Pages

Friday, December 30, 2011

I'm Still Here

.



Yes..I'm Still Here..



.

Rainbow Butter Cake

Bahan-bahanya
250gm butter
200gm gula
210gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
5 biji telur








  • Masukkan butter, gula, tepung gandum dan baking powder ke dalam mixer dan adun sehingga sebati.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga ia tidak berbintil atau sehingga ia sedikit kembang.
  • Bahagikan adunan tersebut kepada 4 bahagian dimana setiap satu bahagian dibubuh sedikit pewarna biru, kuning, koko dan dibiarkan plain.
  • Isikan adunan tersebut dengan berselang-seli ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit marjerin sehingga habis.
  • Bakar ke dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160C selama lebih kurang 40 minit / sehingga masak.
*Bagi memastikan kek telah masak, boleh diuji dengan mencucuk lidi dibahagian tengah kek tersebut. Sekiranya masih ada adunan yang melekat pada lidi tersebut, ini bermakna kek belum masak sepenuhnya dan sekiranya adunan tidak melekat, kek tersebut telah masak.

*boleh tukar pewarna mengikut kesukaan sendiri.

.

Minat dinosaur pulak

Lately ni Azziz dah minat benda yang baru. Kali ni dia minat dengan dinosaur. Tak tahulah macam mana di boleh minat dengan dinosaur ni. Sampaikan boleh tengok cerita Jurassic Park yang entah tahun bila punya cerita semata-mata nak tengok dinosaur kat dalam movie tu.
















Katanya ini dinosaur..okeylah..diterima..



Kalau dulu tak habis-habis minat dengan car sekarang sudah beralih arah pulak. Macam buku dinosaur tu..buku tu beli kat Taipan masa Alli ada appointment dengan  paed. Kebetulan kat situ ada book shop so kena jugak singgah sebentar sebab karang memang meraung lah dia melalak sebab dia duk tunggu buku dinosaur tu dari hari ke hari.

Pantang mr hubby dah balik dari kerja je duk tanya  ada beli buku dinosaur ke tak. Itu yang terus beli je masa kat Taipan hari tu.

Sekarang ni pun manjang nak lukis, mesti ada selit nak lukis dinosaur. Siap dinosaur yang dilukis tu ada bibir macam angelina jolie!




Pastu masa kitorang gi Singapore hari tu, bila kitorang sibuk nak belikan tshirt untuk Abbas, Maryam dengan Alli, seboleh-boleh dia tak nak beli kalau tak ada gambar dinosaur. Siap no hal punya kalau kata beli masa dah balik rumah nanti. Padahal yang lain duk xcited dapat baju baru. Tapi last-last dia pilih jugak tshirt gambar haiwan lain. Tahu pun nak mengalah.

Tshirt dinosaur tu pulak baru je beli kelmarin. Kebetulan masa keluar beli bahan mentah kat pasar malam, ternampak tshirt dinosaur. Terus je beli. Anak punya pasal.

Me : Bi, kalau Azziz tengok tshirt dinosaur ni komfem suka

Mr hubby : A'ah..boleh lah beli

Okey..kalau nak beli,kena beli semua. Barulah adil kan. So dari sehelai tshirt dinosaur, dapat jugak beli untuk Abbas dan Maryam. Untuk Alli? Dia memang dah ada stock baju baru.


Cuba meniru aksi dinosaur..

 Ini lah spesis dinosaur yang kerap Azziz buat..mahupun dirumah sendiri, didalam kereta, dikampung, dirumah neneknya mahupun di hotel! Tak habis-habis dengan dinosaur!..


Me : Bi..agak-agak kalau dah tua nanti bila i mintak bebudak ni beli bedak nyonya, u rasa diorang terus beli tak? 

Mr hubby : Tengok macam mana cara kita didik anak kita lah..



Hmmm..sangat mencabar!

.
Related Posts with Thumbnails