Pages

Friday, December 30, 2011

Rainbow Butter Cake

Bahan-bahanya
250gm butter
200gm gula
210gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
5 biji telur








  • Masukkan butter, gula, tepung gandum dan baking powder ke dalam mixer dan adun sehingga sebati.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga ia tidak berbintil atau sehingga ia sedikit kembang.
  • Bahagikan adunan tersebut kepada 4 bahagian dimana setiap satu bahagian dibubuh sedikit pewarna biru, kuning, koko dan dibiarkan plain.
  • Isikan adunan tersebut dengan berselang-seli ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit marjerin sehingga habis.
  • Bakar ke dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160C selama lebih kurang 40 minit / sehingga masak.
*Bagi memastikan kek telah masak, boleh diuji dengan mencucuk lidi dibahagian tengah kek tersebut. Sekiranya masih ada adunan yang melekat pada lidi tersebut, ini bermakna kek belum masak sepenuhnya dan sekiranya adunan tidak melekat, kek tersebut telah masak.

*boleh tukar pewarna mengikut kesukaan sendiri.

.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails