Pages

Tuesday, June 15, 2010

Siapa Teman Tidur Anda..?

Tahukah anda bahawa ada ekosistem lain yang wujud ditempat tidur? Maybe ramai yang tidak menghiraukannya..tapi percayalah sebenarnya ada ribuan bakteria, kutu, mikroskopik, kulat dan juga kuman yang setia menjadi teman tidur kita selama ini. Mungkin anda je yang tak perasan kot. :)

Actually secara tak langsung, kita juga yang menjadi 'tuan'nya. Mikro organisma ini akan terus hidup dengan bekalan kulit mati dan peluh yang dikeluarkan oleh manusia.

Hurm..bayangkanlah kalau dicampurkan dengan air liur basi yang meleleh dan 'benda-benda' lain. Dah tentulah lagi kronik tempat tidur tu.

Jangan memandang remeh tentang perkara ini sebab ianya boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit seperti gatal-gatal, masalah jerawat yang tak berkesudahan dan juga kelemumur. Selain dari itu, ia juga mampu memberi kesan kepada penyakit TB, asma, depresi, insomia dan sinusitis.


image by google..

So sila pastikan tempat tidur sentiasa bersih. Jom layan tip dibawah..

Cadar dan sarung bantal
Orang bujang terutama lelaki, biasanya setahun sekali barulah nak 'proses; tempat tidur. Dari awal tahun sampailah ke hujung tahun, cadar dan sarubg bantal yang sama je. Janganlah macam tu bro..sediakanlah dua atau tiga pasang supaya boleh diganti dua minggu sekali.

Fabrik ditempat tidur
Yang ini pun kena jaga jugak. Kalau boleh, pilihlah fabrik dari kain lembut dan nipis supaya kotoron kurang terperangkap. Pilih juga warna yang agak cerah supaya kotoron dapat dikenal pasti. Tapi bagi yang memang gemar dengan warna yang agak gelap, kenalah rajin membersihkannya walaupun ternyata kotoron tu tidak kelihatan pada dasarnya tapi kita tak tahu apa yang terselindung disebaliknya.

Mandi sebelum tidur
Kalau boleh, lepas je buat aktiviti ataupun balik dari kerja, cubalah bersihkan badan tu dulu. Janganlah terus nak golek-golek atas tilam tu pulak.

Elakkan pemakaian penjagaan diri
Jangan memakai bedak sejuk, minyak wangi atau yang sewaktu dengan sebelum tidur sebab ia boleh menambahkan masalah. Jangan salah tafsir, benda-benda tu memang boleh dipakai tapi pakailah sebelum masuk tidur.

Rajin mengemaskan tempat tidur
Tujuan bagi menghindarkan daripada hama berselindung di sebalik selimut dan bantal yang dibiarkan berselerak.

Tingkap dan pintu ditutup
Bagi mengelakkan debu dan habuk masuk berlebihan ke dalam bilik tidur.

Hindarkan dari orang lain terutamanya yang berpenyakit kulit lepak ditilam anda.
Ini kerana risiko untuk dijangkiti penyakit yang sama memang akan ada dan tukarlah cadar dan sarung bantal sekiranya ini berlaku.


sumber:Utusan Malaysia


p/s: memang suka kalau bilik tidur teratur..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails