Itik - me guna dalam 12 ketul
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar madu
1 sudu teh garam
1 biji bawang besar - diblend / ditumbuk
3 ulas bawang putih - diblend / ditumbuk
Minyak untuk menggoreng
Daun sup untuk hiasan - x bubuh pun okey je
- Bersihkan dan toskan itik yang hendak digoreng.
- Gaulkan kesemua bahan kecuali daun sup dengan rata.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Gorengkan itik kedalam kuali sehingga masak dengan menggunakan api yang sederhana besar.
- Setelah masak, angkat dan terus masukkan ke dalam microwave dan masakkan itik tersebut lebih kurang selama 5 minit dalam suhu mid low.
- Selepas 5 minit, asingkan itik tersebut ke dalam pinggan yang lain dan bolehlah hiaskan dengan daun sup.
- Sedia dihidangkan! :
P/s : sedap jugak cicah itik ni dengan sos nasi ayam. Tapi bukan dari jenis sos nasi ayam yang manis tu. :)
0 comments:
Post a Comment