Pages

Wednesday, December 29, 2010

Talapia Merah Goreng Bercili

Bahan-bahannya
2 ekor ikan talapia merah-digoreng garing
1 cawan air
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 biji bawang besar-dipotong bulat
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk dikisar
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
7 biji cili merah

*boleh digunakan daun sup sebagai hiasan..kalau tak ada pun tak apa..




  • Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan yang siap dikisar sehingga sedikit garing.
  • Masukkan air.
  • Masukkan pati ikan bilis dan kacau rata.
  • Taburkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat. Kacau rata dan barulah ditutup api.
  • Seterusnya barulah dituangkan ke atas ikan talapia yang telah digoreng garing.
  • Taburkan daun sup diatasnya dan sedia dihidangkan.

2 comments:

kasihredha said...

wah...sungguh tak tahan melihatnya..:)

Sue said...

Kasihredha : ratah mcm tu pun sedap jugak..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails