Pages

Saturday, October 16, 2010

Tidur..tidur..tidur..tidur..

Lepas maghrib dah sampai rumah. Actually petang semalam balik kampung Melaka sebab pagi tadi ada buat kenduri arwah. Memang tidur semalam je so dalam 6.25 petang tadi dah gerak dari kampung.

Kesian kat lil' princess sebab tidur siangnya tak lena sangat. Mungkin sebab dia tengok ramai orang + suasana yang tak boleh buatkan dia tidur siang sangat. Ditambah pulak demamnya yang masih ada tinggal sisa lagi. So masuk je dalam kereta terus bagi susu and lil' princess pun tidur lena sehinggalah saat entry ni dibuat.

Mamanya pun letih gak. Dapatlah juga terlena dalam 45minit masa menidurkan semula lil' princess yang tetiba terjaga. Abbas and Azziz main la kerjanya. Mereka berdua dah puas tidur siang tadi.

Tidur lepas ni?? Owh tidak lah kot sebab nak kena simpankan lauk-pauk yang ditapau dari kampung tadi. Tapi kalau hubby dah tolong simpankan, sangatlah berterima kasih..hihihi. Then nak kena pastikan Abbas and Azziz kemaskan segala macam bentuk toys yang mereka berdua main sebelum mereka masuk tidur. Ini kerana mamanya kureng sikit bila bangun tidur je tengok rumah bersepah.

Program untuk esok hari pulak setakat ni tak ada lagi. So 100% stay bersantai kat rumah je. :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails