Pages

Monday, January 3, 2011

Kiddos

Malam ni memang paksa kiddos masuk tidur awal sebab esok ada program yang memang dinanti-nantikan. Itupun saat entry ni mula dibuat, Abbas still lagi tak tidur. Adik-adiknya dah lama dah tidur. Apalah yang duk difikirkan Abbas sekarang ni ye. :)

Okey..sepatutnya tarikh appointment Lil' Princess dengan paed hari Selasa yang lepas but me and mr hubby plan nak pergi on Saturday. Disebabkan malam semalam pulak ada aktiviti melebarkan size pinggang (makan-makan lerrr..), so hari ni lah baru pergi. Itupun nyaris-nyaris terlupa. Inilah akibatnya bila lupa nak catat kat kalendar.

Me : Bi, malam ni ada appoinment Maryam la..

Mr hubby : A'ahhhhhhhhh..  (dia punya a'ah tu kemain panjang je sambil menganggukkan kepala)

Me : Nasib baik i ingat..

Bukannya tak boleh pergi siang hari tapi klinik kanak-kanak yang kitorang pergi tu memang start buka pukul 6pm-9pm. Itu yang kitorang prefer pergi malam. Kalau waktu siang macam pagi or tengahari ke, paed ni ada kat SMC. Dia ni ada 2 klinik.

And macam biasa, lepas maghrib tadi terus pergi jumpa paed untuk appointment Lil' Princess. This time ambik vaksin pneumococcal untuk dos kedua. Lepas ni tak payah nak ambil lagi coz dah lengkap. Vaksin-vaksin lain seperti yang telah ditetapkan oleh government pun memang dah lengkap dah.

Setiap kali appointment dengan paed, mesti kena timbang berat dulu and malam tadi ukuran lilit kepala + ketinggian Maryam pun diambil sekali. Paed cakap berat Maryam tak cukup lebih kurang 700g untuk ketinggiannya sekarang. But me and mr hubby tak payah nak risau sangat coz ianya tetap dalam kategori normal. Alhamdulillah..

Paed siap ajar supaya sayur diblendkan biar bila nak makan nanti, tak adalah nampak rupa sayur tu. Tapi itu bukanlah satu masalah bagi i. So far my kids tak ada masalah untuk makan sayur.

Yang masalah nya (actually tak adalah masalah sangat pun) ialah bila disuapkan nasi, tak berapa nak heran sangat pun. But bila masak spesis-spesis mee..tak kiralah mee kuning ke..keow tiow ke..pasta ke..komfem laju je habis. Tapikan..hari tu (lupa pulak bila) Maryam memang banyak makan nasi kalau nak dibandingkan dengan hari-hari lain yang dia makan nasi...komfem dia lapar time tu.

Me : Abbas..Azziz..makan lah..
Abbas : Abbas don't want
Azziz : Done..lo want nana (don't want mama)

Me: Okey..later if you are hungry, mama tak tahu ok..no toast, no biscuit and no pau..
(Dan dan tu nak sambung makan..)

Bila difirkirkan balik, elok lah pulak masak apa yang bebudak ni suka makan. Kalau masak beriya pun tapi end up mama diorang yang habiskan pun tak guna jugak. Pastu mama diorang pulak yang risau duk fikir yang diorang ni kenyang atau tak.

Lagipun tak bermakna budak kena makan nasi selalu coz nasi tu boleh digantikan dengan karbohidrat dari sumber yang lain macam roti, mee and pasta. And ketiga-tiga tu lah yang memang kiddos suka makan.

So bila on the way balik dari klinik tadi, kepala ni dah fikir menu untuk bebudak ni. Esok nak masak bla bla bla bla..lusa nak masak bla bla bla bla..hari selepas lusa nak masak bla bla bla bla..Yang penting ada sumber protein, vitamin, karbohidrat!

Lepas ni nak try masak lasangna pulak. Sebelum ni memang tak pernah buat pun. Manalah tahu kot-kot ada dalam senarai makanan kegemaran kiddos ke kan. Tungguuuuu.. :)

2 comments:

Eira Nazira said...

maryam sakit apa .??

Unknown said...

EIRA NAZIRA : Maryam tak ada sakit apa pun..dia cuma pergi ambil vaksin untuk mencegah dari penyakit tertentu..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails