Pages

Saturday, December 4, 2010

Kek

Macam biasalah bila time-time macam ni + hujung minggu..tengah lepaking dengan mr hubby. Owh Abbas pun join sekali but hanya bergolek-golek melayan perasaan sendiri. Suruh tidur tak nak padahal dah mengantuk.

Esok pagi (tak adalah awal sangat) akan pergi ke Subang untuk belikan hadiah Lil' Princess. Mungkin pergi ke Carrefour, Subang Parade or Empire Mall. Tengoklah macam mana nanti. Then kena cari sedikit barang untuk buat barbecue and ambil kek. Macam mana lah rupanya kek Maryam nanti. Time tempah kelmarin, hanya mr hubby yang pergi sorang and mr hubby yang pilih design yang macam mana untuk kek tu. So esok kira surprise la kan. Jangan jadi lain macam sudah.

Pernah sekali dulu masa tempah kek untuk Abbas, tertinggal satu ayat kat atas kek tu. Pastu boleh pulak main tambah kat celah-celah antara dua perkataan tu. And paling tak tahan tu, ada ke patut nama Abbas disalah eja. Spoil mood je!

Bila cerita pasal kek ni, sebenarnya teringin jugak nak buat kek sendiri. Especially sekali bila tiba time-time istimewa macam birthday and anniversary. Rasa lagi best kalau dapat buat sebiji macam kat kedai kek. Cantikkkk je..

Kalau setakat nak buat buat hiasan yang simple-simple, rasanya boleh lagi tapi kalau bab-bab nak sapu krim kat sekeliling kek tu sekemas kat kedai kek, tak dapek la den nak nolong. Ilmu den tontang kek ni bolum cukup laie.. :)

4 comments:

suzana said...

oooo....nak g shopping ari ni.....patut la...smlm duk umah...rupanye pagi2 nak kuar...

kasihredha said...

semoga kek nya ok..
tak sabar nak tengok ni :)

Sue said...

Suzana: tak adalah pagi sangat pun..

Sue said...

Kasihredha: Memang itu yang diharapkan..jeng jeng jeng jeng.. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails