Pages

Friday, September 30, 2011

Hami Melon..sedap jugak buah ini

.
 Kata penjual tu..kalau nak beli buah ni, boleh tengok dari sudut tekstur rekahan yang mengerutu kat kulit buah tu..maknanya kalau banyak line rekahan tu, kira dah masak and manis..

 Tadi mr hubby beli sekilo RM6..sekali potong memang dah habis..

Memang menyejukkan tekak..sedappppppp!

Wednesday, September 28, 2011

Bestnya kalau dapat makan lemang cicah rendang daging pedas mak

Okey..dah masuk minggu ke-3 berpantang.

So far rutin harian berjalan dengan biasa. Tak ada pulak rasa terkejar-kejar. Bila kiddos dah bangun, perkara yang perlu dilakukan is mandikan diorang. Mama diorang ni spesis yang tak nak lewat-lewatkan mandi. Memang rimas kalau tengok bebudak ni tak mandi pagi lagi. So jangan banyak cerita...........shower time!

Kadang-kadang Alli yang mendahului carta mandi terawal dan dikuti dengan kakaknya dan abang-abangnya. Then barulah start sediakan susu untuk Azziz, ribena untuk Maryam and milo untuk Abbas. Barulah aktiviti bebas bermula.

Me pulak start lah nak basuh baju and masak.

Biasanya kalau weekend or mr hubby tak kerja, dia lah yang tolong mandikan Abbas and Azziz. Tapi bila sekarang dah ada Alli, calon baru yang dimandikan sekali ialah Maryam. Oh yes! mr hubby memang sangat ringan tulang and kira no hal lah dalam bab menguruskan anak-anak.

Ok..i lap him ganda 35! hehehehe..

Sekarang ni pulak tekak ni terasa nak makan lemang. Bestnya kalau dapat makan lemang cicah dengan rendang daging pedas yang mak masak. Blurrrrrp!

Semalam lagi dah start teringin nak makan tapi bila mr hubby cari kat area sini, langsung tak ada jual. Itu hari ada tapi bila time i nak, tak ada jual pulak. Haaishh..bila nak, tak ada pulak..bila hari tu takut-takut nak makan sebab masih baru dalam pantang, ada jual pulak.

Karang ada yang beli lemang segera kang.

Tapi satu tempat yang agak yakin ada jual lemang is kat dalam Jaya Jusco. Tapi sanggupkah mr hubby nak masuk JJ semata-mata nak beli lemang yang harganya pun boleh tahan tu? Nampak gayanya kena bagi mr hubby pilihan..  

.
.



.



.



.



"u nak redah hutan cari buluh buat lemang sendiri or u nak masuk JJ?"



.

Jaundice / Kuning

Kali ni nak selit sikit info pasal jaundice atau lebih dikenali juga sebagai kuning dikalangan bayi. Jangan terkejut kerana ada diantara kita yang tidak tahu secara menyeluruh dengan jaundice ni.

Apa Itu Jaundis?
Ianya merupakan satu keadaan dimana mata dan kulit bertukar menjadi kuning. Keadaan ini disebabkan oleh tahap Bilirubin yang berlebiha didalam darah.

Apa Itu Bilirubin?
Ia adalah sejenis kimia semulajadi di dalam darah yang ditapis oleh hati dan dibuang melalui air kencing dan najis.

Bilirubin yang berlebihan didalam darah akan menyebabkan kerosakan otak dan sistem saraf. Jika ia ditahap yang sangat tinggi, akan menyebabkan kematian.

Tanda-Tanda Jaundis Yang Berbahaya

  • Kuning bermula dalam 24 jam selepas kelahiran.
  • Jika kuning sampai ke perut bayi.
  • Bayi enggan menyusu ataupun sentiasa menangis.
  • Kurang aktif dan tidak bermaya.
  • Kuning berpanjangan melebihi 2 minggu.
  • Bayi demam / sawan dan badan kejang.
  • Najis bayi berwarna tanah liat.
Kesan Jaundis
Jaundis yang tinggi boleh menyebabkan :

  • Kerosakkan otak bayi yang mengakibatkan kecacatan akal dan Serebral Palsi jenis Athetoid.
  • Kurang pendengaran atau pekak.
  • Terencat akal.
  • Masalah persekolahan apabila besar nanti.
Tindakan Ibu Bapa
Ibu bapa perlu bertindak dengan segera sekiranya bayi mereka mendapat jaundis.

Mereka seharusnya

  • Mendapatkan rawatan di hospital.
  • Meneruskan penyusuan dengan kerap.
Elakkan

  • Memberi ubatan tradisional samada scara minum atau mandi.
  • Menjemur dibawah matahari kerana ianya tidak berkesan.

sumber : risalah Jabatan Paediatrik & Unit Pendidikan Pesakit Hospital Putrajaya

Friday, September 23, 2011

Tujuan nak check demam..tapi tajuk utama masuk NICU sebab jaundice

Malam isnin Alli mula start menunjukkan keadaannya yang tak berapa selesa. Rupanya dia demam. Bila baby demam, xtra perhatian memang patut diberikan. Lebih-lebih lagi yang baru berusia seminggu.

Sekejap-sekejap me amik suhu badannya.

Next day tu pulak badan Alli still demam lagi and suhu yang paling tinggi is 38.5. Then me and mr hubby decided malam tu nak bawa Alli jumpa doc. Dah lah dengan tetiba ada naik bintik-bintik merah dekat badan dia. Mak cakap itu campak keladi. Haishhh..

Malam tu lepas maghrib terus pergi jumpa doc. But doc tak berani nak buat apa-apa sebab katanya baby baru seminggu and need to send to the hospital. Lagi satu doc cakap kuning Alli nampak tinggi.

Okey..sebelum Alli start demam, memang dah perasan Alli ada kena kuning. Tapi kuning dia tu macam antara nampak dan tak nampak je. So i just bagi breastfeed je lah sebab masa Abbas kena kuning dengan tahap bilirubinnya yang tak tinggi, doc suruh bagi susu badan sekerap mungkin untuk hilangkan kuning tu.  Itu yang boleh pegang ayat doc tu sampai ke Alli which is sepatutnya kuning ni tak boleh diamik mudah.

Lepas tu terus ke hospital. Lepas buat ujian darah, doc cakap jaundice Alli tinggi dengan bacaan bilirubinnya 300 lebih. Suhu demamnya pula cuma 37.2. Malam tu juga dalam kul 12.00am doc dah suruh tahan masuk NICU disebabkan jaundicenya yang tinggi. And diorang nak pantau demam Alli sekali.

Sampai je NICU terus baju Alli ditanggalkannya and proses seterusnya dengan meletakkan Alli dibawah lampu ultraviolet. Time ni me dah start nak sedih dah. Ialahkan..dah lah tak ada bilik untuk stay dengan Alli. Pastu dah kena buat stok susu untuk Alli.

Selama ni dah lah bagi susu direct je. Time ni lah duk fikir, "cukup ke nak buat stok susu untuk Alli ni?".."nak perah pakai apa?".. "nak isi kat dalam bekas mana pulak ni?"..

Nak tak nak me and mr hubby kena terima yang Alli akan diberi susu formula sementara i datang untuk bagi dia susu dan buatkan stok susu untuk Alli.

Sampai rumah pun dah pukul 3.30am. Then pukul 6.30am dah bangun untuk sediakan stok susu untuk Alli. Terima kasih sangat dekat my friend yang sangup bagi guna bekas dia yang belum lagi digunakan untuk simpan stok susu untuk Alli and siap bagi terus lagi. Lepas tu terus siap-siap nak pergi hospital sebab nak hantar stok susu dekat Alli.

Bila masuk je NICU, tengok Alli masih lagi diletakkan dibawah lampu ultraviolet tu dengan keadaan badannya yang ada sedikit menggigil. Bila tanya nurse, katanya Alli nak demam. Serius memang sedih!

Tak lama pun masuk dalam NICU tu sebab belum waktu melawat lagi. So kenalah me tunggu dekat lobby sementara nak tunggu lagi 2 jam setengah untuk waktu melawat. My friend yang bagi bekas tu kerja kat situ and masa 2 jam setengah tak adalah lama mana pun bila dia boleh temankan i. Mr hubby time ni memang duduk rumah jagakan Abbas, Azziz dan Maryam.

Masa tu lah dah terfikir nak beli breastpump terus sebab nak bagi stok susu untuk Alli yang cukup. Tapi bila tengah hari tu tengok Alli dah tak diletakkan kat bawah lampu ultraviolet tu and menurut kata doc, jaundice Alli dah turun and diorang nak tengok dalam 24 jam and if jaundice dia makin turun, keesokkannya Alli dah boleh keluar wad. Yes! hati berbunga-bunga..Alhamdulillah..


 Time ni Alli dah tak diletakkan dibawah lampu ultraviolet..

Petang dalam pukul 6 lebih barulah mr hubby ikut sekali tengok Alli dekat NICU. Abbas, Azziz and Maryam tinggal kejap kat rumah nenek diorang sebab hanya ibu bapa sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam NICU.

Time nak balik rumah, perasaan sedih tetap ada lagi walaupun doc memang dah cakap kalau tak ada masalah Alli dah boleh keluar wad esoknya tapi nak tinggalkan Alli dari pukul 8.00pm sampai waktu melawat esok hari tu rasa macam tak best je. Kepala ni duk fikir pukul berapa lah Alli bangun nak menyusu malam tu. Haaaishhhh..

Hari kedua Alli masuk wad, dalam tengah hari pihak hospital ada kol mr hubby. Katanya Alli dah boleh keluar wad hari tu. Hati ni bertambah berbunga-bungalah kan.


Alli dengan romper barunya..time ni dah nak balik dah.. :)

Sampai je hospital, menyusukan Alli and terus salinkan baju Alli. Lepas mr hubby uruskan bil and amik date untuk next appointment Alli, dengan syukurnya kaki ni melangkah keluar dari NICU.

Alhamdulillah..sekarang ni jaundice Alli memang tak kelihatan. Tapi perasaan risau tetap ada sebab next appointment tu lah. Kata doc appointment tu nak tengok result darah Alli. Actually sebelum nak keluar wad, doc ada amik darah Alli sikit. Katanya nak tengok punca jaundice Alli. 


Harap resultnya okey. :)


P/s: Asalnya check demam..rupanya tajuk utama masuk NICU sebab jaundice..

Thursday, September 22, 2011

Beli barang di waktu pantang

Ahad lepas pergi Empire Mall. Tujuan asal kesana sebab nak cari baju Alli..(sambil tu boleh merayau la kannnn...hehehehe).

Kesian pulak bila tengok Alli ni banyak guna baju turun-temurun. Betul..selagi boleh pakai buat apa nak membazir beli yang baru tapi bila fikir balik, apa salahnya kalau tambah sikit lagi 2-3 helai yang baru. Lagipun baju untuk pakai siang hari pun (yang still nampak cantik menarik dan daboom) cuma beberapa pasang je.

Mula-mula tu sebelum bersalinkan Alli, memang cuma belikan sepasang baju yang baru je. Tapi semalam dapatlah belikan 3 helai baby romper untuk Alli. Malam semalam jugak dah basuh baby romper tu. Tunggu masa nak pakai je.




Selain dari nak belikan baju untuk Alli, me and mr hubby memang nak cari tiang penyakut kartun-kartun yang mak long Alli belikan. Oh! nama sebenarnya memang tak tahu and thats why nama samarannya adalah tiang penyakut..ngeeeee..


 Tiang yang ni lah yang nak dicari sebenarnya..

Sebab nak sangkut kartun-kartun tu..
 
Nasib baik dapat jugak beli benda alah tu dekat dalam satu mall. Tak yah nak cari kat tempat lain lagi. Actually kartun-kartun tu dekat sample kotaknya digantung dekat stroller tapi me prefer letak dekat baby cot. Itu yang pergi mencari tiang tu.

Tapi memang tak adanya jual tiang tu semata. Tiang tu dijual sekali dengan setnya. So sekarang ni dah ada 2 spesis kartun-kartun yang boleh disangkut dekat tiang tu.


Ini setnya..lengkap dengan bunyian lullaby..

Bila Abbas, Azziz and Maryam nampak je set tiang tu, kemain teruja pulak diorang. Abbas panggil benda alah tu "Lullaby". And bila Alli nangis je, disuruhnya bukak muzik kat lullaby tu.

Alang-alang dah sampai Empire..apalagi..singgah sebentar pekena cafe latte dengan black pepper chicken pie. Slluuuurrrrrrrpppppp!


Kombinasi yang memang sesuai..black pepper chicken pie and latte..sponsored by mr hubby..

Abbas, Azziz and Maryam time ni ikut my family pergi open house dekat rumah sepupu. So hanya Alli, mr hubby and i je la yang melepak semalam.

Memang tak lama pun pergi cari barang. Lepas pergi Empire, terus singgah Giant sebab nak cari tilam untuk Alli then terus balik rumah.

.
.




.




.




.

Okey..itu saja ringkasan catatan untuk kali ini.. :)

.

Monday, September 19, 2011

Alli..demam

.



Cepat sembuh ye Alli!..

.

Thursday, September 15, 2011

Minggu pertama berpantang

Dah masuk seminggu kelahiran Alli. Alhamdulillah Alli bukan jenis yang banyak ragam. Tiba time untuk menyusu barulah dia menangis. Lepas tu tidur balik. Good boy my son!..Hehehehehe..

Pantang pulak sama macam sebelum ni. Berbengkung, berurut, bertungku, mandi air suam, pakai stoking and jaga makan tu memang ada dalam list. Bab stoking tu, bila rasa tak selesa or panas, mulalah nak ngelat bukak..(oh! sekarang ni kaki kiri tidak berstoking and kaki kanan masih lagi berstoking).

Kalau tiba time tungku pulak, mr hubby akan panaskan batu tungku atas dapur gas. Then barulah start tungku. Untuk seminggu ni memang ada assistant tapi next week rutin asal mula kembali. Semuanya akan dilakukan dengan sendiri. Untuk permulaan nampak gaya ala kadar la jawabnya...haaaaaisshhh..

Bab makan pulak..protien, karbohidrat and vitamin memang cukup. Mana yang berkhasiat memang makan je. Ulam petai pun tetap jadi santapan jugak..ngeeeee..Tapi tak banyak la. Cukup sekadar 2 biji je kononya nak buat sebagai penyedap tekak. Itupun perut dah lain macam. Pukul 4.30am boleh %$^&*#@$ and itulah penutupnya. Then barulah perut ni kembali normal.


 Mee goreng sebagai juadah minum petang semalam..

Biasanya bermula dari breakfast, lunch, hi-tea and dinner, mak lah yang akan sediakan. Dialah yang buat senaman kaki hantar makanan dalam seminggu ni. Itu belum lagi bab menghantar cucu yang kejap-kejap nak pergi rumah nenek and kejap-kejap nak balik.

Selain dari mr hubby yang mengambil alih tugasan wifenya ni, mak pun turut ambil bahagian jugak. Tapi bila bab mandikan Alli, itu memang mak seorang je yang boleh buat.

Ada time-time tu, Abbas, Azziz and Maryam pun mak yang mandikan. Tak lupa jugak ayah yang rajin sangat melayan kerenah Maryam.


 Mr hubby sedang vacum rumah setelah menerima arahan dari pihak atasan a.k.a wifenya.. :)

Thanks mr hubby! Thanks mak! Thanks ayah!..Really appreciate!

Cukuplah..lenguh dah pinggang ni duduk..nak baring pulak. Alli pun dah merengek nak susu.

Nite!:)

They Complete Me

.

 Mr Hubby..

 Ahmad Abbas Putra..

 Ahmad Azziz Putra..

 Anggun Maryam Putri..

Ahmad Alli Putra..


.

Sunday, September 11, 2011

A New Arrival

 .



Alhamdulillah..at 2.19pm, 090911 we were blessed with a baby boy. Welcome ALLI to our family!


.

Tuesday, September 6, 2011

Jom Skype

Batuk masih lagi berterusan and sakit tekak mulai reda. Tapi bila tengah pagi je, tiba time kroh kroh tu, memang sakit tekak ni. Sampai tegang perut ni rasa duk paksa tekak ni batuk...errr ada ke ayat macam tu? :)

Hari ni pulak masuk hari ke 4 mr hubby pergi outstation. Okey..gonna miss him! Cewah..

And hari ni jugak Azziz masih lagi tak lekang dari mulutnya duk tanya pasal papa dia. Balik-balik ayat yang sama "tomorrow papa naik epen (air plane) more?"..and masih lagi terselit versi pelatnya tu.

Semalam lagilah pulak..adalah dalam 5 kali duk tanya soalan yang sama. Mungkin sebab baru-baru ni mr hubby balik ke TGG naik flight and pastu sambung naik flight pada malam hari yang sama dia sampai Shah Alam disebabkan dia punya outstation tu. Itu yang Azziz duk tanya tu kot.

Operasi berjalan raya belum lagi dimulakan. Setakat pergi jalan raya rumah kakak and saudara sendiri je lah. Rumah jiran or kengkawan belum start lagi. Berhajat jugak nak bawak kiddos pergi jalan raya rumah kengkawan tapi kengkawan mana yang rumahnya terbuka disiang hari? Time weekdays pulak tu. Malam tak yah ceritalah kan. Memanglah ada tapi prefer pergi siang.

Tunggu mr hubby balik lah dulu. Lagipun sekarang ni tunggu time nak bersalin je.

Oh ye..
Bahawasanya empunya blog ini telah mula menggunakan kemudahan Skype..(orang lain dah lama guna laaaaaa..). Ialah..takkan mr hubby kat sebelah pun nak berskype bagai kan. Sekarang ni dia outstation, barulah afdal sikit nak berskype..(iyalah tu...)..Nak berskype dengan kiddos pun, diorang ada kat sebelah ni. 

Zaman sekarang ni, segala macam bentuk komunikasi telah dicipta. Jangan disalah gunakan sudah lah ye..

Okey, lepas ni nak berskype dengan mr hubby..zaassssssss



P/s : Syiok lah mr hubby..kita kat sini kena tahan mata mengantuk..yang dia kat sana baru je nak masuk time malam.

Monday, September 5, 2011

Tak sangka pulak..

.



Pagi tadi masa Maryam tengah breakfast boleh pulak dia tidur kat meja time tengah breakfast. Ingatkan dia demam tapi tak adalah badan panas mana pun. Setakat suam je.

Adakah dia masih mengantuk lagi?

Mungkin juga sebab lepas siapkan dia mandi, boleh pulak dia baring macam nak sambung tidur lagi.



P/s : Nasib baik tak jatuh.

Syawal 2011

.

Kami..dipagi raya..









Lil' Princess baru lepas makan..

 Me, Kak Long, Mak and Kak Nie..budak kecik berbaju kurung tu anak buah..yang berbaju melayu tu sudah tentu Abbas and Azziz..



Mr hubby, abang ipar and ayah sedang membelek tayar..motif Abbas tercegat disitu??..biarlah.. :)

Lepas habis sembahyang raya and sessi salam-bersalaman, terus kemas barang and mula nak beraya ke rumah saudara-mara sebelah ayah di Perak, ntah bila pulak lah tayar kereta pergi telan paku yang agak besar la jugak, terpaksalah kitorang tunggu kat luar chalet sementara tunggu tayar tu kena repair.

And nasib baik ada satu bengkel yang sangatlah berdekatan buka dipagi raya. Syukur..





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN 




.
Related Posts with Thumbnails