Pages

Thursday, May 17, 2012

Ayam Goreng Tom Yam

Bahan-bahannya
5 ketul ayam - digoreng dahulu
1 labu bawang besar - diblend
2 ulas bawang puth - diblend
1 kiub tom yam
1 1/2 cawan air
1 labu bawang besar - dipotong bulat
Beberapa tangkai daun kucai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa / jika perlu



  • Panaskan minyak masak.
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan kiub tom yam dan kacau rata.
  • Masukkan air dan biar sehingga mendidih.
  • Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
  • Seterusnya masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat, serta ayam yang telah siap digoreng tadi dan kacau rata.
  • Sedia dihidang!

Wednesday, May 16, 2012

Ni namanya suka-suka

.







Hihihihi..love them very much!

.

Monday, May 14, 2012

Lunch @ Sushi King

.
























Lepas habis Field Day sekolah Abbas kat Putrajaya, terus gi lunch kat Sushi King. Itu yang Maryam tak join lunch kali ni coz dia duduk rumah nenek jap sementara kitorang beraktiviti di Putrajaya.
.

Genius Aulad Field Day 2012 @ Taman Wetland Putrajaya

.




Pendaftaran..

Biru..mewakili student 6 tahun..

Bersedia untuk memanaskan badan..





Alli ni memang pesen tak suka duduk dalam stroller..itu yang sampai meniarap sekali..

Abbas bersama dengan kengkawan sebaya..

Acara untuk student 4 tahun dulu..

Merah..mewakili student 5 tahun..

Acara pertama bagi student 6 tahun..

Ni dia acara pertama..



Nasyid dari kumpulan Damai sementara menunggu untuk family game..

Ni Alli baru bangun tido..tak nak duduk dalam stroller..



Family game bermula..

Acara tarik tali untuk para bapa untuk mewakili sekolah anak..

Okey..sekolah Abbas kalah bagi acara tarik tali!..

Yang ni pulak duk nangis sebab tak dapat join tarik tali..

Time ni lah saat yang ditunggu sebab lepas bagi hadiah, dah boleh balik..Abbas xcited amik hadiah..

Kumpulan Abbas telah menang dalam semua acara yang dibuat untuk student 6 tahun..dua acara ditempat ke-2 dan lagi satu di tempat ke-3..



.

Saturday, May 12, 2012

Bos :)

.

 Alli..
.

Kad untuk Mama

.
 Kad sempena hari ibu yang dibuat oleh Abbas di kelasnya..



You always light up my life..
Thank You Mom..

from Abbas..I love you


mama love you too Abbas!..


.

Friday, May 4, 2012

Fried Duck

Bahan-bahan
Itik - me guna dalam 12 ketul
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar madu
1 sudu teh garam
1 biji bawang besar - diblend / ditumbuk
3 ulas bawang putih - diblend / ditumbuk
Minyak untuk menggoreng
Daun sup untuk hiasan - x bubuh pun okey je




  • Bersihkan dan toskan itik yang hendak digoreng.
  • Gaulkan kesemua bahan kecuali daun sup dengan rata.
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Gorengkan itik kedalam kuali sehingga masak dengan menggunakan api yang sederhana besar.
  • Setelah masak, angkat dan terus masukkan ke dalam microwave dan masakkan itik tersebut lebih kurang selama 5 minit dalam suhu mid low.
  • Selepas 5 minit, asingkan itik tersebut ke dalam pinggan yang lain dan bolehlah hiaskan dengan daun sup.
  • Sedia dihidangkan! :

P/s : sedap jugak cicah itik ni dengan sos nasi ayam. Tapi bukan dari jenis sos nasi ayam yang manis tu. :)
Related Posts with Thumbnails