Pages

Monday, October 25, 2010

Pneumococcal Vaccine for Lil' Princess

Baru semalam Lil' Princess dapatkan dos pertama bagi vaksin pneumococcal. Ambil kat tempat yang biasa Maryam terima vaksin wajibnya.

Kalau mengikut jadual untuk vaksin ni, bagi baby yang berumur bawah 1 tahun, 3 dos diperlukan dan sekirannya baby berusia 1 tahun ke atas, hanya 2 dos diperlukan. Untuk yang 2-3 tahun ke atas, i tak pasti pulak. :)

So masa Maryam dapat vaksin tu semalam, dia baru nak masuk 11 bulan (kiranya lagi 5 minggu Maryam 1 tahun) dan atas perbincangan kami (mr hubby & me) dan paed, Maryam hanya akan dapat 2 dos sahaja. Maybe sebab perbezaan untuk umur Maryam 1 tahun tak ada lah kami rasa beza sangat.

Paed memang ada cakap yang sebolehnya biar 3 dos coz Maryam belum 1 tahun lagi tapi paed juga tak menghalang kami untuk memilih 2 dos sahaja. Mungkin sebab tengok kami betul-betul nak ambil vaksin tu malam tadi.

Info:

Pneumokokal berlaku disebabkan jangkitan kuman pneumokokus atau streptokokus pada organ di dalam tubuh. Selepas bakteria pneumokokus menyerang dan ‘menakluki’ saluran pernafasan atas, ia boleh disebarkan secara setempat atau memasuki aliran darah atau cecair serebrospina (csf) dan menyebabkan pelbagai penyakit.

Sekiranya jangkitan berlaku pada bahagian atas salur pernafasan yang menyebabkan bakteremia (jangkitan kuman dalam darah), sepsis (keracunan dalam darah), meningitis (jangkitan bakteria dalam membran tulang belakang atau otak) dan pneumonia. Jika kuman streptokokus merebak dari dalam hidung ke bahagian atas saluran pernafasan, ia menyebabkan pneumonia (radang paru-paru), otitis media akut (radang pada bahagian tengah telinga) dan sinusitis (radang dalam hidung).

Jika ia tidak dirawat atau gagal dirawat, penyakit pneumokokal boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, masalah pembelajaran, gangguan pertuturan, lumpuh kecacatan otak dan kadangkala maut.

-susuibu.Com forum-

Actually untuk vaksin pneumococcal ni adalah pilihan ibubapa sendiri. Abbas dan Azziz memang tak pernah ambil vaksin ni. Mungkin kesedaran tentang kelebihan vaksin ni yang buatkan me and mr hubby nak ambil untuk Maryam. Bagi yang nak ambil vaksin ni untuk buah hati tersayang, harga untuk vaksin pneumococcal ni sebanyak RM250 untuk 1 dos. I ambil dekat Taipan (SMC punya paed). Kalau kat tempat lain, i'm not sure.


Love them very much!..Selepas balik dari Taipan and tengah menunggu makanan sampai..



.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails