ole..kita menang..kita menang..yabedabeduuuuuuuu!..Tahniah untuk pasukan bolasepak Malaysia yang telah berjaya memenangi piala AFF Suzuki 2010. Tingkatkan lagi prestasi ok!

Lepas ni mesti ada yang feeling-feeling dengan keeper Malaysia la tuh..

Oh esok cuti umum sebab Malaysia menang so siapa yang berhajat nak balik kampung tu (dah macam pesanan sempena hari raya pulak)..berhati-hati dijalan raya. Actually memang sepanjang masa kita kena berhati-hati. Tak payah nak tunggu raya pun.

Sekarang tekak rasa nak makan prosperity burger. Ni yang kena beli jugak ni sebab dah lah setahun sekali je burger tu keluar. So harus lah kita membeli.. Kalau nak dicomparekan dengan burger McD yang lain, i suka spicy chicken and prosperity burger sahaja. Burger yang lain tu memang makan tapi dua tu je yang menjadi pilihan dihati.

Bila cerita bab burger ni, paling suka burger yang ada letak bawang. Tak kira lah burger tu beli kat tepi kedai mamak ke, tepi jalan ke..mesti "bang..mintak bawang lebih sikit". Mr hubby pun suka kalau burger tu ada bawang. Sehati sejiwa la katakan.. :)

Bukan setakat burger je, kalau makan laksa tu, komfem letak bawang lebih sikit. Maggi pun sama. Kalau buat maggi tu, mr hubby kalau tak letak bawang memang tak sah! Tapi tak boleh lah nak makan maggi tu selalu sangat ok.

Ingat tak last year kot..McD ada keluarkan menu red bean mcflurry. Sedap jugak. Tapi my sister cakap this year tak ada menu tu. Mungkin orang macam i je yang suka. Itu yang dah tak ada dah. Minoriti sungguh!

Okey..petang ni nak buat minum petang untuk anak-anak kesayangan. Abbas and Azziz dah request pau. Diorang ni memang suka makan pau. Kalau keluar beli barang dapur, memang akan beli stok frozen pau. Dulu pernah jugak try buat sekali. Rupa bentuk memang dah nampak tapi rasanya kurang sikit. Ni yang kena tuntut ilmu lagi ni.

Tataaa..

Wednesday, December 29, 2010

Talapia Merah Goreng Bercili

Bahan-bahannya
2 ekor ikan talapia merah-digoreng garing
1 cawan air
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 biji bawang besar-dipotong bulat
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk dikisar
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
7 biji cili merah

*boleh digunakan daun sup sebagai hiasan..kalau tak ada pun tak apa..




  • Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan yang siap dikisar sehingga sedikit garing.
  • Masukkan air.
  • Masukkan pati ikan bilis dan kacau rata.
  • Taburkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat. Kacau rata dan barulah ditutup api.
  • Seterusnya barulah dituangkan ke atas ikan talapia yang telah digoreng garing.
  • Taburkan daun sup diatasnya dan sedia dihidangkan.

Tuesday, December 28, 2010

We love discount!

Tak terlalu lewat untuk mengucapkan syabas kepada Malaysia atas kejayaan menentang Indonesia dalam final pertama untuk piala AFF Suzuki. 3-0 tu..Malaysia boleh!

Time bola tu insan yang mengadap depan tv is mr hubby. Bila part gol dijaringkan of course lah yang paling best kan. Azziz sampai nangis takut bila tengok mama and papa nya jerit gol! Dan dan tu lah mama nya pun jadi over berkali-kali duk sorak gol. Nak menyakat punya pasal. And sekali tengah syiok layan bola tiba-tiba pulak Abbas pergi tekan channel 613. Terus mr hubby kelam kabut cari remote. Hahahaha..

Menu malam tu is fast food. Mr hubby order Domino's Pizza. Dail nombor, pilih menu and sampailah pizza kitorang kat rumah. Sangatlah sesuai sambil menonton bola sambil mengadap pizza.

Kitorang ni kalau nak makan pizza memang banyak order dengan Domino's. Sampai 2 kali dapat free breadsticx. Ini kes menghargai customer la ni. :)

Kupon Domino's tak yah nak cakap lah. Bila order pizza, komfem ada dibagi sekali kupon diskaun. Itu belum lagi kupon yang mr hubby dapat masa Domino's buat promotion. And tiap kali order, kebanyakannya mesti dapat free coupun untuk regular pizza sebab pizza yang di pesan lewat sampai dari jangkaan masa 30 minit.


Free untuk regular pizza..

Baru-baru ni pulak ada buka FB and ada click 'LIKE' dekat Subang Parade fan page sebab nak dapatkan voucher semata-mata. Selama ni tak ada heran sangat nak LIKE mana-mana page kat FB ni tapi disebabkan bila baca pasal free voucher yang akan diberi, terus je LIKE..Kalau nak ambil vouvher tu boleh pergi terus ke information counter nya. Tak yah nak jawab apa-apa slogan or soalan. Yang penting LIKE je. Memang kojo yang sonang! :)

Free ticket FireFly untuk 2 orang ke Kota Kinabalu & Kuching pun ada diberi khas untuk peminat Subang Parade. Bagus betul Subang Parade ni kan. 

Tapi nak buat macam mana..orang lain yang dah dapat tiket tu. Kitorang ni sekadar voucher RM10 untuk MPH. Memang itu yang paling sesuai kalau nak dicomparekan dengan voucher yang lain and dapatlah beli 1 buku cerita (RM8.90) Thomas & Friends untuk kiddos.

Sebelum terkedek-kedek nak ambil voucher tu, kitorang lunch dekat Swensen's. Siapa yang makan kat Swensen's sekarang ni, boleh dapat 50% untuk second meal. Tapi hanya untuk Star Member (Toys R Us) je.


Lil' Princess berpura-pura tidur..hehehehe..

Abbas tengah menyanyikan lagu -i'm little teapot-..

 Azziz..nak jugak amik air batu kat dalam tu..


Mega burger for mr hubby, sirloin steak for me and beef burger from kids menu for kiddos. Siapa yang belum lagi cuba menu mega burger kat Swensens ni, silalah mencuba sebab memang sedap! Kat menu tu siap ditanda all time feveret.

Size burger tu memang besarrrrr and sesiapa yang tak boleh nak habiskan, sila lah tapau bawa balik rumah macam yang kitorang buat. Rugi kalau tak habiskan burger tu.


 Mega burger..yummie..

 Mega burger..ada chicken ham, telur, terung, salad, keju, and of course daging..RM24.90

Sirloin steak tu biasa-biasa je. Agaknya chef tu lupa dah berapa kali dia bubuh garam kat dalam black pepper sauce tu. Itu yang tawar je rasanya.


 Sirloin steak..RM31.90

Kids menu pulak dibagi sekali dengan air. Order satu plate and diorang share 3 beradik. Maryam pun cuma banyak makan fries and sayur dari pinggan mama and papa nya.


Kids menu..beef burger ..1 for Abbas & 1 Azziz..RM9.90

Sebelum nak balik tu, staff kat situ bagi table calender sebab total bill kitorang lebih dari RM20. Bagus jugak dapat table calender tu sebab i memang memerlukannya. Senang siket nak catat tarikh beli gas masak, tarikh-tarikh penting dan yang sewaktu dengannya. 

Yang paling best sekali is kat kalender tu disertakan sekali discount voucher selama setahun. Lain bulan lain diskaunnya. Tapi tak ada maknanya every month nak mengadap Swensen's. Kalau diskaunnya memang best, bulan itulah yang menjadi pojaan hatiku.. :)


 Dapat 2 sekali..

Itulah yang kitorang lakukan pada sabtu dan ahad yang lepas.. :)

*Rasany kena order main course untuk dapatkan 50%..

Saturday, December 25, 2010

School..apa yang ada dalam fikirannya?

Lagi beberapa minggu sekolah / tadika  nak bermula. Mana yang dah daftarkan anak-anaknya ke sekolah, komfem dah sediakan keperluan sekolah and maybe ada yang baru nak start borong.

Macam me and mr hubby belum lagi siapkan keperluan ke sekolah / tadika untuk anak-anak. Walaupun Abbas next year nak masuk 5 tahun but kitorang dah plan nak daftarkan Abbas tahun depan. Meaning that dia akan masuk tadika masa umur 6 tahun. But ada satu kali tu, mr hubby ada cakap nak masukkan Abbas pertengahan tahun depan. Boleh ke macam tu??

Setakat ni ingatkan nak masukkan Abbas (termasuk adik-adiknya) ke Genius Aulad. Sekarang ni pun ada satu cawangannya yang akan dibuka tak jauh dari area rumah kitorang. Jaraknya lebih kurang 2km kot. Kalau nak ikutkan ada yang lagi dekat dengan rumah kitorang iaitu tadika kemas yang terletak dekat simpang nak masuk ke kawasan rumah kitorang. Dulu ada jugak terdetik nak masukkan Abbas kat tadika tu. Tengoklah macam mana nanti.

Tapi yang peliknya, tiap kali bagitahu Abbas yang nanti dia akan pergi school (tadika), komfem dia cakap tak nak. Siap ada satu kali tu time dia nak tidur, boleh pulak dia nangis bagitahu yang dia tak nak pergi school. Padahal ada lah dalam 10 minit lampu bilik dah ditutup. Kompius jugak sebab apa yang sebenarnya dalam fikiran dia maksud school tu.

Kalau dah sampai macam tu sekali, macam mana lah nanti first day nak hantar dia pergi tadika.

Me : Next year Abbas go to school ok. Abbas study ABCs, alif ba ta, 123..Mama stay at home with Azziz and baby. Pastu mama masak for Abbas.

Abbas : Abbas don't want go to school (time ni dia dah cembeng dah). Mama go to school..Abbas stay with Azziz and baby..pastu Abbas masak for mama.

Me : Why Abbas don't want go to school?

Abbas : Abbas scared.

Halahai..nak masakkan untuk mama ye..nanti Abbas dah besar, Abbas masakkan untuk mama ok.. :)

Friday, December 24, 2010

Tag from MATAHARI71



Kali ni nak buat tag dari MATAHARI71. Siap ada award lagi tuh!

Terima kasih banyak-banyak kepada akak MATAHARI71 atas pakej tag dan award yang diberi. Rasa macam terlalu awal nak dapat award..malu..but really appreciate it! :)


1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda?
Seingat i masa umur 11-12 tahun. Kiranya time sekolah rendah lagi. Masakan pertama yang dimasak, memang tak ingat but i still remember ada satu hari tu balik dari sekolah, terasa nak makan bihun goreng. Teruslah ambil kuali and operasi memasak pun bermula. Dalam bihun goreng tu rasanya cuma letak bawang putih, bawang besar and cili boh je. And of courselah ada letak garam kan. Tapi yang paling penting warna bihun tu memang merah giler and menu bihun goreng tu terus jadi bihun goreng petrol sebab minyak memang banyak! Untuk tekak sendiri dan masakan sendiri memang ditelan jua..hahahahaha..

2. Siapa yang menggalak anda masak?
Pada mula pembabitan diri dalam bab masak-memasak ni, mak lah yang memberi galakan. Bak kata orang  "orang perempuan kena tahu masak". Sekarang ni dah tak ada galak-mengalak lagi. Anak pun dah 3! Sendiri mau ingat la kan.


3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang-orang kesayangan anda?
Rasanya memang tak ada fokuskan (sesuai ke guna perkataan fokus ni ek?) masakan apa yang i suka masak. Bila rasa nak masak gulai lemak cili api, itulah yang akan dimasak. Kalau rasa nak buat desert, i akan buat desert. 

And bila bab digemari pulak, my sister suka kalau i masak keow teow goreng. Betul tak kak long? Hehehehe..And mr hubby suka dengan puding karamel yang i buat dan lauk gulai nenas dengan ikan masin. Katanya (bukan i yang kata) "terbaik"!
 
4. Tag 5 orang blogger yang sering berkunjung ke blog anda.
 Tag 3 je lah ye..



 

Monday, December 20, 2010

Nak masuk sekolah dah.. :)

Semalam secara rasminya telah mendaftarkan diri ke sekolah memandu. Minggu ni dah start kena pergi kursus and pihak sekolah (sekolah tuuuu..) akan jemput kat rumah dan hantar pelajarnya ke tempat kursus dan pulang dari kursus.

8.00 pagi dah kena standby kat rumah and katanya kena pakai seluar dan kasut. Okey,,seluar ada and kasut pun ada. Tapi kenapa nak kena pakai seluar ek? Kalau ada orang tu nak pakai kain labuh ke..baju kurung ke..takkan tak boleh? Bukannya nak pergi memanjat pun kan. Haaaaishhh..

Habis kursus tu pukul 3.30 petang. Time dia cakap kursus tu habis pukul 3.30 petang, terus je kepala ni duk fikir pasal Maryam. Ada 2 pilihan, sama ada nanti Maryam kena minum susu formula sementara mamanya pergi sekolah or minggu ni dah kena standby kan stok susu untuk Maryam.


8.00 pagi dah kena standby and 3.30 petang baru habis kursus..nanti ada yang sambil belajar sambil duk fikir anak-anak kat rumah ni..Haaaaiishh.. :)

  
So semalam dah settle kan bayaran untuk L sebanyak RM300. Balance RM404 akan dibayar bila time nak ambil P. Sebelum ni pihak sekolah tu cakap harga nak ambil lesen RM680. Tapi sekarang dah jadi RM704. Sekejap je dah naik.

Katanya lagi paling cepat sebulan setengah dah boleh dapat lesen. InsyaAllah kalau lulus exam, maknanya dalam bulan feb next year dah boleh konvo. Dup-dap..dup-dap..

Kerabu Sotong

Bahan-bahannya
5 ekor sotong (dipotong bulat) bersaiz besar-direbus dan ditoskan.
2 biji bawang besar-dipotong bulat
3 sudu besar sos ikan
1 batang serai bersaiz besar-dihiris nipis
12 keping dauin limau purut-dihiris nipis
2 tangkai cili padi-dipotong kecil
2 biji perahan jus limau nipis
2 cubit gula
Segenggam daun ketumbar yang telah dipotong

*kalau nak pedas, boleh bubuh xtra cili and kalau nak lebih masam, boleh bubuh xtra jus limau nipis.





  • Campurkan kesemua bahan diatas ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  • Siap!

Sangatlah simple resepi ni.. :)

Wednesday, December 15, 2010

Etika berblogging

Etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak yang i think memang perlu ada dalam setiap diri kita. Sejauh mana kita peka tentang erti etika ni, kadang-kadang tu memang kita tak pasti. Rasanya kalau dipanggil tatatertib mungkin tak keterlaluan kot.

Okey.. actually last 2-3 days i jadi ejen 007 untuk diri sendiri. Sekali dapat kesan insan yang telah mengcopypaste info yang telah lama terperuk dalam entry i yang lepas ke blognya.  Hai dik..sampai gambar yang akak ambil dari mr google pun ko kopikan ye. Mesti cantik gambar yang akak pilih tu kan.. :)

Sebelum ni memang ada perasan traffic yang masuk kat link tu. And seriously i rasa memanglah happy!

Teringat time student dulu..bila lecturer suruh buat assignment pasal Bauhaus, that time mesti akan cari fakta / info kat internet. So i was so happy bila info pasal Bauhaus tu dapat diperolehi. Sungguh berguna! Terima kasih bebanyak kat tuan empunya info tu.

So same goes to me..i'm happy bila info yang terdapat dalam entry yang dah lama terperap tu digunakan sebagai rujukan. Rasa macam memberi bantuan pulak.. :)

But..unsangkareble ada juga insan yang telah terlepas pandang apa yang dipanggil karya peribadi. Memanglah blog ni tak ada berkarya sangat but itu adalah contoh okey.

And i really don't mind if ada diantara readers yang nak ambil mana-mana info yang dah dipublish but please la..susah sangat ke nak bertanya or susah sangat ke nak type sumber dari bla bla bla bla or maybe credit to bla bla bla bla.

As i said earlier, maybe insan tersebut terlepas pandang. Ialahkan kita ni sebagai manusia biasa. Ada certain part tu yang kita sendiri tak sedar.

Tapi setakat ini, mana-mana info yang i dapat, i will make sure that i akan nyatakan mana info itu diperolehi. Walaupun gambar belon sebiji pun komfem ada tertera dari mana gambar tu diperolehi. Kalau susah sangat, ambil yang asasnya..pastu buat je ayat sendiri. Simple as ABCs kan. Sometimes kita kena respect hasil orang lain. Bukannya susah sangat pun.

Yup! bit terkilan lah jugak but what to do? Just buat entry ni je la kan. Hahahaha..Tak pasal-pasal Uniquely Me..? dah ada disclaimer. Boleh dikatakan blog ni baru je setahun jagung usianya but this is my blog and i ada hak keatasnya.

Peringatan untuk diri sendiri juga..

P/s : nak tahu Bauhaus tu apa? Google lah sendiri..

Monday, December 13, 2010

Memang pun :)

Masing-masing dah tak ada idea nak lepak kat mana. So kitorang duduk rumah je. Mangga pintu grill depan pun dibuka hanya apabila jiran depan rumah bagi buah mangga (sabtu) and mr hubby kena buang sampah (ahad).



Memang steady!

P/s: sabtu lepas tak dapat nak register sekolah memandu sebab tutup..so next week baru pergi..

Friday, December 10, 2010

Nak buat lesen kereta..

Esok plan nak pergi register untuk ambil lesen kereta. So next year mesti ada lesen memandu. Bila Lil' Princess dan setahun lebih ni, berani la sikit nak tinggalkan kejap sementara nak menghadiri kelas memandu tu.

Before this memang tak yakin lagi coz Lil' Princess breastfeeding so takut jugak kalau-kalau dia lapar. Sekarang bila umur pun dah setahun lebih, tak ada masalah lah kalau nak bagi vitagen or ribena sementara tunggu i habis kelas. Lil' Princess pun dah boleh makan apa yang abang-abangnya makan. Cuma kena pantau size makanan tu je la.

Nampak gayanya mr hubby kena ambil alih jawatan yang disandang wifenya ni. Best of luck! hehehehe..


Belum apa-apa lagi dah risau nak masuk kelas memandu tu. Macam mana ni?

Trend ejaan sekarang ni..

Sekarang ni ada saje je ayat / perkataan yang bila kita sebut / baca jadi lain macam. Ada saje idea yang cuba dikongsi dengan orang lain.


  • Aku -- akue, aq
  • Ada -- ader, adew
  • Sekarang -- skunk, skunx
  • Korang -- korunk
  • Lagi -- ag
  • Kain -- ken


Nak baca pun dah jadi lain macam je. Kalau setakat boley (boleh), iye (iya), wokeh (okey) tu kira senang nak baca lah jugak tapi kalau yang macam ni..

akuw knay ngn mamat neyh,lpas 2 kami jd makin qapat n kapel,,,,akuw tataw dea dh da gf,,,,
dlam 5 bulan kapel akhirnya kantoi dsitu...
hahahahahahahaha,,,mmg sakit aty kowt so akuw mnta break jew arr,takan nk tggu ag kowt....tp lpas 2 kami kapel blexx coz dea dh break ...ngn gurl 2....hubungan kami bertahan sampai 2 tahun ja akhirnya putus,,,skunxx akuw dh dgelar tunang owg...bila dh jd tunang owg si jantan 2 mai untuk dapatkan akuw...
akuw mmg sygs dea tp akuw takan pewnah lukai haty tunangkuw coz dea ta pnah lg mnyakiti hatykuw or cuqang dgn kuw.....
kpada xbf akuw.....brubah la kae.....jgn sakiti haty yg mnchentai anda....


ayat diatas dicopypaste dari FB seseorang.     .-sebagai contoh ayat sahaja-..

Ikan Bilis Goreng Taucu

Bahan-bahannya
2 genggam ikan bilis-digoreng garing
2 sudu besar taucu masin.
2 biji bawang merah-dihiris / ditumbuk
1 ulas bawang putih-dihiris / ditumbuk
1 biji bawang besar-dipotong bulat
1 biji cili merah / cili hijau-dipotong menyerong 
2 sudu besar minyak untuk menumis
Secubit gula

*tak perlu garam kerana taucu dan ikan bilis dah sedia masin




  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili merah / cili hijau shingga sedikit garing.
  • Masukkan taucu dan kacau rata.
  • Masukkan bawang besar dan biar sehingga bawang besar sedikit layu barulah ditutup api. 
  • Barulah dmasukkan ikan bilis, secubit gula dan kacau rata.
  • Selesai masak! :)

Cosmos's World Theme Park

Ini aktiviti yang dilakukan pada ahad yang lepas. Kalau nak diikutkan ahad tu sememangnya plan nak ke Sunway Lagoon tapi atas sebab-sebab yang tertentu, akhirnya Cosmos's World Theme Park tempat yang dituju.


 Haruslah berposing sebelum nak masuk..





 My sisters..

 Jangan salah sangka..baju oren tu bukan sepupu kiddos..tapi sepupu i..

 Azziz and Abbas memang takut dengan badut tuh..tapi belon tetap nak jugak..

 Waaachaaa..!

 Azziz yang pada mulanya nak naik dengan mak longnya..tapi tetiba nangis tak nak..

 Naik trak safari..lil' princess with her mak long and nenek..

 Ni naik sampan..dewasa tak boleh naik..

Naik roller coster?? Main game kat tempat khas untuk dewasa?? Eh! tak apalah..tak teringin pun. Ini kerana i memiliki hati yang kecik..cuak tuh! Seriously kat dalam theme park tu i just naik segala macam permainan yang khas untuk kanak-kanak. Best apa..selain dari menemani kiddos, dapat lah jugak main kan. Dah nama pun pergi sana nak main. Bukannya nak shopping.

Suka tengok bila kiddos enjoy naik school bus, sampan, keretapi, trak safari and dinosour pusing (merry-go-round).


P/s: 5 cucuk hot dog, 1 burger and 1 mineral water dengan harga RM22! Halahai..

Tuesday, December 7, 2010

Maryam 1st Birthday

1 December hari tu genap usia Maryam 1 tahun. Alhamdullilah..Maryam membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Seperti yang diwar-warkan sebelum ni, me and mr hubby memang nak buat barbecue sikit tapi bukan buat pada 1 December (Rabu) but dibuat pada hari Sabtu. Macam biasa lah..cukup sekadar family kitorang je and barbecue kali ni buat kat rumah mak.

Auntie, pak cik i satu family pun ada. Sepupu i yang sekarang ni tengah lepak kat rumah mak sempena cuti sekolah and cuti semester pun turut memeriahkan suasana malam tu.

Untuk kek pulak memanglah sangat berpuas hati. Memang orang kedai kek tu bertindak mengikut arahan...hehehe..And malam tu juga kek habis dingap oleh kami sekeluarga. Beli pun 1/2 kg. Lepas ni boleh lah tempah lagi kat situ.





 Macam-macam ada..



 Sambil makan sambil buat aktiviti bebasnya.. :)

 Makan kek dulu..

Hadiah untuk Lil' Princess, me and mr hubby belikan Toy Story ride on. Ingatkan nak jugak beli yang nampak lebih pada girl sikit macam Barbie / Mickey Mouse ride on tapi harganya pulak yang tak boleh tahan.

Mr hubby : U nak beli yang mana satu?

Me : Ingatkan nak beli yang nampak lebih pada girl sikit tapi mahal pulak. Takpelah..kita beli Toy Story punya je..

Then kitorang pun proceed untuk Toy Story. Tapi bila time dah buka kotak Toy Story tu, ada sedikit frust jugak coz nampak memang tak berbaloi beli Toy Story tu dengan harga RM159.90.

Lebih baik pulak beli mana-mana pilihan ride on yang ada jual kat Carrefour je (before ke Toy R Us, kitorang masuk Carrefour dulu).




 Toy Story ride on..

Pastu mr hubby simpan balik Toy Story tu kat dalam kotak asalnya (fuhh..nasib baik tak buang lagi kotak tu) sebaik mungkin. Esok nak pergi balik Toy R Us and tukar yang lain.

Akhirnya kitorang pilih produk Fisher Price iaitu stride-to-ride lion. Benda alah ni 2 in 1 (walker and ride) and sangatlah berpuas hati dengan stride-to-ride lion ni.


 Walker and ride..2 in 1..











Sebelum ni pernah belikan produk Fisher Price untuk Abbas 1st birthday sama macam Maryam punya. Cuma design je yang lain.

And seriously sampai sekarang ni hadiah Abbas tu still bertahan except for speaker muziknya dah rosak coz banyak sangat main sambil duk hentak benda tu kot. Lebih-lebih lagi bila main drift. Kiranya dah 3 tahun lebih usia ride on tu! So berbaloi la kan..


Dibeli pada 2007..Abbas 1st birthday..



Untuk stride-on-ride lion ni memang kena top up duit sikit but memang berbaloi-baloi. Harga asalnya RM249.90 and after diskaun (untuk Star Member), harganya terus jadi RM189.90. Potongan sebanyak RM60!

Disebabkan nak dapatkan harga diskaun tu, terus je mr hubby apply untuk dapatkan kad Star Member tu. Kad i memang dah lama jadi bahan mainan untuk kiddos!


Image by google..

Siapa yang berhajat nak apply kad tu, boleh lah apply satu. Free je. Tak ada dikenakan apa-apa bayaran. Kalau tak puas hati dengan barang yang telah dibeli, pihak Toy R Us bagi sehingga 21 hari untuk refund bagi Star Member and 14 hari bagi yang bukan Star Member. And silalah nikmati diskaunnya ye! Hehehehe..





Happy birthday to you Maryam..jadi anak yang solehan, bijak, sihat dan berakhlak mulia. Mama, papa and your brothers  love you! Mama doakan yang terbaik untuk Maryam. Muahh!
Related Posts with Thumbnails