Pages

Tuesday, December 7, 2010

Maryam 1st Birthday

1 December hari tu genap usia Maryam 1 tahun. Alhamdullilah..Maryam membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Seperti yang diwar-warkan sebelum ni, me and mr hubby memang nak buat barbecue sikit tapi bukan buat pada 1 December (Rabu) but dibuat pada hari Sabtu. Macam biasa lah..cukup sekadar family kitorang je and barbecue kali ni buat kat rumah mak.

Auntie, pak cik i satu family pun ada. Sepupu i yang sekarang ni tengah lepak kat rumah mak sempena cuti sekolah and cuti semester pun turut memeriahkan suasana malam tu.

Untuk kek pulak memanglah sangat berpuas hati. Memang orang kedai kek tu bertindak mengikut arahan...hehehe..And malam tu juga kek habis dingap oleh kami sekeluarga. Beli pun 1/2 kg. Lepas ni boleh lah tempah lagi kat situ.





 Macam-macam ada..



 Sambil makan sambil buat aktiviti bebasnya.. :)

 Makan kek dulu..

Hadiah untuk Lil' Princess, me and mr hubby belikan Toy Story ride on. Ingatkan nak jugak beli yang nampak lebih pada girl sikit macam Barbie / Mickey Mouse ride on tapi harganya pulak yang tak boleh tahan.

Mr hubby : U nak beli yang mana satu?

Me : Ingatkan nak beli yang nampak lebih pada girl sikit tapi mahal pulak. Takpelah..kita beli Toy Story punya je..

Then kitorang pun proceed untuk Toy Story. Tapi bila time dah buka kotak Toy Story tu, ada sedikit frust jugak coz nampak memang tak berbaloi beli Toy Story tu dengan harga RM159.90.

Lebih baik pulak beli mana-mana pilihan ride on yang ada jual kat Carrefour je (before ke Toy R Us, kitorang masuk Carrefour dulu).




 Toy Story ride on..

Pastu mr hubby simpan balik Toy Story tu kat dalam kotak asalnya (fuhh..nasib baik tak buang lagi kotak tu) sebaik mungkin. Esok nak pergi balik Toy R Us and tukar yang lain.

Akhirnya kitorang pilih produk Fisher Price iaitu stride-to-ride lion. Benda alah ni 2 in 1 (walker and ride) and sangatlah berpuas hati dengan stride-to-ride lion ni.


 Walker and ride..2 in 1..











Sebelum ni pernah belikan produk Fisher Price untuk Abbas 1st birthday sama macam Maryam punya. Cuma design je yang lain.

And seriously sampai sekarang ni hadiah Abbas tu still bertahan except for speaker muziknya dah rosak coz banyak sangat main sambil duk hentak benda tu kot. Lebih-lebih lagi bila main drift. Kiranya dah 3 tahun lebih usia ride on tu! So berbaloi la kan..


Dibeli pada 2007..Abbas 1st birthday..



Untuk stride-on-ride lion ni memang kena top up duit sikit but memang berbaloi-baloi. Harga asalnya RM249.90 and after diskaun (untuk Star Member), harganya terus jadi RM189.90. Potongan sebanyak RM60!

Disebabkan nak dapatkan harga diskaun tu, terus je mr hubby apply untuk dapatkan kad Star Member tu. Kad i memang dah lama jadi bahan mainan untuk kiddos!


Image by google..

Siapa yang berhajat nak apply kad tu, boleh lah apply satu. Free je. Tak ada dikenakan apa-apa bayaran. Kalau tak puas hati dengan barang yang telah dibeli, pihak Toy R Us bagi sehingga 21 hari untuk refund bagi Star Member and 14 hari bagi yang bukan Star Member. And silalah nikmati diskaunnya ye! Hehehehe..





Happy birthday to you Maryam..jadi anak yang solehan, bijak, sihat dan berakhlak mulia. Mama, papa and your brothers  love you! Mama doakan yang terbaik untuk Maryam. Muahh!

Saturday, December 4, 2010

Kek

Macam biasalah bila time-time macam ni + hujung minggu..tengah lepaking dengan mr hubby. Owh Abbas pun join sekali but hanya bergolek-golek melayan perasaan sendiri. Suruh tidur tak nak padahal dah mengantuk.

Esok pagi (tak adalah awal sangat) akan pergi ke Subang untuk belikan hadiah Lil' Princess. Mungkin pergi ke Carrefour, Subang Parade or Empire Mall. Tengoklah macam mana nanti. Then kena cari sedikit barang untuk buat barbecue and ambil kek. Macam mana lah rupanya kek Maryam nanti. Time tempah kelmarin, hanya mr hubby yang pergi sorang and mr hubby yang pilih design yang macam mana untuk kek tu. So esok kira surprise la kan. Jangan jadi lain macam sudah.

Pernah sekali dulu masa tempah kek untuk Abbas, tertinggal satu ayat kat atas kek tu. Pastu boleh pulak main tambah kat celah-celah antara dua perkataan tu. And paling tak tahan tu, ada ke patut nama Abbas disalah eja. Spoil mood je!

Bila cerita pasal kek ni, sebenarnya teringin jugak nak buat kek sendiri. Especially sekali bila tiba time-time istimewa macam birthday and anniversary. Rasa lagi best kalau dapat buat sebiji macam kat kedai kek. Cantikkkk je..

Kalau setakat nak buat buat hiasan yang simple-simple, rasanya boleh lagi tapi kalau bab-bab nak sapu krim kat sekeliling kek tu sekemas kat kedai kek, tak dapek la den nak nolong. Ilmu den tontang kek ni bolum cukup laie.. :)

Thursday, December 2, 2010

Siapalah yang menghantar SMS tu..

"ni p'cik guna kad orng,tolng isikan p'cik top up RM30 di number baru p'cik ni nom dia 0128132863,pasal p'cik Ada kes di balai polis boleh tak cepat sikit beli"

 

Mungkin ada diantara kita yang pernah terima sms macam tu or maybe yang pernah dengar tentang sms tu. Haaiishh..

 

Actually my sister pun pernah dapat sms macam tu. Bezanya sms yang my sister dapat tu berbunyi 'ayah' dan bukannya 'pakcik' tapi versionnya tetap sama iaitu minta dimasukkan top up. 

 

Kononya dalam sms tu mengatakan yang ayah sedang berada di balai polis padahal terang-teranglah ayah i sedap je lepaking kat rumah kan.

 

That time my sister ada kat tempat kerja so bila dia dah dapat sms macam tu terus je dia kol i..

 

My sister : Dik, ayah okey ke?.

(Dik adalah nama timangan manja i iaitu Adik..eeee gediks!..hehehe..)

 

Me : Okey la..napa?.

 

My sister : Ada dapat sms kata ayah kat balai polis.

 

Me : Apsal pulak ayah kat balai polis..ayah ada dekat rumah la.

 

Lebih kurang macam tu lah dialog kami 2 beradik. Suspen dibuatnya. Terus je i fikir itu mungkin taktik nak dapat free top up.

 

And tak sangka la pulak yang orang lain like my friends pun ada yang dapat sms tu..(mak diorang pun dapat jugak). Golongan bapa / lelaki tak pastilah pernah dpt sms tu atau tidak sebab setakat ni hanya wanita sahaja yang dapat sms tu. Ini yang kompius jap ni..



P/s: Macam mana nombor pemilik boleh diketahui..?

Related Posts with Thumbnails