Pucuk ubi-dibuang tangkainya & diramas bersama garam hingga lecur. Kemudian dibasuh dan
ditoskan / diperah buang airnya.
4 sudu besar cili mesin / cili boh
Segenggam ikan bilis
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Bahan Untuk Dikisar
6 batang serai
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
- Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis. Goreng hingga separuh garing.
- Kemudian masukkan kesemua bahan yang telah dikisar sehingga sedikit garing.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Selepas itu masukkan pula pucuk ubi yang telah siap dibasuh dan ditoskan / diperah tadi.
- Kacau rata dan biar sehingga pucuk ubi agak kering.
- Siap!
Pucuk ubi yang telah siap diramas dengan garam..
P/s : bila mak nak masak menu ni, me sangatlah suka!
.
5 comments:
Sedap ni makan ngan nasi panas2.
Marsita : Betul tu!:)
tak pernah makan, buat lagi lah.. sure sedap kan exotic food..
Azian Elias : Kak Yan..cubalah buat..manalah tahu kot-kot kena dengan tekak kak Yan kan..
nom nom nom sekejap jer licing abis tu!
Post a Comment