Baru lepas tidurkan Lil' Princess...ZZZzzzzzzz..Abang-abangnya layan channel 613 sambil menunggu pau yang sedang dikukus untuk sedia dimakan.
Mata ni pulak tak habis-habis duk keluar ketimbir. Mungkin ada yang panggil lain kot tapi yang pastinya ada timbul benjolan kecil macam jerawat dekat kelopak mata and kadang-kadang tu bahagian bawah mata. Sebelum raya dah 2 kali keluar. Itu sebelum raya..sebelum puasa pun ada jugak. Haaaissshhhhhh............kompius betul. Ibarat diri ini dah sinonim dengan ketimbir. Agaknya nak kena pergi beli permata hijrah kot. Huahuahuahuahuahua.....
Itu satu hal la kan..yang satu hal ni pulak memang tak tahulah nak cakap macam-mana.Ini cerita tentang seekor kucing (lebih dari seeokor pun ada jugak). Boleh pulak kucing tu buat projek pelaburan kat laman rumah! Kalau tak hubby yang kutip hasil pelaburannya, i lah yang akan kutip. Kalau tak kutip, mau keluar bau yang sungguh semerbak selain dari takut kalau-kalau kiddos terpijak.
Mengikut pemerhatian selama ni, kucing tu macam milik neighbor kat belakang rumah coz pernah nampak anak-anak dia duk main dengan kucing tu. Tapi kenapa neighbor belakang tu tak nak train kucing dia tempat yang sesuai untuk membuat pelaburan. Dalam pada masa yang sama pulak, tengok kucing tuh duk kehulu-kehilir macam tanpa penjaga. Kompius betul!
Berhajat jugak nak tanya neighbor tu samada itu memang kucing mereka atau tidak. Tapi bila fikir balik, kalau jawapannya YA, macam mana pulak nak terangkan pasal status kucing tu yang selalu buat projek kat laman rumah ni. Kalau jawapannya TAK, nampak gayanya kena transfer kucing tu ke tempat lain la.
Pernah sekali tu i nak halau kucing tu sebelum kucing tu sempat nak buat bahan kumuhnya kat laman, tapi tidak lah berhasil kerana kucing tuh tetap meninggalkan kesan bahan kumuhannya sebelum melarikan diri. Halahai.........
Nak marah sangat kat kucing tu (kadang-kadang mengeluh lah jugak), memang lah tak boleh tapi nak buat macam mana?
P/s : respect pada yang pandai train kucingnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment