Bahan-bahan
Itik - me guna dalam 12 ketul
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar madu
1 sudu teh garam
1 biji bawang besar - diblend / ditumbuk
3 ulas bawang putih - diblend / ditumbuk
Minyak untuk menggoreng
Daun sup untuk hiasan - x bubuh pun okey je
Bersihkan dan toskan itik yang hendak digoreng.
Gaulkan kesemua bahan kecuali daun sup dengan rata.
Panaskan minyak dalam kuali.
Gorengkan itik kedalam kuali sehingga masak dengan menggunakan api yang sederhana besar.
Setelah masak, angkat dan terus masukkan ke dalam microwave dan masakkan itik tersebut lebih kurang selama 5 minit dalam suhu mid low.
Selepas 5 minit, asingkan itik tersebut ke dalam pinggan yang lain dan bolehlah hiaskan dengan daun sup.
Sedia dihidangkan! :
P/s : sedap jugak cicah itik ni dengan sos nasi ayam. Tapi bukan dari jenis sos nasi ayam yang manis tu. :)
This is personal blog and the view and opinions expressed here represent my own and everythings in this blog is HAK MILIKPERIBADI melainkan ada yang tertera dari mana sumber diperolehi. DILARANG sama sekali mencetak atau mengeluarkan mana-mana gambar yang terdapat di dalam blog ini sekiranya secara jelasnya diperolehi bukan dari third-party. Bagi yang ingin berkongsi mana-mana info yang terdapat di dalam blog ini, boleh menyatakan dari mana sumber diperolehi.