Pages

Saturday, October 30, 2010

Tofu telur dan Bebola Ikan berkuah Sos Tiram

Bahan-bahan
5 peket tofu telur-dipotong bulat dan digoreng terlebih dahulu
1 peket bebola ikan
4 sudu sos tiram
3 cawan air
1 sudu besar tepung jagung-yang telah dicampur dengan air
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

*tidak diperlukan garam kerana sos tiram memang dah sedia masin.
*time nak goreng tofu telur tu, kena angkat tofu tu dengan hati-hati supaya nanti tak adalah  hancur tofu tu.

Bahan diblend
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia



  • Panaskann minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend sehingga naik bau.
  • Masukkan bebola ikan dengan sos tiram.
  • Kemudian masukkan air dan kacau rata.
  • Masukkan tepung jagung.
  • Bubuh gula secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan tofu telur.
  • Kacau perlahan-lahan dan siap!

Kita Enjoy!..

Semua anak-anak dah tidur and mr hubby?? Owh! dia baru je sampai rumah dari melaram dengan kasut futsalnya yang baru.

Anyway, mr hubby pun dah berhenti dari memberi khidmat pada tempat kerjanya yang bla..bla..bla..bla..and mr hubby tengah bercuti sementara nak masuk kerja kat tempat lamanya. So.................mari kita enjoy!






Image by google..




Haaishh..senyum lebar nampak.. :)

Thursday, October 28, 2010

Sambal Tempe dengan Ikan Bilis

Bahan-bahan
2 genggam ikan bilis-digoreng dahulu
2 peket tempe-digoreng dahulu
1 cawan air
4 sudu besar cili boh
1/2 sudu teh asam jawa paste
1/2 sudu teh Tumix ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Diblend
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih



    
  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan bahan yang telah diblend sehingga naik bau.
  • Masukkan cili boh dan biarkan sehingga sedikit garing / pecah minyak.
  • Masukkan asam jawa paste.
  • Kemudian masukkan air dan dikacau rata.
  • Bubuh Tumix ikan bilis.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan barulah api ditutup.
  • Masukkan tempe serta ikan bilis yang telah siap digoreng.
  • Siap untuk dimakan dengan nasi.
Related Posts with Thumbnails