Pages

Friday, July 29, 2011

Kayu Keramat

Apa itu kayu keramat?? Mari kita bongkarkan..hehehehehe..

Actually kayu keramat ni sejenis kuih yang lebih kurang macam cakoi tu. Konsep masak kuih ni pun sama macam cakoi jugak iaitu menggoreng.

Bulan lepas mr hubby ada kirim kayu keramat ni dari kampung so start dari tulah tekak ni mula rasa "okey jugak kuih ni".

And pagi tadi my BIL baru sampai dari kampung so mr hubby telah kirim 10 bungkus kayu keramat yang kini telah memenuhi ruang-ruang beku di peti ais. Macam mana petang ni nak beli bahan mentah kat pasar malam?? Ni yang kena tumpang peti ais kat rumah mak ni.


Kayu keramat yang beku..

 Ni yang dah siap digoreng..

Rasanya sesiapa kat sini yang orang Terengganu komfem tahu kuih kayu keramat ni and kuih ni i makan macam tu je. Tak cicah apa-apa pun and rasanya ada sikit manis. :)



.

Wednesday, July 27, 2011

Appointment

Last week thursday kena pergi hospital Putrajaya sebab nak set appointment dekat sana. Mula-mula tu kena pergi hantar mr hubby pergi kerja then barulah terus ke Putrajaya dengan kiddos. Ye..kami berempat! (sebelum hari tersebut lagi dah duk fikir boleh ke tidak nak handle kiddos ni). Alhamdulillah kiddos berperangai baik. Mama mereka pun senang hati.

Ingatkan bila pergi sana semata-mata nak amik tarikh appointment tu, tak adalah nak amik masa lama sangat. Rupanya bercinta la jugak. Dengan duk beberapa kali pusing kat area hospital sebab nak cari parking. Pastu ditambah pulak kena pergi klinik kesihatan Putrajaya sebab nak amik surat rujukan lagi. Haaishhh..! Nasib time tu mood still okey lagi.

Hanya kerana tak ada sekeping surat rujukan dari pihak doktorlah yang membuatkan i terpaksa ke klinik kesihatan Putrajaya. Nasib baiklah klinik tu tak jauh dari hospital. Bagi sesiapa yang berhajat nak check-up kat hospital Putrajaya, sila dapatkan surat rujukan terlebih dahulu. Jangan sesukahati nak pergi je.

Actually bukannya i tak tahu procedur hospital tu tapi doktor yang sepatutnya buat surat rujukan tu kata "takpe, i dah tulis kat buku ni..just tunjuk je kat Putrajaya". So follow je lah kata doktor tu. Tapi end up pihak hosital tak terima kalau tak ada surat. Nasib baik boleh dapat surat tu kat klinik kesihatan Putrajaya. Kalau tak komfem kena pergi balik semata-mata nak amik tarikh appointment je.

Tengahari barulah selesai ke hulu dan kehilir and terus bawa kiddos lunch kat cafe hospital. Siapa yang ada check-up kat sana tak yah nak risau bab makan sebab terlalu banyak pilhan makanan yang ada kat cafe tu. Western ada..nasi ayam ada..sup ada..rojak ada..nasi yang beras panjang pun ada. Tak tahulah nasi apa. Nasi beriani kot. Takpun nasi hujan panas. Lauk tak yah nak cakaplah. Macam-macam ada. Tak macam kat hospital-hospital yang lain yang tak banyak sangat pilhan makanannya. (Ni nak pergi check-up ke nak pergi makan ni haaa?).

Okey..kat cafe tu konsep layan diri so biasanya bila i pergi amik food, mr hubby akan tengok budak and sebaliknya. Tapi hari tu terpaksalah mengarahkan Abbas supaya tolong tengok Azziz dan Maryam sementara i pergi amik food. Risau tu tetap ada. Kejap-kejap mata ni duk tengok kat kiddos.


 Pasta for kiddos..

Lepas makan kitorang tak terus balik tapi i bawak kiddos pergi lepak dekat playground dalam hospital tu. Sambil berehat melegakan kaki yang penat berjalan sambil menunggu hujan berhenti.


 Ingatkan Maryam xcited nak main tapi boleh pulak dia tengok je..





Oh! mereka berdua sangat gumbira!.. :)

Adalah dalam 20 minit melepakkan diri kat dalam playground tu. Itupun Abbas and Azziz still tak puas lagi bila diajak balik. Mana boleh duduk lama-lama dalam playground tu. Dari dapat merehatkan kaki karang bertambah sengal badan pulak.

Pukul 2.30pm baru sampai rumah and disebabkan penyakit malas telah melanda diri ditambah pulak dengan keletihan badan so hari tu jugak kena bagi dapur cuti sehari..hihihihi..

Tuesday, July 26, 2011

Sambal Ayam Penyet

Bahan-bahannya
8 biji cili merah - dihiris
6 biji cili padi - dihiris
1 biji tomato - dipotong 4
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis - digoreng garing dahulu
4cm belacan - digoreng dahulu
Gula secukup rasa

*boleh dibubuh garam mengikut citarasa 




  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili sehingga layu.
  • Kemudian masukkan pula tomato dan gaul rata. 
  • Tutup api dan angkat bahan yang telah siap ditumis dan disejukkan seketika.
  • Kemudian masukkan kedalam pengisar dan kisar sehingga separa lumat.
  • Kemudian barulah dimasukan kesemua bahan yang telah siap dikisar ke dalam periuk / kuali dan panaskan.
  • Bubuh gula secukup rasa.
  • Siap!

Wednesday, July 20, 2011

Perancangan untuk minggu depan

Hari ni menu masakan ialah sambal sotong dengan sup kentang. Memang pedasssssss sambal sotongnya! Boleh buat bibir panas!

Hajat hati nak masak sotong style yang biasa kitorang singgah makan kat area Kemaman everytime balik TGG tapi tak berapa nak menjadi. Saiz sotong dah menjadi tapi rasanya tu yang tak menjadi. Haaishhh..

Okey..next week birthday Abbas yang ke-5 tahun. Macam biasalah bila tiba bab tarikh penting ni, kepala pun duk fikir nak bagi apa.

Setakat ni apa yang ada dalam kepala ni is nak bagi Abbas colouring set sebab hari-hari tengok dia tak jemu duk melukis dan mewarna. And tambah pulak minggu lepas pertama kali dia guna water colour. Kemain bertambah teruja lah dia. So far mr hubby okey je cadangan dari pihak pencadang ni. So insyaAllah next weeklah pergi beli.

And perancangan awal pulak nak sambut bezday Abbas kat luar je. Maksud kat luar tu bukan nya sambutan bezday ala-ala garden theme tu tapi sekadar lepak dinner kat luar je. Tapi bila dicongak bahagi balik, kitorang decide buat bbq je kat rumah. Lagipun dah lama gak tak buat bbq kat belakang rumah ni.

This time bbq memang tak nak sibuk-sibuk kat dapur. Maksudnya disini ialah tak adanya bab-bab nak mengoreng bihun ke, mee ke, or yang sewaktu dengannya. Cukup sekadar bbq kat luar and tambah sikit dengan salad. Kalau boleh air pun malas nak buat. Nak beli terus air kotak or air tin je. (bila penyakit malas dah datang, memang akan jadi cenggini lerrrr).



P/s: Komfem nanti kiddos excited!


.

Tuesday, July 12, 2011

Sambal Tumis Jering

Bahan-bahanya
14 biji jering tanam-dipotong sedikit nipis dan digoreng dahulu.
2 genggam ikan bilis-digoreng garing dahulu
4 sudu besar cili mesin / cili boh
2 biji bawang besar-diblend / ditumbuk
4 ulas bawang putih-diblend / ditumbuk
1 sudu teh asam jawa paste
1 sudu teh pati ikan bilis
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

*jering tak perlu nak digoreng terlalu garing.




  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih serta cili mesin sehingga naik bau.
  • Sederhanakan api dan biar sehingga cili agak masak / pecah minyak.
  • Masukkan asam jawa paste serta pati ikan bilis dan kacau rata.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tutup api dan biar seketika lebih kurang 2 minit.
  • Kemudian barlah dimasukkan jering dan ikan bilis yang telah siap digoreng tadi. Kacau rata dan siap!

Monday, July 11, 2011

Buat kukis

Minggu lepas tetiba pulak boleh teringin nak buat kukis. Memang saje je nak buat untuk makan-makan kitorang sekeluarga.

Lepas google resepinya, terus sms mr hubby minta tolong jadi driver pergi beli bahan untuk buat kukis tu. And i macam biasalah terus je berkobar-kobar nak buat kukis tu and nak tengok hasilnya samada menjadi atau sebaliknya.

Actually sebelum ni memang pernah try buat kukis tapi guna tepung yang dah siap bancuh. Terus terang cakap memang tak menjadi sebab hangit terus kukis tu. Ni sebab suhu and time nya tak stabil.

Cuma kali ni je tetiba rasa nak buat sepenuhnya. And bila sebut je nak buat kukis, orang yang paling xcited sekali ialah Abbas. Sampai tak diherannya nak pergi lepak kat rumah nenek.

Lepas je dapat beli bahan-bahan nak buat kukis, terus bagi kiddos makan dulu and kemas apa yang patut and barulah start bancuh bahan-bahan buat kukis. So nanti takdelah banyak sangat benda yang nak dikemaskan. Dahlah belum tentu lagi sekadar kemas kat dapur je.

Dalam pukul 10pm baru start projek kukis. Jeng jeng jeng..


 Cookies cutter pun dikeluarkan sekali padahal bukannya nak guna pun..

Abbas semangat bawa meja dia kononnya nanti nak buat kukis kat atas tu..

Panaskan oven dulu and bermula dengan menyukat tepung, berlangsunglah dari satu peringkat ke peringkat yang seterusnya. Hinggalah mixer pun mula mengeluarkan bau yang hangit. Ini gara-gara duk paksa mixer tu terus bekerja la tu. Tak tahulah mixer tu boleh guna lagi ke tak.

Lepas siap tepek adunan kukis tu, Abbas pulak tolong bubuhkan chocolate chip kat atas kepingan kukis tu. Kemain suka dia. Kalau boleh dia sendiri yang nak buat kepingan tu and kalau boleh jugak masa tu memang dia nak guna dia punya Tigger & Pooh cookies cutter. Takpelah..next time okey Abbas..karang lagi buang masa mama je.


Maryam tengah ratah chocolate chips..

 Abbas tolong bubuhkan chocolate chips..

 Azziz start nak nangis sebab tak dapat nak tolong bubuhkan chocolate chips..

Disebabkan tray yang dipinjamkan dari rumah mak bersaiz kecik, terpaksalah kena buat sebanyak 3 kali sessi pembakaran. And masuk sessi ke 3, pembantu bubuh chocolate chips dah kena melepaskan jawatannya. Biar mamanya yang bubuh chocolate chips tu.








Alhamdulillah..berjaya jugak kukis pada malam tu. And dapatlah penuhkan 2 balang saiz sederhana.

Baki bahan untuk buat kukis pun still ada lagi and bila mood main masak-masak sudah datang, bolehlah buat lagi dengan harapan mixer masih lagi berada dalam keadaan sihat walafiat. :) 



P/s : Sangat seronok bila tengok kiddos kemain njoy makan kukis mama nya sampaikan breakfast pun nak makan kukis. Lepas ni teringin jugak nak try buat kek cawan yang cantik-cantik tu. Ni yang kena cari resepinya nanti.


.

Wednesday, July 6, 2011

Piece of Arts

.



Peacock..

Tiger..

Elephant..

Abbas : This is mama..mama tengah angry..

From Azziz..katanya merujuk pada mama, papa, Abbas, diri dia and Maryam sekali..tapi yang pastinya gambar yang kecik tu komfem Maryam.. :)

Sekarang ni salah satu hobi Abbas dan Azziz mesti melukis. Dalam sehari tu kalau tak melukis memang tak sah. Macam Abbas, apa yang dia tengok, dia akan lukis. Ada jugak beberapa lukisannya yang me and mr hubby tak sangka dia sendiri yang lukis. And pernah sekali tu bila apa yang dilukisnya tu tak menepati piawaiannya, boleh pulak dia nak menangis.

So far lukisan Azziz kat atas tu yang nampak bentuk sikit. Yang lain tu antara nampak dan tak nampak je. Mungkin itulah yang dikatakan "dia baru 3 tahun".

Mungkin ada yang berpendapat itu sekadar lukisan budak yang biasa-biasa je. Tapi as a mother, really appreciate apa yang dilukis oleh mereka.

Yup! buku yang selama ni kosong dan kini penuh dengan lukisan mereka akan terus disimpan untuk tatapan mereka nanti.

Tuesday, July 5, 2011

Stir Fried Mutton

Bahan-bahanya
1/2kg daging kambing-dipotong kecil, digaul dengan garam dan digoreng sedikit garing dahulu
1 batang daun saderi-dipotong 3cm
2 biji cili hijau-dipotong menyerong
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap masin
1/2 sudu kecil pati ikan bilis
4 sudu besar air tepung jagung
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Dihiris
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3cm halia



  • Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan yang telah siap dihiris beserta dengan cili hijau dan daun saderi sehingga naik bau.
  • Masukkan daging kambing yang telah siap digoreng tadi. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan pula pati ikan bilis, minyak bijan dan kicap masin.
  • Masukkan air tepung jagung dan kacau rata. 
  • Biarkan sedikit kering dan barulah siap diangkat dan bolehlah dihidangkan.
Related Posts with Thumbnails