Pages

Tuesday, April 13, 2010

Ringkasan Hari Ini

Pagi tadi tak buat breakfast. Balance mee hoon goreng malam tadi masih banyak and cukup lah untuk kami 4 beranak makan. Setakat sediakan minum pagi untuk hubby and susu untuk Abbas dengan Azziz.


Inilah mee hoon yang penuh dengan khazanahnya..hehe..

Semalam tengah buat kerja kat dapur, ternampak pulak susu cair. Rasanya susu cair ni akan dibeli bila nak buat dadih untuk bebudak ni. Baru teringat yang serbuk dadih ada tersimpan dalam kabinet. Lor..memang ada pun. So hari ni terus je ambil periuk and masak dadih tu. Asalnya memang nak buat malam tadi. Tapi tak jadi pulak.

Bila bagitahu yang mama diorang nak masak ais krim, masing-masing sibuk cari stool nak tengok. Actually diorang ni panggil dadih tu ais krim. Tak kisah lah, ais krim pun ais krim lah.. :)


Jangan amalkan tanpa pengawasan orang dewasa..cewah!..

Bila dah siap, masing-masing dah tak sabar nak makan. Kejap-kejap cakap "nak ais krim". Fridge tu sentiasa di buka je. Kalau boleh tak nak tutup pintu fridge tuh. Ish budak-budak ni..


Dadih perasa epal..

Sekarang ni kalau nak angkat baju kat ampaian, berebut lah Abbas dengan Azziz nak tolong. Lepas tu tak habis-habis mulut Azziz duk menyanyi "yeah yeah help nana (mama)" sampai lah masuk dalam rumah. Bila time nak lipat baju pulak, diorang berdua pun sibuk nak join jugak. Kalau ada CD diorang, lagi rajinlah mereka berebut nak lipat.


Boleh diharap jugak bebudak ni.. :)

Awalnya tadi nak bagi diorang tengok kartun tapi bila keluar rancangan So U Think U Can Dance kat channel AXN, terus tak jadi. Mama diorang nak layan kejap rancangan tu. Kekekeke.. Tak lama kemudian Abbas and Azziz dan keluarkan bakat yang terpendam. Segala macam aksi yang ditunjukkan.


Wah! dah macam zapin je..

Abbas cakap ni macam burung..

Ini sesuai untuk mama and papa diorang..wakakakaka..

Petang hari ni goreng nugget untuk minum petang diorang. Belum sempat nugget tu habis digoreng, sudah di ngap oleh mereka berdua.Kekekeke..

Kesian pulak tengok Maryam bila dia tengok abang-abangnya makan. Tak apa Maryam, umur awak dah 6 bulan mama akan masakkan porridge untuk awak kay sayang.

BBQ Chicken Nugget..


So itu saje entry untuk kali  ni. Hikhikhik.. :)

10 comments:

Lia said...

dadih sedapkan kalau makan sejuk2.. nyaman aja rasanya..

LiAnA said...

tak penah buat dadih lagi.. nnt nk cuba lah.. serbuk dadih beli brand apa ekh?

Unknown said...

IdzaLia : yup! ni pun dah nak habis dah..

Unknown said...

LiAnA : try lah buat..manalah tau kot-kot Aqil suka..biasanya guna brand happy grass..

suzana said...

tak sangke yek....abbas n azziz dah pandai tolong mama...ingatkan pandai "kemas" je..he..he..dah bangun ke blum???

ena said...

saya buat dadih pakai resepi sendiri.. tak penah guna serbuk instant tu.. sedap tak yang tu??

Unknown said...

suzana : tolong tolong jugak..pastu boleh gaduh berebut nak lipat pulak..

Unknown said...

ena : kalau nak buat dadih memang beli yg instant..tak tahu nak buat sendiri.. :)
sedap jugak dadih tu..

suzana said...

aik...hari ni x upload blog ke????puasa ke? rasanye cam terlajak je...he...he...

Datin El said...

Anak dare akak suke sgt makan dadih ni..nak2 bulan puasa..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails