Pages

Tuesday, September 21, 2010

Minggu pertama Syawal

Syawal pertama tahun ni memang berada di kampung belah hubby-TGG. Memang every year kami akan ikut turn and dua hari sebelum Syawal kami sekeluarga dah ada kat TGG.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, pada malam raya satay akan berada di dapur. Tunggu time untuk di hidangkan pada tetamu. Satay ni memang menu utama di raya pertama. Lemang serta nasi impit dengan kuah kacang pun ada. Biskut raya tak payah nak cakaplah..pelbagai jenis, bentuk dan warna ada tersedia. Errk! macam bunyi lirik lagu je..

Persiapan dari segi makanan di TGG berbeza sedikit dengan persiapan di belah i. Biasanya sehari sebelum nak raya, segala macam masakan yang my family sediakan. Selain dari ketupat (pakai segera je..dah lama dah tak guna kaedah anyaman), ada disediakan rendang ayam, daging dan rendang hati bersama perut. Lemang tak payah nak cakap lah. Gerenti ada! Tapi beli je..hihihi..

Selain dari menziarahi keluarga terdekat, tak lupa juga sessi bergambar pada pagi raya. Itu dah kira perkara wajib. :)


Abbas memang teruja time ni..

Lihatlah senyuman ikhlas dari Azziz..

My baby..Maryam..

Di pagi raya pertama..

Raya ketiga dah pergi airport. Bukannya nak jemput sesiapa tapi kami sekeluaga pergi lunch kat sana. Perancangan nak lunch fast food kat bandar Kuala Terengganu je tapi disebabkan tak berminat nak meredah laluan trafik yang sesak time tu, terpaksa lah juga kami makan kat airport. Nasib baik lah harganya tak berapa nak mahal sangat dan location airport ni pun tak perlu nak redah kesesakan lalulintas. Hajat nak beraya rumah member hubby time tu pun terus terbantut dan di tunda pada malam hari.


Lunch kami..nasi lemak..

Memerhati keadaan sekeliling.. :)

Selasa pagi kami dah keluar dari TGG. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar. Sebelum sampai Shah Alam, singgah dekat rumah mak cik dahulu sebelum tiba di rumah dalam pukul 8 lebih.

Tak sampai sejam berada di rumah, ada pulak budak-budak nak datang beraya. Dah lah tengah penat time tu. Dengan secara berhemahnya "datang esok lusa boleh tak? Auntie baru sampai rumah".

Ada terfikir jugak time tu. Siapalah parents bebudak tu agaknya. Boleh pula datang nak beraya ( kononnya la..tapi niatnya lain) dalam pukul 9 lebih. Halahai..

Next day pulak kami ke Perak untuk beraya kat kampung i (belah ayah). Tapi kami tidur semalam dahulu dekat Marina Cove Resort. Untuk 1 malam, memang kami selesa stay di situ. Awal-awal lagi dah sediakan peralatan untuk Abbas dan Azziz bermain air dekat swimming pool. Termasuklah sand buckets mereka.


Marina Cove Resort..image by google..

Bersedia untuk berjalan raya..

Tak lama mana pun kami berada di Perak. Lepas je habis beraya dekat rumah saudara, terus balik Shah Alam.  Uruskan segala macam perkara then barulah zzzzzZzZzzz.. :)

Friday, September 17, 2010

Seminggu berlalu..

Seminggu sudah raya berlalu..blog pun dikirakan tempoh yag paling lama tak update. Sedia maklumlah bila tiba musim raya ni, of course la busy memanjang.

Dalam tempoh tu juga pelbagai perkara yang sempat dilakukan..






Will update soon!..


Image by Google..

Saturday, September 4, 2010

Bila raya hampir tiba..

Hampir pukul 2.00am barulah my lil' princess masuk tidur. Pada awalnya memang dia dah merengek..ingatkan merengek sebab nak tidur tapi lepas je bagi dia susu, terus je aktif. Siap boleh main tepuk tangan sorang-sorang. Dah puas tepuk tangan sorang-sorang, main bye-bye pulak. Tapi sekarang dia dah lena tidur pun..sweet dream sayang!

Sure sekarang ni semua orang duk menghitung hari nak sambut Syawal. I pulak petang tadi dah start basuh baju baru kiddos and dah siap lipat dan susun pun! Tunggu time nak simpan dalam bag je. Raya pertama tahun ni akan berada di TGG. So maknanya this year turn hubby. Hehehe..

Setakat ni persiapan biskut raya tak sama macam tahun lepas. Kalau nak diikutkan, time-time macam ni dah ada 3-4 jenis biskut + air botol dah tersusun dekat dapur. Cuma hari tu je ada beli 1 jenis kacang dan keropok kentang. Kononnya beli untuk raya tapi boleh dikatakan hari-hari duk makan kacang dan keropok tuh.

Sekolah pun dah start cuti tapi rasanya next week baru lah warga kota start balik kampung. Kalau ada yang sangkut kat traffic jam tuh, janganlah bersunggut lebih-lebih pulak sebab semua orang pun nak balik kampung.. :)



p/s :Ingatkan before balik raya nak download lagu-lagu raya. Biar kasi feel raya sikit.. hihihi
Related Posts with Thumbnails