Pages

Monday, June 16, 2014

Sydney - DAY 2

Hari kedua di Sydney kitorang mulakan dengan melawat Darling Harbour. Kat situ ada WILD LIFE Sydney Zoo, SEA LIFE Sydney Aquarium dengan Madame Tussauds Sydney.

Dekat situ juga ada National Maritime Museum. Kalau sebut maritime tu memang dah tau lah kan apa yang ada dekat situ. Tapi kitorang tak masuk pun kat dalam tu. Takat amik gambar kat luar je.


 Queen Victoria Building..sementara tunggu traffic light nak hijau moh amik gambar dulu..

Sampai dah dekat Darling Harbour..
























Hari kedua memang lagi bertambah lenguh kaki sebab dari hotel jalan kaki ke Darling Harbour. Pastu ronda-ronda kat area situ lagi. Nasib cuaca sejuk sikit. Kalau tak komfem berpeluh tak ingat.





Habis pusing-pusing dekat situ, Mr Hubby ajak ke Birkenhead Point. Kat situ tempat factory outlet. Dalam tu ada outlet Asics, Oroton dan banyak lagilah. Tapi kitorang masuk dalam tu tak sampai setengah jam kot. Bazir duit teksi ke situ je kitorang time tu. Hahahaa..

Oh kat sini shopping mall buka sampai pukul 5pm to 6pm je. Ada satu hari tu sampai 9pm. Memang jangan nak beranganlah konon-konon nak masuk shopping mall malam hari macam kat Malaysia. Tunggulah esok siang baru pergi.

Malam tu pulak kitorang makan dekat Delima Restaurant - Indonesian Cuisine terletak di Dixon St. Dapat jugak perut ni pekena nasik. Dah lah siang tu kitorang tak lunch sebab duk carik makanan yang kena dengan tekak ni. Asyik jumpa kebab je. Nak jugak try makanan halal yang lain. First day sampai Sydney dah pekena kebab. So tak naklah hari kedua pun nak makan kebab lagi. Nasib masa tu perut tak lapar sangat. Tu yang dapat bertahan sampai dinner.





Nasi Goreng Indonesia..

Mee Goreng..


Lepas makan terus balik hotel. Pastu apalagi..Skype dengan kiddos lah!

.

Sydney DAY 1 - Vivid Fiesta

.














































Inilah Vivid Fiesta yang dimaksudkan. Kalau tengok dekat Opera Sydney House tu memang tengah tukar-tukar warna. Bukan kat situ je..kat bangunan yang lain pun ada jugak. 

Ialahkan..namapun festival cahaya, muzik dan idea. Apapun malam tu Opera Sydney House memang cantik dengan bumbungnya yang bertukar warna.

Wednesday, June 11, 2014

Sydney - DAY 1

Alhamdulillah..

Penerbangan 8 jam Air Asia D722 selamat mendarat di Kingsford-Smith International Airport, Sydney jam 9.45am 9 Jun 2014.

Pengalaman pertama melepasi kastam di Aiport Sydney agak megujakan. Setiap apa yang dibawa masuk WAJIB dideclarekan termasuklah makanan dalam tin dan megi. Anjing pengesan akan ‘memeriksa’ setiap bag penumpang yang diasingkan oleh petugas kastam dan Mr hubby adalah salah seorang yang diminta beratur untuk pemeriksaan.

Masa tu me tak kena beratur untuk pemeriksaan tersebut sebab dalam form declare tu memang tak ada bawa makanan. Yang bawanya Mr hubby..so dia yang declarekannya.

Anjing tu akan check bag setiap orang dengan cara lalu-lalu tepi bag tu. Yang tak syioknya is air liur anjing terleleh kat bag laptop. Dah jadi satu kerja pulak nak kena samak. Sebaik lepas je dari pemeriksaan tu, Mr hubby terus keluar ambik tanah kat pokok bunga bawak masuk toilet untuk samak bag tadi.

Then kitorang sampai hotel dalam pukul 12pm dengan menggunakan perkhidmatan shuttle bus. Actually bukannya bas. Van je pun which is memang dari rumah lagi dah beli online siap-siap.

Lepas check in and buat apa yang patut lepas tu baru start misi berjalan-jalan. Bermula dengan Hyde Park kemudian cari makanan dan seterusnya ke Opera Sydney House.


Hyde Park..









Sydney Tower..






Perut dah lapar and nak pusing-pusing carik kedai makan pun tak tahu kat mana yang halal. Ialah, first day sampai so kira makan apa yang ada jumpa dulu. Restoran yang kitorang jumpa is yang jual kebab. Actually sini memang banyak kedai kebab. Dalam tu ada sekali jual pizza.


Pizza for me..

Kebab kambing for Mr Hubby. Besar saiznya..







Masa hari pertama sampai tu suhu lebih kurang 16C and pakej dengan hujan. Sangatlah sejuk. Hujung jari pun dah rasa kebas. Nasib ada bawa sarung tangan Elsa Frozen...hahahahaha..

And hari tu jugak adalah hari terakhir untuk Vivid Fiesta yang bermula dari 23 May. Vivid Fiesta ni ialah festival cahaya, idea serta muzik. And kalau nak tau detail apa itu Vivid Fiesta, jangan malu-malu..silalah google.


Harbour Bridge..







Burung ni memang jinak and banyak ada kat area Opera House tu..

Permandangan kota Sydney diwaktu senja..





Dah puas lepak dekat Opera Sydney House kitorang teruskan misi mencari makanan untuk dinner pulak. Pusing punya pusing finally kitorang pilih makan Nando's. Nandos kat sini memang halal tau.

Sakit jugak kaki ni berjalan. Dari hotel ke Hyde Park dan Opera Sydney House tu memang jalan kaki je dengan jaraknya lebih kurang 2KM dari hotel kitorang. Itu baru 2KM pergi. Tambah dengan 2KM balik hotel?

Memang lotih kaki den ni ha!

P/S : Hanya me and Mr Hubby je ke Sydney and kiddos stay dekat rumah nenek diorang.  :)


Related Posts with Thumbnails