3 biji telur -gred A dan dari peti sejuk
275gm tepung gandum
200gm gula halus - nak manis, boleh bubuh lebih sikit
150 susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
Bahan B
Pewarna
Filling - me tak bubuh pun
Mangkuk kertas
Piping bag
Acuan lompang
- Masukkan kesemua bahan A ke dalam mixer dan putar hingga kembang pada kelajuan maksima.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan bubuh pewarna kegemaran.
- Masukkan ke dalam piping bag.
- Kemudian picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah diletakkan ke dalam acuan lompang.
- Selepas itu buat dot-dot ke atas permukaan adunan yang telah diletakkan kedalam mangkuk kertas tadi.
- Dengan menggunakan api sederhana, kukus selama lebih kurang 10 minit atau hingga masak dalam.
- Siap! :)
*me tak bubuh filling tapi boleh je nak guna filling strawberry, blueberry atau kesukaan sendiri.
*untuk meletakkan filling, terlebih dahulu picitkan adunan sehingga setengah mangkuk kertas. kemudian bubuh filling dan picitkan semula adunan ke atas filing tersebut.
*untuk meletakkan filling, terlebih dahulu picitkan adunan sehingga setengah mangkuk kertas. kemudian bubuh filling dan picitkan semula adunan ke atas filing tersebut.
*untuk membuat dot-dot, hujung piping bag dipotong pada diameter kecil.
* perlu meletakkan mangkuk kertas ke dalam acuan lompang terlebih dahulu bagi mendapatkan kedudukan apam yang cantik.
*boleh juga nak gantikan acuan lompang dengan acuan muffin yang lebih kurang sama saiz dengan mangkuk kertas yang digunakan
*mangkuk kertas yang me gunakan bersaiz mini.
.
Rupa acuan lompang..
Resepi asal diperolehi dari My Resepi.com
.
3 comments:
suka makan apam coloful ni.. follwo u dah ye
hai...salam kenal...saya follow blog ni... cantikla apam pokadot tu...
Kesuma Angsana : Ok..thnks
Lawa Collections : Ok.. thanks
Post a Comment