Pages

Tuesday, July 10, 2012

A Place Called Home

.
















Gambar-gambar diatas adalah gambar tempat berteduh kami sekeluarga yang tidak mungkin akan dilupakan kerana ia adalah rumah pertama yang kami beli. (hakikatnya mr hubby yang beli).

Dari usia Abbas yang belum pun setahun sehinggalah kini, banyak memori yang telah diciptakan bersama. Cewahhhhh..

Okey..
Memang rumah langsir merah tu rumah kitorang sekeluarga and masih segar lagi dalam ingatan saat kitorang baru beli rumah ni.

Pukul 7 pagi dah siap-siap (masa tu time menyewa lagi) nak pergi cat umah. Abbas yang baru nak masuk 6 bulan (agaknya kot) pun dibawa sekali.

Dan sekarang..







*









*









*









*






*








*








*








*












Ye..

Kitorang akan berpindah!


P/s : Nanti dimasa akan datang bolehlah kitorang tengok jugak entry mengenai rumah ni yang pernah menjadi tempat kitorang tidur, bergurau, makan, main dan sebagainya.

.

Wednesday, June 27, 2012

Tentang kami

Lama dah tak mencoretkan sesuatu disini..hmmmm..Jom mulakan dengan perkembangan anak-anak.

Abbas..
This year genap usianya 6 tahun. Dari hari ke hari duk tanya "lagi brapa hari birthday Abbas?". jenuh dah mulut ni bagitahu. Dah lah nak kena kira.

This year dia nak kek angry bird sebab dia minat dengan angry bird.

Okey..insyaAllah kalau ada, boleh beli. Kalau tak ada, kita tepekkan toy angry bird kat atas kek je. Habis cerita.

Sekarang ni bila tengok perkembangan dia dalam bab pelajaran, boleh dikatakan agak memberangsangkan. Memang nampak perubahannya. Cuma dia ni memang kena ajak baca buku sekali dengan dia. Kalau tak, memang bersantailah dia nak mulakan.

Azziz..
Dia ni masih belum buang lagi tabiat trompet dia tu lagi. Memang selamba je sambil tengok tv sambil hisap jari.

Sekarang ni pun Azziz memang dah baca Iqra'. Biasanya lepas maghrib mr hubby akan ajar Abbas dan Azziz  baca Iqra'. Pastu bila masing-masing tak dapat star / good, terus melalak.

Masih meminati dinosaur dan disimpan rapi permainan dinosaur yang dibeli mr hubby.

Maryam..
Alhamdulillah..semakin hari semakin sihat dan aktif. Pastu semakin meminati Hello Kitty. Pantang lalu depan kedai yang ada jual barang Hello Kitty mesti nak sebut "yeyo titty". Itu belum lagi ditanya samada nak or tak.  Sampaikan gambar yang bersaiz kecik pun dia boleh perasan.

Alli..
Yang si kecik ni memang tak berminat naik stroller. Komfem nangis! Pastu dah 3 kali duduk kat car seat pun mesti nangis.

Sekarang ni pulak dia suka berusaha untuk bangun dan terus berdiri tanpa berpaut pada apa-apa benda. Adakah itu tandanya dia akan cepat berjalan? Tunggu je lah nanti macam mana.

And me..
Mula minat pada bubble tea and cool blog. Siapa boleh sponsor seminggu 3 kali sehingga jemu? Honeydew ok..Hikhikhik..

Okey..itu sahaja coretan buat kali ini..yang lain semuanya dah tido. Tinggal owner blog ni je. Lepas ni nak cuci muka, pakai toner, serum, night cream, eye cream, lotion, vaselin and pasang ubat nyamuk. Sekarang ni banyak nyamuk!

Then baru boleh kroooohhh kroooohhh..zzzZZzzzZZZZzzz..

Eh! Lupa coret pasal mr hubby malam ni.

Okey..dia semakin beruban.

Sekian terima kasih!

Sunday, June 17, 2012

Apam Polkadot

Bahan A
3 biji telur -gred A dan dari peti sejuk
275gm tepung gandum
200gm gula halus - nak manis, boleh bubuh lebih sikit
150 susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette

Bahan B
Pewarna
Filling - me tak bubuh pun
Mangkuk kertas
Piping bag
Acuan lompang
 







  • Masukkan kesemua bahan A ke dalam mixer dan putar hingga kembang pada kelajuan maksima.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan bubuh pewarna kegemaran.
  • Masukkan ke dalam piping bag.
  • Kemudian picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah diletakkan ke dalam acuan lompang.
  • Selepas itu buat dot-dot ke atas permukaan adunan yang telah diletakkan kedalam mangkuk kertas tadi.
  • Dengan menggunakan api sederhana, kukus selama lebih kurang 10 minit atau hingga masak dalam.
  • Siap! :)

*me tak bubuh filling tapi boleh je nak guna filling strawberry, blueberry atau kesukaan sendiri. 
*untuk meletakkan filling, terlebih dahulu picitkan adunan sehingga setengah mangkuk kertas. kemudian bubuh filling dan picitkan semula adunan ke atas filing tersebut. 
*untuk membuat dot-dot, hujung piping bag dipotong pada diameter kecil.
* perlu meletakkan mangkuk kertas ke dalam acuan lompang terlebih dahulu bagi mendapatkan kedudukan apam yang cantik. 
*boleh juga nak gantikan acuan lompang dengan acuan muffin yang lebih kurang sama saiz dengan mangkuk kertas yang digunakan
*mangkuk kertas yang me gunakan bersaiz mini.
.



Rupa acuan lompang..




Resepi asal diperolehi dari My Resepi.com
.
Related Posts with Thumbnails