Time bola tu insan yang mengadap depan tv is mr hubby. Bila part gol dijaringkan of course lah yang paling best kan. Azziz sampai nangis takut bila tengok mama and papa nya jerit gol! Dan dan tu lah mama nya pun jadi over berkali-kali duk sorak gol. Nak menyakat punya pasal. And sekali tengah syiok layan bola tiba-tiba pulak Abbas pergi tekan channel 613. Terus mr hubby kelam kabut cari remote. Hahahaha..
Menu malam tu is fast food. Mr hubby order Domino's Pizza. Dail nombor, pilih menu and sampailah pizza kitorang kat rumah. Sangatlah sesuai sambil menonton bola sambil mengadap pizza.
Kitorang ni kalau nak makan pizza memang banyak order dengan Domino's. Sampai 2 kali dapat free breadsticx. Ini kes menghargai customer la ni. :)
Kupon Domino's tak yah nak cakap lah. Bila order pizza, komfem ada dibagi sekali kupon diskaun. Itu belum lagi kupon yang mr hubby dapat masa Domino's buat promotion. And tiap kali order, kebanyakannya mesti dapat free coupun untuk regular pizza sebab pizza yang di pesan lewat sampai dari jangkaan masa 30 minit.
Free untuk regular pizza..
Baru-baru ni pulak ada buka FB and ada click 'LIKE' dekat Subang Parade fan page sebab nak dapatkan voucher semata-mata. Selama ni tak ada heran sangat nak LIKE mana-mana page kat FB ni tapi disebabkan bila baca pasal free voucher yang akan diberi, terus je LIKE..Kalau nak ambil vouvher tu boleh pergi terus ke information counter nya. Tak yah nak jawab apa-apa slogan or soalan. Yang penting LIKE je. Memang kojo yang sonang! :)
Free ticket FireFly untuk 2 orang ke Kota Kinabalu & Kuching pun ada diberi khas untuk peminat Subang Parade. Bagus betul Subang Parade ni kan.
Tapi nak buat macam mana..orang lain yang dah dapat tiket tu. Kitorang ni sekadar voucher RM10 untuk MPH. Memang itu yang paling sesuai kalau nak dicomparekan dengan voucher yang lain and dapatlah beli 1 buku cerita (RM8.90) Thomas & Friends untuk kiddos.
Sebelum terkedek-kedek nak ambil voucher tu, kitorang lunch dekat Swensen's. Siapa yang makan kat Swensen's sekarang ni, boleh dapat 50% untuk second meal. Tapi hanya untuk Star Member (Toys R Us) je.
Lil' Princess berpura-pura tidur..hehehehe..
Mega burger for mr hubby, sirloin steak for me and beef burger from kids menu for kiddos. Siapa yang belum lagi cuba menu mega burger kat Swensens ni, silalah mencuba sebab memang sedap! Kat menu tu siap ditanda all time feveret.
Size burger tu memang besarrrrr and sesiapa yang tak boleh nak habiskan, sila lah tapau bawa balik rumah macam yang kitorang buat. Rugi kalau tak habiskan burger tu.
Mega burger..yummie..
Mega burger..ada chicken ham, telur, terung, salad, keju, and of course daging..RM24.90
Sirloin steak tu biasa-biasa je. Agaknya chef tu lupa dah berapa kali dia bubuh garam kat dalam black pepper sauce tu. Itu yang tawar je rasanya.
Sirloin steak..RM31.90
Kids menu pulak dibagi sekali dengan air. Order satu plate and diorang share 3 beradik. Maryam pun cuma banyak makan fries and sayur dari pinggan mama and papa nya.
Kids menu..beef burger ..1 for Abbas & 1 Azziz..RM9.90
Sebelum nak balik tu, staff kat situ bagi table calender sebab total bill kitorang lebih dari RM20. Bagus jugak dapat table calender tu sebab i memang memerlukannya. Senang siket nak catat tarikh beli gas masak, tarikh-tarikh penting dan yang sewaktu dengannya.
Yang paling best sekali is kat kalender tu disertakan sekali discount voucher selama setahun. Lain bulan lain diskaunnya. Tapi tak ada maknanya every month nak mengadap Swensen's. Kalau diskaunnya memang best, bulan itulah yang menjadi pojaan hatiku.. :)
Dapat 2 sekali..
Itulah yang kitorang lakukan pada sabtu dan ahad yang lepas.. :)
*Rasany kena order main course untuk dapatkan 50%..
3 comments:
sue, akak kalau order domino siap cakap lagi, kalau lambat pun akak tak kisah ...hihihi...kata2 penuh makna...
sedap2 ye menu.. yumm...
Kasihredha : akak..memang kata-kata yang penuh makna tu..
Lia : Yang mega burger tu memang disyorkan! Sedapp..
Post a Comment