Pages

Thursday, October 21, 2010

Bila adanya FB

Mengikut pengamatan diri sendiri rasanya dah 2 tahun lebih wujudnya FB dalam hidup i. Pada awalnya memang tak pernah nak ambil tahu dan juga tak berminat nak ambil tahu tentang FB ni. Tapi sebelum adanya account FB ni, i ada account Friendster dan dah lama pun i tak buka Friendster tu.

Mulanya mr hubby yang duk melayan FB ni. Bila ada masa terluang je, mr hubby akan mengadap FB. Time tu seriously memang i sendiri selalu mengeluarkan bakat yang terpendam-berleter!..hihihi..

Me : U buat apa lagi duk mengadap laptop je ni?
Hubby : Saje je tengok FB..tadi tengok Paul Tan..(blog automotive)
Me : FB amendanya dah tua-tua ni. Tak payah lah nak berFB.
Hubby : U buka lah satu account FB (wah! dah macam buka akaun bank dah ni)..
Me : Tak ada maknanya. Buang masa i je..

Lebih kurang macam tu lah dailog kitorang suami isteri pasal FB ni. Bila mr hubby buka FB je, terus lah wife dia ni pot-pet pot-pet. Time tu dalam kepala ni fikir kalau-kalau dia berchating dengan orang lain. Ialah kan, dah nama pun social networking.

Tapi ada satu malam tu, dengan tetiba je tanya mr hubby pasal selok-belok FB ni. And dalam bulan February i dah pun ada akaun FB. Dari satu benda ke satu benda yang i belajar pasal FB ni. Nak tahu macam mana nak reply komen la..nak buat status la..nak upload gambar la..and bla..bla..bls..bla..

Biasanya hujung minggu i akan dating dengan mr hubby sampai lewat malam. Masing-masing duk mengadap laptop. And time tu la yang kusyuk denagn FB ni. Siap layan maggi sekali tu!

Lepas tu berjinak-jinak pula dengan game yang ada kat FB. Pada mulanyya memang tak heran langsung pasal game ni. Tapi semenjak tengok one of my friend yang selalu share dia punya game tu, terus la nak try. Time tu start dengan game Farmville. Game yang suruh kita bercucuk tanam sambil menjaga ternakan tu. Sekali hambik kau! Terus hari-hari bercinta dengan Farmville ni.

Bangun tidur je kutip hasil tanaman. Lepas kutip hasil tanaman, bercucuk tanam semula. Kemudian bagi ternakan makan. Fuh! makcik kayo!

Me : Bi, hari ni i dapat banyak duit..
Hubby : Boleh la beli rumah nanti..
Me : Errk..?

Dipendekan cerita, lepas tu i pun main game yang jaga ikan pulak (lupa pulak nama game tu). Bukan itu sahaja..game Sunshine Ranch dan Barn Buddy pun i layan jugak. Ingat lagi time bulan puasa..sementara nak tunggu azan subuh tu, i boleh kutip hasil tanaman dan bagi ikan makan sambil mencuri hasil tanaman orang lain lagi. Sunshine Ranch dengan Barn Buddy tu memang ada time untuk kutip hasilnya and kalau tak kutip, orang lain boleh curi. So sebelum nak start tanam tu, i memang dah budget time untuk hasilnya boleh dikutip. So kalau agak-agak hari tu nak keluar, memang tak becucuk tanam la i. :)

Tapi itu time dolu-dolu la. Now satu game pun dah tak main. Buka FB pun bila rasa nak buka je. Bila dipandang satu sudut, FB ni bagus sebab kita dapat berhubung dengan rakan, saudara, guru, lecturer yang dah lama kita x jumpa or berhubung. Kira konsep keep in touch la.

Selain tu kita kena ingat juga bahawa FB ni pun ada keburukanya. Don't over the limit okey..

P/S : tadi ada google baik buruk FB ni..ada artikel tentang pengasas FB..kalau nak tahu, korang google sendiri and boleh share pendapat ok.. :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails