.
.
.
Tuesday, October 18, 2011
Monday, October 17, 2011
Cottage Pie
Bahan-bahannya
400g daging lembu kisar
1 tin cendawan butang - dihiris
4 biji kentang - direbus dan dilenyekkan
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji lobak merah - dipotong dadu
200g Mozarella cheese
Daun ketumbar
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
P/s : duk nak tambah cheese ke atas pie yang telah dibakar, itu yang ada sedikit bertukar kaler.. :)
400g daging lembu kisar
1 tin cendawan butang - dihiris
4 biji kentang - direbus dan dilenyekkan
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji lobak merah - dipotong dadu
200g Mozarella cheese
Daun ketumbar
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
*daun ketumbar boleh juga digantikan dengan celery mengikut citarasa sendiri.
*kalau suka, boleh lebihkan cheese.- Panaskan minyak dan tumis bawang besar, daging lembu kisar dan lobak merah.
- Masukkan cendawan butang.
- Biarkan sehingga daging masak dan sedikit kering.
- Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
- Kemudian masukkan daun ketumbar. Kacau rata.
- Seterusnya barulah isikannya ke dalam loyang pie.
- Bubuh kentang yang telah siap dilenyekkan dan ratakan keseluruhan atasnya.
- Kemudian taburkan mozarella cheese di atasnya.
- Akhir sekali bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama lebih kurang 10 minit di dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu.
P/s : duk nak tambah cheese ke atas pie yang telah dibakar, itu yang ada sedikit bertukar kaler.. :)
Friday, October 14, 2011
Taugeh Goreng Ikan Masin
Bahan-bahannya
3 genggam taugeh halus
1 biji lobak merah - dihiris nipis
6 tangkai daun kucai - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - dipotong bulat
4 ulas bawang putih - dipotong nipis
3 keping ikan jeruk masin tenggiri - dipotong kecil
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
3 genggam taugeh halus
1 biji lobak merah - dihiris nipis
6 tangkai daun kucai - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - dipotong bulat
4 ulas bawang putih - dipotong nipis
3 keping ikan jeruk masin tenggiri - dipotong kecil
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
*i guna ikan jeruk masin tenggiri yang dalam botol (in-oil)
*boleh juga bubuh sedikit minyak yang terdapat dalam botol ikan jeruk masin tenggiri tersebut semasa menumis.- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, ikan masin dan bawang besar sehingga naik bau.
- Masukkan lobak merah serta daun kucai dan kacau rata.
- Kemudian masukkan air dan biar mendidih.
- Masukkan taugeh dan garam secukup rasa. Kacau rata.
- Biar lebih kurang 2 minit barulah diangkat & dihidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





