Pages

Friday, December 31, 2010

Aktiviti bersama kiddos

Dulu (masa Maryam belum lahir lagi) rajin jugak bawa Abbas and Azziz bersiar-siar kat kawasan rumah. Tak kiralah ada yang naik motor ke..basikal ke..jeep ke..or duduk dalam stroller (ini bila diorang baby la).

Bawa diorang main dekat playground yang ada diantaranya tak cukup sifat pun ada. Apalagi kalau bukan kes vandalisme. Boleh pulak tempat untuk main slide yang bentuk bulat tu ada kat dalam longkang. Apa yang cuba ditunjukkan pun i tak tahulah. Tarik telinga sorang-sorang baru tahu.

But now dah okey sikit. Setakat ni spring rider kat situ masih lagi berkeadaan baik and buaiannya nampak ok lagi. 

Macam sekarang ni bila petang je macam biasalah, atuk diorang yang akan bawa diorang main basikal. Maryam tak adalah main. Dia bertempek dengan mama nya je lah.

Sekarang ni Maryam dah boleh jalan but still tak nak lepaskan dia jalan-jalan sendiri dekat jalan tar. Badan tak balance sepenuhnya and kang tak pasal-pasal tapak tangan luka duk asyik menahan bila jatuh.

Tapi itu hari saje je lepaskan Maryam pergi jalan-jalan. Tapi kat dalam kawasan car porch rumah atuknya je lah. Kemain xcited dia dapat jalan dari pintu rumah sampai ke gate. Last-last atuk dia pergi bawa dia main horse (nama gelaran bagi sring rider la tuh..walaupun ada diantara rupabentuknya tidak seakan-akan kuda..hehehehe) kat playground. Lagilah dia suka.


 Yeay!..naik horse..




Azziz kemain lagi dengan style tangan dipinggangnya.. :)

Main tak lama mana pun sebab masa tu hujan memang ada sedikit rintik. Disebabkan sedikit rintik tu lah yang berani bagi bebudak ni main kat luar and itu yang masing-masing pakai cap.

So terpaksalah Abbas, Azziz dan Maryam balik rumah. Takkan nak tunggu sampai hujan turun bertambah rintik lagi kan. Sebelum nak masuk ke dalam rumah tu sempat lagi mereka bertiga ni duk main-main lagi kat car porch.

 Abbas dengan basikal pertamanya..yang kini menjadi milik Azziz..

 Gambar ni nampak macam Azziz tengah buat kawad kaki pulak..hehehehe..

 Sukanya Maryam..



Itulah yang dinamakan budak. Setakat lepak kat playground tak sampai 10 minit, apa yang bestnya.. :)


.

2 comments:

LiAnA said...

tu kalau bwk pi playland ada tak agaknya yg kene seret balik umah kekeke mcm aqil.. kena umpan mcm2 kalau nk ajak kuar dr playland tu..

Sue said...

LiAnA: Itulah kak..memang kadang-kadang tu kena guna umpan pun..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails