Pages

Tuesday, June 1, 2010

Abbas dan Azziz pun main bola jugak

Mesti ada yang tengah demam world cup sekarang ni. Tapi bagi golongan yang tidak sama sekali mengikuti perkembangan dunia bola seperti i ni, cukuplah sekadar mendengar dan melihat sahaja. Tak reti den nak menilai!

Cerita pasal bola, sekarang ni Abbas dah syiok main bola. Baik menendang bola mahupun bumping bola yang macam orang main basketball tuh. Sehingga minta dibelikan set permainan basketball lagi. Azziz pun dah mula menunjukkan aksi tendangannya. Anyway, ada ke ayat 'bumping bola' ?? Hehehe..


Elok la tuh..Abbas main bola pakai selipar..Azziz denagn crocs nya..

Setakat pasu bunga jatuh tu memang pernah berlaku pun. Kena kat kipas siling tak payah cakap lah. Nasib baik pasu tak pecah and kipas tak senget. Memang bola ni tak sesuai langsung untuk dimain didalam rumah.

Kadang-kadang memang bagi diorang main kat luar rumah. So mainlah diorang dua beradik. Kalau ada yang menangis, mesti ada yang tak kena lah tuh.


Wah!..dah macam Ronaldo ke ni?..


Skill macam dah ada..hehe..


Eloklah tuh bola sorang satu..tak payah nak berebut..

Sesekali tu kalau bukan mama diorang yang join, papa diorang sendiri yang akan join. Best jugak! Yang pastinya mama and papa diorang yang selalu dapat bola tuh.

Friday, May 28, 2010

"Abbas want same like Papa..white colour!"

Yea..esok cuti! Hehe..cam keje plak. Everytime hubby cuti or weekend mesti perasaan hepi tu berdentum-dentum. Since esok cuti hari wesak, tadi hubby bawak naik car ( ayat Azziz ) pusing-pusing kat Putra Heights. Target malam ni Warong Kopi Mak Jah. Dah lama teringin nak singgah sejak tengok cerita Casanova XXL.

Long story cut short, time hubby tengah sedap buat serobong kapal tiba-tiba plak Abbas menyampuk. "Papa, papa..Abbas nak tengok hand papa..later when Abbas grow up, Abbas want same like papa..white colour". Sambil menunjukkan rokok Marlboro kat jari hubby yang berasap tu. Bad example betul!

Memang tak patut la smoke depan budak-budak ni. Dah banyak kali sound tapi banyak kali jugak lah hubby promise tak hisap depan budak. Tapi hampeh, janji tinggal janji. Janji nak brenti jangan cakap la. Asal new year je nak quit. Awal tahun ni pun siap bagi stok rokok kat member dia lagi. Ada la 2 karton kot (beli kat duty free). Last-last hisap balik. Poodah!

Ntah la..dah malas nak suruh stop. Buang air liur je. Agaknya orang macam ni kena suruh hisap je kot. Kalau boleh encourage suruh habiskan 2 kotak sehari. Bagi reverse psycho sket.



Sirap selasih & nescafe ice for me and kiddos..

Kopi 'O' hubby buat cicah rokok..memang besh!!!!


P/S : Lately ni ayat yang Abbas suka cakap ”later when Abbas grow up, Abbas go to school..Abbas become engineer..Same like papa..go to ofis..naik airplane..Maryam also engineer. Azziz same like Cik Idah ( my SIL )..doctor..go to hospital”..hehehe..Mudah-mudahan.

Tuesday, May 25, 2010

Entry Kesihatan :)

Sebenarnya dah mengantuk nak tidur tapi tetap jugak nak bertahan. Dah 2 hari mata ni kena penyakit ketimbir. Mungkin ada yang panggil gelaran yang lain. Tapi siapa yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan ketimbir, boleh lah guna khidmat mr google. Dua minggu lepas kena dekat mata kiri and sekarang belah kanan pulak. Gatal tu memang ada and rasa nak gosok je mata ni puas-puas tapi sakit.

Baru-baru ni semuanya tak berapa nak sihat. Penyakit demam, batuk dan selesema datang menyerang. Anyway, entry sebelum ni ada cerita pasal Maryam yang kena demam. Sebaik je Maryam sembuh dari demam, terus keluar bintik-bintik merah kat muka dan badannya. Orang kata itu campak keladi. Patutlah selang 3 minggu dia kena demam.Tapi sekarang ni dah hilang dah bintik merah tu. Jerawat/bisul yang keluar kat kepala Maryam sebelum ni pun dah tak ada. :)

Sekarang ni Abbas and Azziz dah kurang batuk dan selesema. Tapi ubat tetap kena bagi makan jugak. Cuma ubat demam je dah stop bagi. Suara Abbas yang sebelum ni macam suara Ramli Sarip yang tak siap pun dah okey. Esok lusa InsyaAllah okey 100%.

Setakat ni Maryam tak ada pulak kena batuk dan selesema. Mungkin sebab Maryam kena demam sebelum ni dimana awal lagi dia dah makan ubat. Risau jugak kalau berjangkit kat Maryam. Awal-awal lagi dah pesan dekat Abbas denagn Azziz supaya tak kiss and batuk depan Maryam. Tapi faham-faham sendiri lah bila pesan kat budak yang baru berumur 4 tahun dan 2 tahun macam diorang ni. Belum tentu 100% diorang boleh ingat. :)
Related Posts with Thumbnails