Pages

Wednesday, June 30, 2010

Winter Sonata actor found dead

Mungkin ada yang masih teringat tentang pelakon lelaki dalam drama Winter Sonata yang memang meletup suatu ketika dahulu.

Sini ada artikel terbaru tentangnya..

KOREA- South Korean actor and singer Park Yong-ha has been found dead at his house in southern Seoul on Wednesday, the police said. Park's mother found him lifeless hanging from a cell phone charging cable in his room, according to the police.

After repeatedly saying "I'm sorry" to his family including his father who is suffering from a stomach cancer at around 0:40 a.m., he went into his room, local news reports said.He earned his fame as a hallyu celebrity through TV drama "Winter Sonata." Park was particularly popular among fans in Japan and Southeast Asia.

He was also scheduled to play the lead role in upcoming drama "Love Song," a remake of the film "Chum Mil Mil," with actress Yoon Eun-hye.



Image by google..



source :asiaonenews

Tuesday, June 29, 2010

Kerabu Pegaga

3 ikat pegaga
2 ulas bawang besar-dihiris
2 sudu teh gula
Perahan dari 2 biji limau nipis bersaiz kecil.
3 sudu besar kerisik kelapa yang diblend sedikit hancur

Bahan untuk diblend
6 biji cili masak bersaiz kecil
2 genggam udang kering
3 keping belacan (sebesar ibu jari)


  • Bersihkan pegaga dan dipotong halus. Potong dalam 2cm pun boleh.
  • Campurkan bahan yang diblend, bawang besar yang dihiris, 3 sudu besar kerisik kelapa dan 2 sudu teh gula ke dalam mangkuk tadi.
  • Masukkan perahan limau nipis.
  • Gaulkan rata dan siap!

Monday, June 28, 2010

'Happy Birthday to Me’ Giveaway!!

Baru first time nak cuba giveaway and giveaway ni dari Beba sempena birthdaynya yang jatuh pada hari ini. 
 
 
Happy Birthday to Me Giveaway
 
Nak tahu hadiah untuk pemenang bagi giveaway ni?? Hadiahnya ialah Personalized Mug from HeartBeat.my
 
 
 
Buat Beba..,
 
 
 

Rasa nak makan satay..

Hubby tak berapa nak sihat. Batuk datang nak bermanja dengan hubby pulak. Katanya officemate dia pun kena batuk jugak. Hurm..ini tak lain tak bukan mesti kes kena tempias batuk la ni....hihihi

Selama ni bila batuk duk makan stok ubat yang ada dalam fridge tapi kali ni hubby pergi klinik. Banyak juga antibiotik yang perlu dihabiskan.

Alang-alang dah pergi klinik ( dekat dalam Giant ), sempat juga pergi survey basikal untuk Azziz + cuci kereta + beli barang keperluan yang lain. Semenjak Azziz dah pandai naik basikal kepunyaan abangnya, terus dia syiok sampai tak nak bagi sesiapa naik sehinggakan pernah satu hari tu dia ingatkan mamanya nak naik basikal tu. Aduhai!..kalau mamanya naik, silap haribulan boleh patah besi basikal tu. Lepas je ke Giant kami terus balik rumah. Maklumlah..hubby pun tak berapa nak sihat. ( Tapi sempat juga dia makan ais-krim ).

In-door playground dekat Giant..memang sesuai!

Sementara menunggu hubby jumpa doktor..

Tapi bila malam menjelang, kami sekeluarga pergi dinner satay kajang. Tiba-tiba teringin nak makan satay pula. Tempatnya bukan di Kajang tapi cawangannya yang terletak di Kompleks PKNS Shah Alam. Tak sangka la pulak ramai umat-umat manusia yang teringin makan satay pada malam tu. Walaupun tak berapa lama sangat menunggu tapi ramai juga yang makan kat situ. Mungkin kami datang pada waktu puncak kot.


Sebelum nak balik tu sempat jugak tanya pekerja kat situ harga untuk frozen satay sebab mula-mula tu memang berhajat la jugak nak beli. Kata pekerja tu hargannya sama macam satay yang dah masak. Tapi bila difikirkan balik, siapa pulak yang nak mengipasnya nanti??

TAG..If I tagged YOU, it's because I want to know more about YOU!


Were you name after anyone?
I don't think so..

When the last time you cried?
If i'm not mistaken, last thursday..

Do you like your handwriting?
Sometimes..

What is your favorite sound(s)?
Hmm.............bila hujan turun..

Favorite smells?
Cool Water by Davidoff..

Do you use sarcasm?
Yes!..

Do you wear contacts?
No..pakai cermin mata je..itupun tengok mood..so jangan terkejut kalau jarak tv dengan i terlalu dekat..tapi kalau drive, wajib pakai!

Hugs or kisses?
Both..hahahaha..

Do you have a special talent?
Yup! Nagging..(",)

Favorite sports to watch?
Gymnastic..

Tag people to do the same thing
Liana..IdzaLia..Fieda..Siti..

Friday, June 25, 2010

Bila 24jam bersama mereka

Sejak kahwin memang tak pernah bekerja pun. Memang jadi surirumah sepenuh masa. Cuma sewaktu mengandungkan Abbas ( rasanya dalam 5 bulan ), ada pergi menghadiri sessi temuduga dekat area PJ. Tapi tak berjaya.

So that time i just duduk kat rumah and buat apa yang patut sehinggalah sekarang ni. Ada juga suara-suara yang bertanya "tak boring ke?". I think that time tak ada istilah boring kot. Ialahkan, hubby seorang yang understanding and ada je program yang dibuat. Lepak kedai mamak lewat tengah malam pun tersenarai dalam program kami..:)

Pendek cerita, Abbas, Azziz dan Maryam memang 24jam ada di depan mata. Dari awal kelahiran mereka sehinggalah sekarang ni. Bila dah 24 jam bersama mereka ni, peluang untuk menjadi cikgu kepada anak sendiri memang tidak disiakan dimana ada waktu-waktu tertentu mereka akan diajar ABCs, 123, dan sewaktu dengannya. Tapi tidaklah terlalu memaksa kerana tak nak mereka menganggap sessi pembelajaran adalah sessi yang membosankan. Apatah lagi ketika usia mereka yang masih lebih kepada bermain-main.

Cukuplah apa yang dirasakan sesuai dengan usia mereka ketika ini. Tapi sekiranya diberikan satu kelebihan dimana kelebihan yang tidak dijangka, itu sudah menjadi satu bonus bagi i dan hubby. Namun istilah melentur buluh biarlah dari rebungnya tetap diguna pakai.

Apapun, tidaklah 100% semuanya bergantung pada i semata-mata dimana hubby juga turut memainkan peranannya sebagai seorang papa.

So bila dah jadi tukang kebun, tukang masak, cikgu pada anak sendiri ( surirumah le tuh!..hehehe.. ), nak tinggalkan diorang sekejap pun agak payah lah jugak. Baik pada i mahupun mereka...hihihi..

Walaupun rumah atuk dan nenek diorang dekat dengan rumah, tak adanya diorang akan tidur dekat rumah atuk dan nenek diorang. Memang boleh dikira dengan jari. Sekarang ni pun kalau nak tinggalkan Maryam sekejap pun tak boleh nak lama. Pernah sekali tu rasanya tak sampai 15 minit letak Maryam kat rumah atuk dan neneknya, dia dah menangis.

Memang seronok bila dapat melihat mereka membesar depan mata sendiri. Dari awal kelahirann mereka sehinggalah sekarang ni. Merekalah harta yang tidak ternilai..




Bukan setakat mereka yang tak boleh berenggang dengan mamanya..malah mamanya juga tak boleh nak berenggang dengan mereka bertiga.. :)

Tuesday, June 22, 2010

Cer..Pen..

Semalam lebih kurang setengah jam Maryam duk nangis. Bila dukung pun nangis jugak. Itu belum lagi papanya yang dukung. Lagi kuat lah lontaran suara nya. Ingatkan sebab dia penat berjalan-jalan di siang hari. Tapi bila tepuk perut Maryam, bunyi macam kembung. Terus minta tolong hubby ambilkan minyak angin and sapukan kat perut + kaki Maryam. Kesian pulak bila tengok dia menangis. Dah lah lately ni Maryam kejap-kejap demam. Hurm..giginya nak tumbuh la tu.. :)

Nampaknya lepas ni kena belikan teether untuk Maryam..

Cerita pasal berjalan, sebenarnya bukan berjalan mana pun. Setakat pergi lunch dekat 101 Mall + cari kain ela. Tapi tak ada yang menarik pun. Pilihan pun tak banyak sangat. Tapi kain ela untuk baju melayu memang ada banyak pilihan. Bukan setakat warna tapi paternnya yang pelbagai jenis.

Lunch kami..

Kena habiskan ayam tu baru boleh dapat toy dari happy meal..

Apalah yang ditenungkan Azziz tu..:)

 
Seronok la tuh dah dapat toy..

Pergi 101 Mall pun tak lama. Lepas lunch and cari kain ela, terus keluar dari situ. Mood untuk berwindow shopping memang tak ada.

Monday, June 21, 2010

Khasiat Buah Beri


Mungkin tidak semua tahu bahawa buah beri walaupun bersaiz kecil, ia mengandungi banyak khasiat. Buah beri mengandungi antosanin dan paras antioksidan yang tinggi. Ianya juga kaya dengan sumber fiber untuk membantu sistem penghadaman yang sihat serta Vitamin C yang bukan sahaja membantu meningkatkan sistem imunisasi, malah membuatkan kulit anda sihat berseri!

Disini ada disertakan kebaikan 5 jenis beri..

Acai Berry
Buah unik dari hutan hujan Amazon ini dipercayai sebagai salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia. Kaya dengan antosanin, acai berry dianggap sebagai wira di kalangan buah beri kerana ia mampu meningkatkan tahap tenaga, kesihatan mental dan sistem imunisasi.


Acai Berry..

Ia juga membantu menambahbaik penghadaman, peredaran darah dan tidur disamping membantu mengurangkan berat badan, menjana jantung yang sihat dan kulit yang berseri-seri.

Blueberry
Pigmen-pigmen didalam buah ini kaya dengan khasiat antioksida, Vitamin C dan E. Buah ini juga mengandungi kepekatan pati antosanin yang tinggi - sejenis sebatian yang membantu melindungi dari sakit jantung, kanser dan gejala penyakit berkaitan usia seperti kabur penglihatan dan hilang daya ingatan jangka pendek.
Blueberry..


Mulberry
Mulberry merupakan sumber 'resveratrol' yang baik, iaitu satu bahan yang dipercayai dapat membantu mencegah kanser dan memanjangkan usia. Kaya dengan Vitamin C, buah ini biasanya digunakan untuk mengubati demam dan selesema.


Mulberry..

Ia juga digunakan sebagai ramuan dalam ubatan Cina untuk membersihkan darah dan hati, menguatkan buah pinggang serta pendengaran dan juga penglihatan.

Memandangkan mulberry mempunyai kandungan zat besi yang tinggi, ia juga digunakan untuk merawat gejala penyakit anemia.

Raspberi
Manis, wangi dan kaya dengan vitamin dan fiber, raspberi membantu mmperlahankan proses penghadaman dan mengekalkan kadar metabolisme yang tinggi dan seterusnya membantu tubuh membakar lemak.


Raspberi..

Raspberi juga terkenal dengan khasiat anti-kanser yang handal.

Cranberry
Kaya dengan Vitamin C, cranberry telah digunakan untuk merawat jangkitan - terutamanya jangkitan pada saluran kencing. Selain dari kaya dengan antioksida yang mampu mencegah penyakit jantung, ulser dan kanser dengan berkesan, buah ini juga membantu merawat serangan asma, mengurangkan kolesterol dan melindungi otak daripada kerosakan saraf berkaitan dengan usia.


Cranberry..


sumber : marigold peel fresh PowerBerries
image by google

Happy Father's Day

Buat insan yang bergelar bapa.. :)



Friday, June 18, 2010

Cerita di pagi hari

Sejuk je cuaca pagi ni. Kalau tidur mesti syiok!..:)

Lepas gosok baju kerja hubby, rutin harian diteruskan macam biasa. Hari ni pula masak awal sikit. Menunya ikan tongkol masak kicap. Cerita pasal ikan tongkol, sebelum ni memang tak makan tongkol. Family pun tak terasa nak beli spesis ikan jenis ni. Kalau tak silap, i start belajar makan pun bila dah kahwin. Hubby orang Terengganu and Terengganu kan popular dengan nasi dagang. Itupun lambat sikit nak jatuh cinta dengan ikan ni. Tapi sekarang dah boleh makan pun cuma rasanya ikan ni kalau masak kicap lagi sedap kot. :)

Ikan tongkol masak kicap..

Pagi ni pun Abbas dan Azziz dah kena mandi awal. Alang-alang diorang dah bangun + Azziz yang 'bocor' (gara-gara malam tadi minum air banyak sangat sebelum time masuk tidur la ni). Itu yang time mandi diorang dah jadi macam time mandi budak yang nak pergi tadika.

Lepas uruskan mereka berdua, diorang pun mulakan aktiviti bebas mereka dan mamanya mulakan aktiviti yang perlu.

Aktiviti mereka berdua..

And saat entry ni dibuat, Abbas dan Azziz telah pun zzzzzzzzzZZzzzzZZZzzz.........Maryam pun dah start merengek minta dilayan.

Porsche menjimatkan minyak..

Kenapa entry kali ni bertajuk 'Porsche menjimatkan minyak'? Ini kerana kereta model ni memang lain dari yang lain. Porsche jenis ini juga hanya boleh berada disekitar jalan-raya di Austria sahaja. Empunya kereta ni pun adalah seorang seniman bernama Hannes Langeder.


Harga kereta ni tak adalah mahal seperti Porsche yang lain. Sekitar €13,000 atau bersamaan dengan £11,000. Replika porsche ini dibina sendiri oleh pemiiknya agar dapat menyerupai sebuah model kereta PorscheGT3 RS yang harga sebenarnya £130,000.




Bahan yang digunakan untuk menghasilkan kereta ini adalah dari plastic pipes, aluminium foil dan scotch tape. Beratnya pula hanyalah 99.6kg sahaja!




Hannes Langeder mengambil masa selama 6 bulan (1000 jam) untuk menghasilkan replika kereta ini yang ternyata mesra alam dan menjimatkan minyak.




Kalau tengok kereta ni memang sebijik macam Porsche GT3 RS. Tapi sebenarnya  replika ini untuk projek seni yang digunakan untuk pameran yang berlangsung di Muzium Seni Lentos di Linz, Austria.


info & image by google

Thursday, June 17, 2010

Ikan yu nak masak apa..?

Yeah! It's time for me to 'melepak' depan laptop ni. Ngeh..ngeh..ngeh. Well, menu untuk malam ni simple je iaitu nasi goreng kerabu versi kampung. Maknanya nasi goreng kerabu yang pedas le tuh.

Malam ni minta tolong hubby suapkan Abbas dan Azziz makan sebab wife dia ni nak pergi ke pasar malam. Maryam seorang je yang follow mamanya. Lenguh la jugak bahu ni duk mengendong Maryam. Nasib baiklah bawa sling.

Sebab utama pergi ke pasar malam nak beli bahan mentah (ikan,daging etc). Tapi kali ni bahan mentah tak beli banyak pun. Cukup sepotong ikan merah sebagai sumber protein dalam porridge Maryam dan juga ikan yu.

Actually selama ni memang tak pernah pun makan yu. Beli ni pun sebab hari tu hubby duk nak try makan ikan spesis ni. Katanya masa zaman keciknya dulu pernah makan. Hurm..ni kes rindu la nih..

Sebelum nak beli tu, sempat lagi survey masakan yang sesuai untuk ikan ni dan cara pembersihannya. Penjual tu kata ikan ni sesuai masak kari. Pastu ikan ni kena direndam dengan air garam + air asam jawa terlebih dahulu disebabkan bau nya yang sedikit kuat. Ntahlah..orang yang tak pernah beli  macam i ni memang kena ikut apa yang dipesan.


Yu yang dibeli lagi kecil dari yang ini..image by google..

Macam biasa lah kalau dah beli ikan, memang awal-awal lagi dah suruh penjual tu siangkan ikan tu. Sampai rumah cuma bersihkan dan simpan dalam freezer.

Rupanya kulit ikan spesis yu ni dibuang sekali. Itu yang nampak togel dah ikan tu. Lepas ni nak kena guna khidmat mr google tentang resepi yu. Sesiapa yang pernah masak / makan yu, boleh lah share info sekali. :)

p/s: dapat juga beli blanket Tom & Jerry untuk Azziz..permainan basketball untuk Abbas..& tudung untuk mamanya..hehehe..

Tuesday, June 15, 2010

Siapa Teman Tidur Anda..?

Tahukah anda bahawa ada ekosistem lain yang wujud ditempat tidur? Maybe ramai yang tidak menghiraukannya..tapi percayalah sebenarnya ada ribuan bakteria, kutu, mikroskopik, kulat dan juga kuman yang setia menjadi teman tidur kita selama ini. Mungkin anda je yang tak perasan kot. :)

Actually secara tak langsung, kita juga yang menjadi 'tuan'nya. Mikro organisma ini akan terus hidup dengan bekalan kulit mati dan peluh yang dikeluarkan oleh manusia.

Hurm..bayangkanlah kalau dicampurkan dengan air liur basi yang meleleh dan 'benda-benda' lain. Dah tentulah lagi kronik tempat tidur tu.

Jangan memandang remeh tentang perkara ini sebab ianya boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit seperti gatal-gatal, masalah jerawat yang tak berkesudahan dan juga kelemumur. Selain dari itu, ia juga mampu memberi kesan kepada penyakit TB, asma, depresi, insomia dan sinusitis.


image by google..

So sila pastikan tempat tidur sentiasa bersih. Jom layan tip dibawah..

Cadar dan sarung bantal
Orang bujang terutama lelaki, biasanya setahun sekali barulah nak 'proses; tempat tidur. Dari awal tahun sampailah ke hujung tahun, cadar dan sarubg bantal yang sama je. Janganlah macam tu bro..sediakanlah dua atau tiga pasang supaya boleh diganti dua minggu sekali.

Fabrik ditempat tidur
Yang ini pun kena jaga jugak. Kalau boleh, pilihlah fabrik dari kain lembut dan nipis supaya kotoron kurang terperangkap. Pilih juga warna yang agak cerah supaya kotoron dapat dikenal pasti. Tapi bagi yang memang gemar dengan warna yang agak gelap, kenalah rajin membersihkannya walaupun ternyata kotoron tu tidak kelihatan pada dasarnya tapi kita tak tahu apa yang terselindung disebaliknya.

Mandi sebelum tidur
Kalau boleh, lepas je buat aktiviti ataupun balik dari kerja, cubalah bersihkan badan tu dulu. Janganlah terus nak golek-golek atas tilam tu pulak.

Elakkan pemakaian penjagaan diri
Jangan memakai bedak sejuk, minyak wangi atau yang sewaktu dengan sebelum tidur sebab ia boleh menambahkan masalah. Jangan salah tafsir, benda-benda tu memang boleh dipakai tapi pakailah sebelum masuk tidur.

Rajin mengemaskan tempat tidur
Tujuan bagi menghindarkan daripada hama berselindung di sebalik selimut dan bantal yang dibiarkan berselerak.

Tingkap dan pintu ditutup
Bagi mengelakkan debu dan habuk masuk berlebihan ke dalam bilik tidur.

Hindarkan dari orang lain terutamanya yang berpenyakit kulit lepak ditilam anda.
Ini kerana risiko untuk dijangkiti penyakit yang sama memang akan ada dan tukarlah cadar dan sarung bantal sekiranya ini berlaku.


sumber:Utusan Malaysia


p/s: memang suka kalau bilik tidur teratur..

Friday, June 11, 2010

Cameron Highlands

Sabtu lepas seawal 7.00am pagi dah keluar menuju ke Cameron Highlands. Sebulan sebelum tarikh nak pergi dah pun book apartment dekat Tanah Rata. Dalam pukul 9.00am lebih kami sekeluarga berhenti di R&R Tapah untuk menikmati sarapan pagi. Seriously memang ramai umat-umat manusia yang berhenti disitu. So bila nak order makanan tu memang kena beratur.

Berhenti breakfast di R&R Tapah..



Sepanjang perjalanan ke destinasi percutian kami, Azziz boleh pulak muntah sebanyak 2 kali. Sebelum ni tak pernah pulak dia muntah dalam kereta. Mungkin sebab jalan ke Cameron Highlands tu berbengkang-bengkok.

Sebelum sampai ke Tanah Rata, kami berhenti di Lata Kijang Waterfall. Siapa yang nak singgah kat sini, dinasihati agar berhati-hati kerana batu-batunya yang agak licin. Sempat jugak ambil gambar kat sini.


Lata Kijang Waterfall..

Dalam pukul 12.00pm dah sampai Tanah Rata. Disebabkan waktu check-in pada pukul 1.30pm, so kami lepak minum sambil makan jagung dan beli souvenirs dekat Loon Hing Craft Shop. Dekat sini ada bermacam jenis strawberry souvenir seperti strawberry bag, strawberry umbrella, strawberry pillows, strawberry keychains, strawberry shoes..pendek kata semuanya ada design strawberry!


Azziz tak pakai baju gara-gara 2 kali muntah..time ni memang tak sejuk..


Tempat beli souvenir..image by google..

So i've got strawberry slipper for Abbas, strawberry balloon for Azziz and strawberry doll for Maryam. And for me and hubby, just a fridge magnet.


Souvenirs for kiddos..

Okey, now i'm going to cerita about our apartment yang indah khabar dari rupa! Apartment yang dimaksudkan adalah Carnation Park (Alina Holiday). Berminat nak stay kat apartment ni pun bila guna khidmat mr google. Bila tengok image setiap ruang apartment tu kat mr google, terus je book apartment ni. Kiranya okey lah jugak kalau setakat nak duduk satu malam. Ditambah pulak dengan adanya tertera "Our Apartments are for Muslim Guests only".


Carnation Park..(Alina Holiday Apartment)..image by google..

Tapi bila je dah check-in (duit pun dah bayar habis), tak sangka lah pulak dapat apartment yang macam tu. Nak sembahyang pun kena tunggu pekerjanya datang untuk bagi kompas kiblat. Lepas tu katanya ada sediakan Astro tapi tak ada pulak disediakan astro card. Hubby pulak yang nak kena call untuk dapatkan astro card.

Electric kettle pun tak berfungsi langsung. Sarung bantal tidur pun disimpul je. Bukannya nak letak sarung bantal yang lebih sesuai. Rupa bantal tu pun dah macam bantal busuk. Bukan setakat itu sahaja, toilet dekat master bedroom pun berbau tak hengat! Gggggrrrr.....Memang ada terfikir nak snap picture apartment tu tapi malas pulak nak cari sudut-sudut yang sesuai untuk disnap.

Sepatutnya sebelum guest dah nak check-in, kenalah siapkan segala benda. And kalau apartment tu memang untuk muslim sahaja, kenalah sediakan tanda arah kiblat/kompas kiblat + sejadah.

Last-last hubby call Alina Holiday and mintak balik RM200 dari RM280. So kami rugi RM80. Lepas kejadian yang betul-betul membuang masa kami, hubby terus cari apartment yang lain. Nasib baiklah kereta hubby ada GPS. Senang sikit nak cari apartment terdekat.

Akhirnya kami stay dekat Desa Athurium Apartment. Itupun kami check dulu apartment tu sebelum comfirm nak stay. :)


Desa Athurium Apartment..image by google..

Family potrait..

Kemudian next program kami ke Strawberry Farm. Kononnya nak rasai pengalaman petik strawberry sendiri tapi tak dibenarkan sebab musim cuti sekolah. Mungkin diorang takut strawberry rosak kalau ramai sangat tangan yang nak memetik kot. Hehehe..Kesian kat Abbas sebab tak dapat nak petik buah strawberry. Abbas memang xcited nak petik buah tu sendiri. Ini gara-gara mamanya yang duk asyik bercerita kat dia la ni. So bila kat strawberry farm ni, kalau tak beli strawberry memang tak sah! :)


Bergambar di Strawberry Farm..


Nampak macam bergambar disebelah reban ayam je..hehehe..

Pic diambil dari luar..

Resepinya..strawberry, gula, whipped cream & chocolate syrup..memang besh!..

Memang favourite Abbas..

Then next program kami ke pasar malam Brinchang. Dekat sini selain dari sayur-sayuran, ada jugak jual souvenirs, makanan dan macam-macam. Untuk dinner kami cuma beli murtabak dan bahan untuk salad kerana malam tu dinner kami lebih kepada panggang-memanggang di mana lamb, ayam dan ikan telah di perap dari rumah terlebih dahulu.. Hehehe..


Pasar Malam..salah satu tarikan pelancong di Cameron Highlands..

Dinner kami sekeluarga.

Keesokan awal pagi kami dah kena bertolak ke Perak kerana atuk (sebelah ayah) meniggal dunia and program untuk melawati tempat-tempat yang menarik di Cameron Highlands dibatalkan serta-merta.


Monday, June 7, 2010

Al-Fatihah untuk mereka..

Ingatkan nak update blog tapi perasaaan sedih menyelubungi diri. Baru sahaja kehilangan atuk yang meninggal dunia pada Sabtu lepas dan hari ni pula sekali lagi perasaan sedih itu kembali semula setelah membaca entry dari blog Kerna Kasih Kita atas pemergian seorang insan yang bernama Alanna Qish binti Syarulniza ('Doa Buat Alanna')

Al-Fatihah untuk mereka..

Tuesday, June 1, 2010

Apa yang kami makan..

Sekejap je dah bulan June. Maryam pun genaplah 6 bulan usianya and lepas ni dah kena bagi dia makan 2 kali sehari. Sekarang ni selain dari porridge, dah start ajar Maryam makan cerelac. Tujuan bagi cerelac ni salah satu darinya untuk standby bila pergi keluar berjalan-jalan. Nanti bila tiba time untuk Maryam makan, tak adalah susah sangat nak cari bubur yang sesuai untuk baby.




Hari tu pergi dinner dekat Teh Tarik Kopitiam yang terletak di Empire,Subang. Rasanya lepas ni tak terasa nak makan kat situ lagi. Mee kari dan nasi goreng biasa yang di order memang tidak melepasi piawaian tekak i dan hubby. Hehehe..Tapi kalau sesiapa nak try kat situ, boleh lah pergi. :)

Kalau nak diikutkan nak dinner kat tempat lain. Tapi disebabkan jakun sangat nak cuba buaian rotan kat dalam Teh Tarik Kopitiam, itu yang boleh dinner kat situ.


Abbas siap boleh baring kat buaian tuh..

 Sekejap je duduk kat situ..takut katanya..

Time ni Maryam tidur je..

So malam tu cuma order 2 mee kari dan nasi goreng biasa untuk Abbas dan Azziz. Disebabkan tak bawa bekalan air dari rumah, kami kena order air sekali. Walaupun cuma air suam, kena jugak charge RM0.50 segelas.


Inilah mee kari yang di order..

Nasi goreng biasa untuk Abbas and Azziz..mereka share berdua..

Kemudian terus ke coffee bean session. Tapi sebelum tu hubby pergi ambil brochures Toys'R'Us. Kononnya nak bagi Abbas and Azziz. So that nanti mereka berdua duduk diam kat kerusi sambil membelek brochures tu. Tak adalah nanti kejap-kejap bangun and kejap-kejap duduk. Masa first time buat macam tu, memang mereka berdua duduk diam. Tapi kali ni tidak sama sekali.


Tengok jer..

Malam tu beli frozen yogurt sekali. Ini gara-gara meja sebelah belikan untuknya anak-anaknya sehinggakan Abbas pun nak jugak. Best jugak frozen yogurt tuh. Memang mengadap la Abbas dengan Azziz.


Frozen yogurt yang dimaksudkan..image from google coz lupa nak ambil gambar..


Suka dengan noodles dekat Pappa Rich dan roti bakar kat Old Town Kopitiam..





Related Posts with Thumbnails