Pages

Friday, May 28, 2010

"Abbas want same like Papa..white colour!"

Yea..esok cuti! Hehe..cam keje plak. Everytime hubby cuti or weekend mesti perasaan hepi tu berdentum-dentum. Since esok cuti hari wesak, tadi hubby bawak naik car ( ayat Azziz ) pusing-pusing kat Putra Heights. Target malam ni Warong Kopi Mak Jah. Dah lama teringin nak singgah sejak tengok cerita Casanova XXL.

Long story cut short, time hubby tengah sedap buat serobong kapal tiba-tiba plak Abbas menyampuk. "Papa, papa..Abbas nak tengok hand papa..later when Abbas grow up, Abbas want same like papa..white colour". Sambil menunjukkan rokok Marlboro kat jari hubby yang berasap tu. Bad example betul!

Memang tak patut la smoke depan budak-budak ni. Dah banyak kali sound tapi banyak kali jugak lah hubby promise tak hisap depan budak. Tapi hampeh, janji tinggal janji. Janji nak brenti jangan cakap la. Asal new year je nak quit. Awal tahun ni pun siap bagi stok rokok kat member dia lagi. Ada la 2 karton kot (beli kat duty free). Last-last hisap balik. Poodah!

Ntah la..dah malas nak suruh stop. Buang air liur je. Agaknya orang macam ni kena suruh hisap je kot. Kalau boleh encourage suruh habiskan 2 kotak sehari. Bagi reverse psycho sket.



Sirap selasih & nescafe ice for me and kiddos..

Kopi 'O' hubby buat cicah rokok..memang besh!!!!


P/S : Lately ni ayat yang Abbas suka cakap ”later when Abbas grow up, Abbas go to school..Abbas become engineer..Same like papa..go to ofis..naik airplane..Maryam also engineer. Azziz same like Cik Idah ( my SIL )..doctor..go to hospital”..hehehe..Mudah-mudahan.

Tuesday, May 25, 2010

Entry Kesihatan :)

Sebenarnya dah mengantuk nak tidur tapi tetap jugak nak bertahan. Dah 2 hari mata ni kena penyakit ketimbir. Mungkin ada yang panggil gelaran yang lain. Tapi siapa yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan ketimbir, boleh lah guna khidmat mr google. Dua minggu lepas kena dekat mata kiri and sekarang belah kanan pulak. Gatal tu memang ada and rasa nak gosok je mata ni puas-puas tapi sakit.

Baru-baru ni semuanya tak berapa nak sihat. Penyakit demam, batuk dan selesema datang menyerang. Anyway, entry sebelum ni ada cerita pasal Maryam yang kena demam. Sebaik je Maryam sembuh dari demam, terus keluar bintik-bintik merah kat muka dan badannya. Orang kata itu campak keladi. Patutlah selang 3 minggu dia kena demam.Tapi sekarang ni dah hilang dah bintik merah tu. Jerawat/bisul yang keluar kat kepala Maryam sebelum ni pun dah tak ada. :)

Sekarang ni Abbas and Azziz dah kurang batuk dan selesema. Tapi ubat tetap kena bagi makan jugak. Cuma ubat demam je dah stop bagi. Suara Abbas yang sebelum ni macam suara Ramli Sarip yang tak siap pun dah okey. Esok lusa InsyaAllah okey 100%.

Setakat ni Maryam tak ada pulak kena batuk dan selesema. Mungkin sebab Maryam kena demam sebelum ni dimana awal lagi dia dah makan ubat. Risau jugak kalau berjangkit kat Maryam. Awal-awal lagi dah pesan dekat Abbas denagn Azziz supaya tak kiss and batuk depan Maryam. Tapi faham-faham sendiri lah bila pesan kat budak yang baru berumur 4 tahun dan 2 tahun macam diorang ni. Belum tentu 100% diorang boleh ingat. :)

Wednesday, May 19, 2010

Jumpa paed

Baru lepas tidurkan Maryam. Tadi dia ada sedikit meragam. Mungkin sebab nak tumbuh gigi and munkin sebab hari ni dia tak berapa sihat-demam.

Malam tadi ada bawa Maryam jumpa paed untuk tanya pasal kepala dia yang ada macam jerawat/bisul. Paed cakap benda tu common and mungkin ada bakteria kat kulit kepala dia. Kali ni paed ada bagi ubat antibiotik untuk seminggu sahaja dengan ubat sapu. Ubat sapu yang paed bagi sebelum ni kena stop terus. Kalau dalam seminggu ni tak hilang jugak, kena pergi jumpa paed semula.

Sebelum tu asyik terfikir punca jerawat/bisul tu keluar. Nak kata Maryam main kotor, jauhlah sekali. Perasaan risau memang ada. Lebih-lebih lagi bila Maryam demam sekarang ni. Ialah manalah tahu demam tu berpunca dari jerawat/bisul kat kepala tu. Tapi bila paed dah cakap benda tu common, hilang terus rasa risau. Walau apapun kena tengok keberkesanan ubat antibiotik yang paed tu bagi dalam tempoh seminggu ni.

Actually benda ni bukanlah satu perkara yang perlu dirunsingkan sangat cuma.......................................................Bila lah agaknya jerawat/bisul tu nak hilang. Ada petua? :)

Tuesday, May 18, 2010

Kami...................dihujung minggu

Malam tadi Maryam start demam. Pagi tadi lepas bagi makan ubat terus mandikan dia. Then baru bawa Maryam tidur. Kepala dia still naik jerawat. Cuma kali ni besar sikit. Adakah kerana mama dia tak picit jerawat tuh?? Ntahla..Nampaknya this week kena bawa jumpa paed.

Last weekend pergi keluar minum dengan kawan kat JJ Bukit Tinggi. Waktu jumpa dulu, anaknya yang sama tarikh lahir dengan i belum berjalan lagi. Tapi sekarang bila dah dapat kaki, semua pelosok nak diterokai. :) Hubby tak ikut coz dia balik ke kampungnya. Hubby balik naik flight and thats why kami 4 beranak tak ikut. Lagipun balik semalam je.

Sampai je JJ, Abbas and Azziz ikut nenek and mak long diorang pergi lunch and Maryam seorang sahaja yang mengikuti sessi minum mamanya. Habis bergosip dan shopping barang basah, terus balik rumah.


Me with Lil' Princess and Aizan with her son..Time sessi bergambar ni Abbas and Azziz tengah lunch kat KFC dengan nenek and mak long diorang..


For Maryam..from auntie Aizan..

No plastic bag on Saturday.. :)

Esoknya kami pergi ke 101 mall Puchong. Temankan kak long cari barangnya. Ingatkan nak hantar cuci gambar sekali tapi mahal la pulak. Sekeping untuk 4R RM0.70. Memang dah lama tak hantar cuci gambar and kalau tak silap untuk sekeping 4R harganya cuma RM0.50.

Untuk dinner cukup sekadar masak spaghetti alfredo portobello untuk Abbas and Azziz dan nasi goreng kampung untuk mama nya. Bila dah masak pasta, memang senanglah mama diorang nak suapkan. Makan pun tak ambil masa yang lama. Siap suruh tambah lagi.

Actually memang tak pernah buat spaghetti spesis ni tapi bila semalam auntie kat JJ Bukit Tinggi suruh try, sedap lah pulak. Itu yang terus beli sos spaghetti tu! Tengok Abbas and Azziz pun macam syiok je makan.


Abbas siap suruh minta tambah lagi..hihi

Dalam pukul 11.00pm hubby sampai rumah. Lepas salinkan CD and baju budak-budak, terus bawa masuk tidur.

Thanks to auntie Aizan for the cute gown!

Tuesday, May 11, 2010

Lil' Princess first solid food

Sekarang ni kalau nak masak dah kena bawa Maryam ke dapur sekali. Bukan untuk menolong tapi untuk mempelajari teknik-teknik memasak dari mamanya. Hehehe.

Maryam join kat dapur sebab dah tak ada orang nak tolong tengok kan dia kan hall. Kalau atuknya ada sini, boleh jugak tolong tengokkan dia. Atuknya dah balik kampung untuk 3 minggu. Abbas and Azziz pun dah tak ada geng.

Bila dah bawa ke dapur kena lah bawa tilam sekali untuk dia golek-golek. Kadang-kadang tu bukan setakat Maryam je yang golek-golek, abang-abangnya pun join jugak.

Sekarang ni pun Maryam dah start makan. Sepatutnya nak tunggu sampai usianya 6 bulan tapi kesian pulak kat dia bila dia selalu jadi penonton setia bila tengok kitorang makan. Tapi cuma bagi sekali sehari je. Usia Maryam 6 bulan baru bagi makan 2 kali sehari.


Makanan asas Maryam yang pertama..mestilah dari air tangan mama nya..

Bila nak buat porridge untuk Maryam, kena buat lebih jugak sebab nanti abang-abangnya nak join sekali.

Happy bila tengok Maryam dah teruja nak mulakan proses merangkak.. :)

Summary

Sabtu siang kami sekeluarga tak keluar kemana. Cuma malam keluar pergi appointment Maryam dengan paed. Kali ni Maryam nangis bila kena jab. Abbas pun turut nangis jugak. Dia kesian tengok adiknya menangis la tuh. Sampai doktor kata dia protector. Sayang betul kat adiknya. :)


Saat menunggu giliran..

Pada hari ahad, lepas zohor terus ke Pavillion untuk menikmati makan tengahari. Menunya Korean food lagi. Tak tahulah kenapa lately ni duk suka sangat nak makan makanan korea. Kali ni try bulgogi. Bulgogi ni makan dengan nasi dan kimchinya sekali. Okey jugak! Hubby order bibimbap and kami share anak beranak. Untuk kak long yang follow kami, hanyalah Taiwan beef noodle. Abbas and Azziz pun share dengan mak long diorang. Mengikut rasa tekak, Taiwan beef noodle dekat Ikano lagi best!  Tapi dah tutup. :(

Habis je lunch kat Pavillion, terus ke Klang untuk tengok rumah baru kakak dengan bakal rumah kami yang baru. Lepas tu lepak pula di rumah mak sambil bergosip. :)

Wednesday, May 5, 2010

Me & Lil' Princess

Semua orang dah lena diulit mimpi yang indah. Cuma diri ni yang masih lagi memaksa mata agar bertahan. Tak ada buat apapun. Saja lepaking membaca blog orang. Macam-macam kisah yang diceritakan.

This saturday Maryam ada appointment dengan paed. Tak sure pulak appoinment kali ni untuk injection apa. Yang pastinya akan ada vaksin untuk cegah rotavirus. Dah ada pengalaman Abbas kena rotavirus and thats why kali ni nak ambil vaksin tu. Nak cegah dari awal.  Azziz tak dapat nak ambil vaksin tu sebab dah lebih dari 6 bulan.

Lepas tuh ingatkan nak tanya paed punca kepala Maryam yang sekarang ni tetiba ada keluar macam jerawat. Lebih dari sepuluh. Pernah sekali tuh keluar besar macam bisul. Risau jugak tapi bila minta tolong kakak tanyakan kawannya (assistant to paed), dia kata tak ada apa as long as bukan bisul. Lega dah rasa. :)


With lil' princess..Anggun Maryam Putri..

Itu yang boleh nak tunggu sampai sabtu ni. Kalau tak, hari ni dah pergi jumpa paed.

*********

Matapun dah mengantuk and bantal pun dah memanggil-manggil..so gud nite!

Sunday, May 2, 2010

Weekend...

Pagi hubby memang dah kena bersihkan kipas siling. Lama sangat dah tertangguh nak buat. Mata ni pun dah naik malas nak tengok rupa kipas tu.

Petang dah pergi ke Carrefour Subang nak ambil resit contact lens dan beli kain ela untuk buat baju melayu Abbas dan Azziz + kain ela untuk bonda sebagai hadiah sempena harijadinya semalam. Untuk Maryam  memang tak beli sebab rasanya berserabut je bila tengok baby pakai baju kurung ( itu pendapat peribadi sahaja kay ).


Sekadar pegang dan tengok je lah..

Donut kegemaran mereka..

Semalam lagi sekali kami sekeluarga dinner dekat Hartz Chicken Buffet. Atas sebab system kat situ ada problem, kami yang dah tua ni dapat harga kanak-kanak. Yeehaa..




Maryam and her cousin..

Bila ada dalam restoran tu, tetiba perasan ada beberapa pasang mata yang duk mengusha. Uiks! apa cerr?? Nak kata baju tak button, tak ada pulak..nak kata seluar tak zip, lagilah tak ada..make up macam opera cina? Langsunglah tak ada.

Then hubby bagitahu " u dah macam pekerja kat sini". Whoops! memang betul lah. Dari atas sampai ke bawah semuanya lebih kurang sama je. Except for kasut je..No wonder lah ada orang mengusha tadi.



Sebelum nak balik, singgah kat MPH and dapatlah beli 2 buah buku untuk Abbas, Azziz and Maryam.


Happy bezday to my bonda & to ayahanda, thank you for the dinner..(mcm lah diorang baca blog ni..)
Related Posts with Thumbnails