Pages

Thursday, April 15, 2010

Made in Sarawak

Semalam kakak sekeluarga baru balik dari Kuching. Macam-macam cerita yang digosipkan. Padahal balik seminggu je. Sesekali balik sana ada lah jugak beli buah tangan dari Kuching. Alah mesti korang dah tahu apa bendanya kan.Siapa yang tak tahu, tak dapek lah den nak nolong..hikhikhik..Mestilah ikan terubuk masin dengan kek lapis. Itu kan memang popular dekat Sarawak.


Kali ni memang besar yang dipilih..

Lepas ni kalau goreng ikan terubuk tu, sure Abbas mengadap punya. Bukan setakat ikan terubuk masin, spesis ikan masin yang lain pun dia layan je. Azziz boleh nangis pulak bila tengok ikan tu.

Biasanya kalau dapat terubuk masin, cuma buat goreng je. Tak pernah try buat resepi lain pun. Apapun sekarang ni macam dah tak heran sangat dengan terubuk masin. Mungkin pasal abang ipar orang Sarawak kot. Ialah, kalau balik sana mesti akan tapaukan terubuk masin untuk kitorang. Bukan setakat seekor, tapi berekor-ekor yang di tapau. Kekekeke..

Dulu punyalah jakun tak ingat dengan terubuk masin ni. Jiran sebelah bagi seekor pun nak kecoh satu kampung. Bila dapat, terus nak goreng je ikan tu.


Kek lapis durian & coklat walnut..

Kek lapis durian tu katanya resepi baru. Sedap jugak. Tak adalah teruk sangat rasanya. Abbas memang ambil masa lah jugak untuk dia habiskan kek tu. Ini sebab Abbas memang tak makan durian. Dia kata durian tu busuk. Disebabkan dia tak tahu itu kek lapis durian and dia beriya nak makan jugak, memang dia kena habiskan.

Dulu papa dia siap kejar dia sampai bilik pasal nak bagi Abbas rasa kenikmatan durian tu. Tapi buang masa dan buang tenaga berlari je. Abbas memang tak minat pun.

Bukan setakat tu je. Sumpit pun diorang beli jugak. Gerangan siapalah yang nak disumpitnya. Hihihi. Tapi belum sempat nak buat perhiasan kat rumah, dah patah. Kena guna sellotape la jawabnya. Kesian.. :)

p/s: tetiba rasa nak makan cendol dan korean food..(tetiba je)

4 comments:

LiAnA said...

terubuk masin tu kalau goreng garing.. tang kulit rasa sedap.. krap krup je bila kunyah hihihi...

Unknown said...

LiAnA : goreng garing memang best!

raFida oThMan ( fiEda ) said...

oh, abbas same mcm aku la....x ske mkn derian. busukkkkk!!!! saket kepale bau derian tu....

Unknown said...

fiEda : tapi ko tak mcm aku..aku mmg suka dgn durian. wangiiii!!! hehehehehe..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails