Pages

Thursday, December 30, 2010

Ole..ole..ole..ole..

Ole..ole..ole..ole..kita menang..kita menang..yabedabeduuuuuuuu!..Tahniah untuk pasukan bolasepak Malaysia yang telah berjaya memenangi piala AFF Suzuki 2010. Tingkatkan lagi prestasi ok!

Lepas ni mesti ada yang feeling-feeling dengan keeper Malaysia la tuh..

Oh esok cuti umum sebab Malaysia menang so siapa yang berhajat nak balik kampung tu (dah macam pesanan sempena hari raya pulak)..berhati-hati dijalan raya. Actually memang sepanjang masa kita kena berhati-hati. Tak payah nak tunggu raya pun.

Sekarang tekak rasa nak makan prosperity burger. Ni yang kena beli jugak ni sebab dah lah setahun sekali je burger tu keluar. So harus lah kita membeli.. Kalau nak dicomparekan dengan burger McD yang lain, i suka spicy chicken and prosperity burger sahaja. Burger yang lain tu memang makan tapi dua tu je yang menjadi pilihan dihati.

Bila cerita bab burger ni, paling suka burger yang ada letak bawang. Tak kira lah burger tu beli kat tepi kedai mamak ke, tepi jalan ke..mesti "bang..mintak bawang lebih sikit". Mr hubby pun suka kalau burger tu ada bawang. Sehati sejiwa la katakan.. :)

Bukan setakat burger je, kalau makan laksa tu, komfem letak bawang lebih sikit. Maggi pun sama. Kalau buat maggi tu, mr hubby kalau tak letak bawang memang tak sah! Tapi tak boleh lah nak makan maggi tu selalu sangat ok.

Ingat tak last year kot..McD ada keluarkan menu red bean mcflurry. Sedap jugak. Tapi my sister cakap this year tak ada menu tu. Mungkin orang macam i je yang suka. Itu yang dah tak ada dah. Minoriti sungguh!

Okey..petang ni nak buat minum petang untuk anak-anak kesayangan. Abbas and Azziz dah request pau. Diorang ni memang suka makan pau. Kalau keluar beli barang dapur, memang akan beli stok frozen pau. Dulu pernah jugak try buat sekali. Rupa bentuk memang dah nampak tapi rasanya kurang sikit. Ni yang kena tuntut ilmu lagi ni.

Tataaa..

4 comments:

kasihredha said...

yes yes yes yes Malaya menang...
Alhamdulillah..

Anak buah akak dah feeling2 kat Fahmi & sure ramai yg begitu.

Akak pun suka prosperity bugger..tp sayang cuma ada sekali setahun, biasanya dekat2 chinese new year.

Unknown said...

Kasihredha: Akak..best sangat malaysia sudah menang..seperti yang dijangka kan..mesti ada feeling2 kat keeper tu..

memang sekali setahun je..itu yang kena rebut peluang tu..hehehehe..

LiAnA said...

ramai betul yg like fanpage si fahmi tu.. akak pun suka bawang.. burger mcd quater pounder yg akak suka selain prosperity.. sbb bawang rangup hihi..

Unknown said...

LiAnA: mmg pun kak..quater pounder? sue cuba nak ingat mcm mana rupanya..lupa plak..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails