Pages

Sunday, October 30, 2011

Dr. Maryam..to be..

..




.

Kiddos..

.























.

Saturday, October 29, 2011

Malam-malam pergi playground

Malam tadi pergi bawak kiddos kat playground dalam Giant. Kiranya indoor playground dan ianya percuma! Okey memang playground yang biasa ada kat mana-mana park tu free tapi maksud free disini ialah kita as a mak bapak ni tak payah nak menabung dekat spesis permainan yang duk keluar muzik sambil bergerak tu. Jadi dah boleh jimat disitu. Bolehlah duit menabung tu buat beli ais krim Giant.

So malam tadi memang semua ahli dibawak sekali. Yang paling xcited is Abbas, Azziz and Maryam lah. Tak terkecuali lah mama dia sorang ni. Yang Alli pulak ikut je. Apa yang dia reti pasal playground ni. So dengan kiutnya dia tidur dalam stroller. Cewah!

Plan asal memang  nak bawak kiddos ni pergi petang tapi bila tiba time petang je, terus mood malas tu datang. Mula-mula je kemain beriya bagitahu kiddos "petang nanti kita pergi Giant". Pastu malas pun datang.

Bagus jugak Giant kat sini ada playground. Waktu hujan ke..panas ke..memang tak ada masalah nak main slide. Teringat pulak masa zaman kecik dulu kala. Bila petang je terus kumpulkan geng geng budak berhingus pastu start lah main kat playground. Tapi bukan spesis playground yg lengkap ada gelongsor, buai dan yang sewaktu dengannya tapi time tu dapat main dekat badminton court je. Kat situlah main galah panjang, teng teng, badminton dan kat situ jugaklah geng hingusan main getah. Tak lupa jugak permainan yang dipanggil rounders.

Time tu bila dapat je pergi main dekat playground yang betul-betul proper, punyalah jakun yang amat. Itu belum lagi dapat naik permainan yang kena menabung tu.

Okey...full stop!


Cuba cari dimana Azziz dan Maryam..


Apa lah yang Abbas fikir time ni..





Inilah spesis mainan yang kena menabung. Tapi kat sini percuma. Tekanlah berapa banyak kali punat kat situ, no hal punya.


Maryam lah yang duk kejap-kejap tekan punat tu. Mentang-mentanglah dah tahu cara nak tekan..tak adanya heran dia nak bagi turn orang lain. Nasib baik time tu tak ramai budak sangat..


Alli..sebelum tidur tengah melayan perasaan seorang diri..Takpe, dah besar nanti turn awak pulak main macam abang-abang dan kakak awak ye..


Ready for take off..





Wah! sukanya dia..




So tadi memang saja je bagi kiddos main lama sikit. Dah agak-agak mama and papa diorang ni dah boring tunggu, terus masuk kat dalam pasaraya.

Kalau sebut nak masuk je dalam kawasan pasaraya, cam biasalah kiddos ni. Nak kopoklah..mentoslah..lolipoplah..itulah..inilah..

Rotan nak?? :)

.

Wednesday, October 26, 2011

Buah Hati Saya

.




Love them very much!

.

Tuesday, October 25, 2011

Pergi tengok sekolah, rumah..bla..bla..bla..

Hari sabtu lepas buat pertama kalinya selepas sebulan lebih kelahiran Alli, kitorang keluar satu family. Bermula dengan Carrefour Subang dan seterusnya ke Klang.


Tolong duduk diam-diam ye..


Destinasi pertama adalah Carrefour Subang. Pekena nasi ayam food court Carrefour yang dah lama tekak ni tak rasa. Tapi yang pastinya 2 menu yang pasti akan order bila lepak makan kat situ is Korean food dengan nasi ayam. Itu je lah yang merangsangkan tekak untuk menelan and dua menu tulah untuk tekak me and mr hubby.

Untuk kiddos, biasanya spesis mee lah yang menjadi pilihan dihati. Pastu macam biasalah, sharing is caring. Tapi yang lebih share nya ialah empunya blog ni.










Habis je makan terus je pergi Klang nak uruskan urusan yang tak berapa rasmi then baru lah pergi buat tinjauan ke bakal sekolah Abbas. Sekejap je masa berlalu. Lepas tadika tahun depan, Abbas pun dah darjah satu.

Bila Abbas dah masuk sekolah nanti, me kenalah keluar lebih kurang 6KM untuk jemput dia kat sekolah. Yang menghantarnya of courselah mr hubby. Dah alang-alang dia nak pergi kerja, singgah hantar Abbas ke sekolah. Kalau mr hubby cuti pun dia tetap kena hantar jugak. :)

Masa dah tengok sekolah tu, sempat jugak terfikir yang bila bebudak ni dah masuk sekolah nanti, rutin harian pun komfem kena tukar. Kena selitkan jemput bebudak dari sekolah. Pastu kalau diorang ni ada aktiviti, kena hantar lagi.

Itu yang satu sekolah. Tapi kalau masa Abbas darjah 2 and Azziz pulak time tu dah masuk tadika, memang kejap-kejap kena start enjin kereta nak jemput diorang ni. Lebih-lebih lagi bila waktu belajar kat tadika dengan waktu belajar sekolah rendah tak sama. Mesti rutin menghantar dan menjemput bebudak ke sekolah mesti ada. Mana yang belum bersekolah lagi tu, silalah ikut mama ye.




Maryam tak nak mengalah..dia pun nak masuk tengok..

Sebelum buat tinjauan ke sekolah, kitorang singgah tengok progres rumah yang bakal kitorang duduk nanti. InsyaAllah siapnya tahun depan. Ada rezeki, pindah lah kitorang nanti.

Okey..selesai aktiviti di siang hari, malam hari yang sama amik jab untuk Alli dekat tempat yang sama Maryam amik jab masa dia kecik dulu. Macam dah serasi je dengan doc kat situ.

Masa timbang hari tu berat Alli dah 5.1KG. Memang sesuai sangatlah dengan fizikalnya yang tembam sekarang ni. Itulah kelebihan susu ibu. So marilah kita menyokong penyusuan susu ibu.


Alli and mr hubby..

Tapi Alli ni jenis yang susah nak bagi dia sendawa. Kalau lepas menyusu tu, tak adanya dia nak sendawa terus bila dah urut belakang dia. Berbeza pulak dengan Maryam masa kecik dulu. Maryam ni lepas je bagi susu pastu urutkan belakang dia, komfem tak lama tu dia sendawa.

And so far Alli tak ada pulak meragam pasal kembung perut sebab dia ni rajin kentut. Time nak mengeliat pun dia boleh kentut. Tut..tut..tut..Ngeeee..

Dah pura-pura menguap ni..Masa untuk zzzZZZzzzZZZzz..Lagipun semalam masuk tidur dah nak pukul 5.00am gara-gara melayan internet. So..................................malam ni nak tidur awal. :)

.

Thursday, October 20, 2011

Sambal Tempoyak

Bahan-bahannya
4 biji cili merah - dipotong kecil
5 biji cili padi
1cm belacan bakar / goreng
2 sudu besar tempoyak
Sedikit garam dan gula



  • Kisar cili merah, cili padi, belacan, garam dan gula sehingga sedikit halus menggunakan pengisar kering.
  • Akhir sekali masukkan tempoyak dan gaul rata. Bolehlah dihidangkan dengan ulam kegemaran.

.

Azziz dah tired

.



Azziz : Mama..Azziz dah tired dah..Azziz buat tololo (tomorrow) ok.

.

Wednesday, October 19, 2011

Peria Goreng Taucu

Bahan-bahannya
5 biji peria - dipotong kecil
2 sudu besar taucu masin
1 cawan air
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Diblend
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia

 *tak perlu bubuh garam kerana taucu dah sedia masin.




  • Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan yang telah siap diblend sehingga naik bau.
  • Masukkan taucu masin.
  • Kemudian masukkan pula air dan biar mendidih.
  • Akhir sekali barulah dimasukkan peria. Kacau rata dan biar sehingga masak barulah diangkat.

Tuesday, October 18, 2011

Baby romper untuk Alli

.




Ahad lepas belikan 3 romper baru untuk Alli. Dulu kemain tak suka spesis romper ni tapi sekarang sudah jatuh cinta. Memang rambang mata je tengok.

Masa mr hubby outstation sebelum Alli lahir, dia ada belikan sehelai romper untuk Alli tapi nampak gayanya kena tunggu Alli usia setahun setengah untuk pakai sebab mr hubby boleh terbeli yang start 18 months. Itupun kalau badannya dah fit dengan romper tu.

Tapi kalau spesis badannya masa setahun setengah tu sama macam Maryam, memang kena tunggu 2 tahun lebih lah kot nak pakai.



Mula tu nak beli yang saiz 6 month tapi boleh pulak mr hubby tak perasan yang dia terambil sai 18 months..


Tak kisahlah..kalau size besar, boleh tunggu tapi kalau size kecik memang jawabnya tak ada lah nak pakai.

.
.

Cubaan menghias kek sendiri :)

.




.

.

Monday, October 17, 2011

Cottage Pie

Bahan-bahannya
400g daging lembu kisar
1 tin cendawan butang - dihiris
4 biji kentang - direbus dan dilenyekkan
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji lobak merah - dipotong dadu
200g Mozarella cheese
Daun ketumbar
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

*daun ketumbar boleh juga digantikan dengan celery mengikut citarasa sendiri.
*kalau suka, boleh lebihkan cheese.









  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar, daging lembu kisar dan lobak merah.
  • Masukkan cendawan butang.
  • Biarkan sehingga daging masak dan sedikit kering.
  • Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
  • Kemudian masukkan daun ketumbar. Kacau rata.
  • Seterusnya barulah isikannya ke dalam loyang pie.
  • Bubuh kentang yang telah siap dilenyekkan dan ratakan keseluruhan atasnya.
  • Kemudian taburkan mozarella cheese di atasnya.
  • Akhir sekali bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama lebih kurang 10 minit di dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu.
*boleh dimakan bersama baked beans. :)


P/s : duk nak tambah cheese ke atas pie yang telah dibakar, itu yang ada sedikit bertukar kaler.. :)

Friday, October 14, 2011

Taugeh Goreng Ikan Masin

Bahan-bahannya
3 genggam taugeh halus
1 biji lobak merah - dihiris nipis
6 tangkai daun kucai - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - dipotong bulat 
4 ulas bawang putih - dipotong nipis
3 keping ikan jeruk masin tenggiri - dipotong kecil
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


*i guna ikan jeruk masin tenggiri yang dalam botol (in-oil)
*boleh juga bubuh sedikit minyak yang terdapat dalam botol ikan jeruk masin tenggiri tersebut semasa menumis.





  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, ikan masin dan bawang besar sehingga naik bau.
  • Masukkan lobak merah serta daun kucai dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan  air dan biar mendidih.
  • Masukkan taugeh dan garam secukup rasa. Kacau rata. 
  • Biar lebih kurang 2 minit barulah diangkat & dihidangkan.

For Mama

.




Thanks Abbas! :)

.

Tuesday, October 11, 2011

Rock Melon with Coconut Milk

Bahan-bahannya
1/2 biji buah rock melon - dipotong kecil
6 sudu besar gula
150ml santan pekat 
1 tin buah laici- laici dipotong dua / empat
6 sudu besar air laici - diambil terus dari tin buah laici tadi
2 cawan air panas
Ketulan ais batu









  • Campurkan kesemua buah rock melon yang telah siap dipotong bersama buah laici kedalam satu mangkuk.
  • Masukkan pula santan pekat.
  • Kemudian masukkan sekali 2 cawan air panas yang telah dicampurkan dengan 6 sudu besar gula.
  • Masukkan 6 sudu besar air laici serta gaul rata.
  • Barulah dimasukkan ketulan ais batu ataupun disejukkan dahulu sebelum dihidang.
  • Siap!

*kalau nak sejukkan dahulu tanpa meletak ais batu, boleh dikurangkan kuantiti gula mengikut citarasa sendiri.

    Monday, October 10, 2011

    Satu malam di KPJ Selangor

    Malam jumaat lepas memang boleh dikatakan situasi yang agak terkejut dan jugak risau.

    Macam biasalah..malam tu Abbas, Azziz dengan Maryam main sama-sama. Riuh-rendah yang amat tak yah nak cakap lah. Itu belum lagi ditambah dengan riuh mulut mama diorang ni suruh duduk diam.

    Tengah duk syiok xcited main, Abbas boleh berlari sakan sampai terhantuk kepalanya kat dinding. Apalagi, lepas tu terus tersungkur jatuh lah.

    Mula-mula tu me and mr hubby ingatkan jatuh biasa je. Siap sound kat Abbas lagi. Sekali bila tengok darah kat tepi dahi dia tu, "Ya Allah..darah!". Itulah yang keluar dari mulut.

    Bila mr hubby dengar wife dia ni duk terkejut tengok darah kat kepala Abbas, terus mr hubby tekup dahi dengan tisu nak bagi stop darah tu. Dalam pada masa yang sama, mr hubby tengok luka tu memang dalam dan siap boleh nampak skull lagi.

    Ni komfem ada terkena bucu dinding sampai jadi macam tu sekali.

    Tak ada dah nak lengah-lengahkan masa. Terus amik apa yang patut and pergi klinik sebab memang komfem dahi Abbas tu akan dijahit. Cuma masa tu ada jugak tertanya-tanya boleh ke nak jahit terus sebab luka tu dalam hingga nampak skull.

    Tapi masa kat dalam kereta, Abbas dah tak nangis sangat. Lega sikit hati mama dia ni.

    Sampai je klinik, doktor yang in-charge suruh bawak pergi hospital disebabkan lukanya yang dalam ditambah pulak dengan nampak skull.

    Lepas tu terus pergi KPJ Selangor. Itu hospital yang paling dekat sekali. On the way nak ke hospital, i still duk fikir Alli kat rumah. Bukan fikir pasal siapa yang nak jaga dia sebab memang dah mintak tolong my sister tolong tengokkan Azziz, Maryam dan Alli. Tapi yang duk fikir pasal Alli ni sebab dia nak minum apa bila dia nangis nanti. Alli pun sama macam abang-abang dan kakaknya masa kecik dulu yang direct feeding. Tak adanya nak buat stok susu kat rumah.

    Terus mintak my sister bawa Alli pergi hospital. Dia pun dah start nangis nak susu. Nasib baik lah rumah tak jauh sangat. Bukan Alli seorang je yang datang, pakej lengkap sekali dengan Azziz dan Maryam. Atuk and nenek diorang pun ada dalam pakej tu sekali.


     Dalam bilik kecemasan..tengah tunggu nak x-ray and masuk wad..

    Agaknya luka kat dahi tu dah tak rasa sakit sangat kot..

     Dalam wad..tunggu time nak masuk bilik OT..

    Mr hubby amik tanggungjawab jaga Abbas kat hospital..

    Alhamdulillah X-ray menunjukkan memang tiada sebarang masalah. Syukur sesangat! Tapi jahit tetap kena jahit. Cuma Abbas tak diberi bius am which is bius tu akan diberi secara injection dekat kawasan luka tu and barulah proses jahit dapat dilakukan.

    Tujuan tak bagi bius am tu sebab doktor takut Abbas tak boleh bagi kerjasama masa proses tu dilakukan. So pilihan lain is Abbas kena masuk operation theater and bius seluruh badan akan diberi. Meaning that dia takkan sedar masa proses jahit tu dilakukan.

    Lepas berurusan dengan pakar yang akan jahit luka Abbas tu dengan pakar bius, diorang decided pukul 1.00am nak jahit luka Abbas.

    Disebabkan Alli yang masih kecil lagi ditambah pulak dia yang direct feeding, malam tu mr hubby akan temankan Abbas masuk OT. Tapi setakat temankan sampai Abbas tak sedar disebabkan bius la. Pastu kena tunggu luar.

     Time ni mr hubby cakap Abbas senyum sebab suka ada orang tolak katil dia..haiishh..ingat ni main tarik upih ke?..









     Pakar bius start bagi bius..





     Time ni pulak Abbas memang dah tak sedar lepas kena penangan bius tu..

    Kalau tak silap proses nak jahit tu memang tak amik masa lama mana pun. Rasanya adalah dalam setengah jam. Lepas tu siap. 

    Lepas je Abbas sedar, mr hubby cakap Abbas macam blur je. Mungkin sebab bius tu kot. Bila dah masuk wad balik, Abbas bukannya nak terus tidur. Lagi dia nak tengok tv. Teruja sangat sebab ada tv dalam bilik kot. Pastu boleh tengok tv dari atas katil pulak. 

    Tapi masa mula-mula bila tengok gambar Abbas kat OT, walaupun hanya proses jahit luka yang dilakukan, diri ni tetap rasa sayu. Mungkin sebab tengok macam mana doktor letak tiub bius kat mulut Abbas tu serta keadaan sekeliling tu.


    Dah sedar..nampak macam blur..

    Next day tu pulak Abbas dah boleh balik.

    Sampai rumah je dia buat macam biasa je. Happy sangat sebab dia pun jenis yang tak merengek masa kat hospital walaupun Abbas ni jenis yang manja. Masa proses nak tolak dia ke OT and kat dalam bilik OT pun dia tak merengek. Syukur..

    And nampak sangat sakit kat dahi dia pun dah hilang sebab kalau tak, tak adanya dia boleh tersengeh-sengeh macam kerang busuk bila dia sampai rumah.


    Senyum sokmo!.. 

    Oh! baju hospital yang Abbas pakai sampai ke rumah tu bukan sebab nak buat kenangan mahupun harta sendiri tapi disebabkan baju yang dia pakai masa malam kejadian tu dah kena bawa balik rumah, terpaksalah dia balik dengan baju hospital yang boleh menampakkan sebahagian badannya kat belakang. Ala-ala seksi gitu..hihihihi..

    Okey, 
    Next week harap tak lupa nak pulangkan baju tu masa nak pergi appointment Abbas.





    P/s: Bila sekarang ni tengok bebudak ni start xcited main sambil berlari, memang dah fobia rasanya..

    .


    Related Posts with Thumbnails