Pages

Saturday, October 30, 2010

Tofu telur dan Bebola Ikan berkuah Sos Tiram

Bahan-bahan
5 peket tofu telur-dipotong bulat dan digoreng terlebih dahulu
1 peket bebola ikan
4 sudu sos tiram
3 cawan air
1 sudu besar tepung jagung-yang telah dicampur dengan air
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

*tidak diperlukan garam kerana sos tiram memang dah sedia masin.
*time nak goreng tofu telur tu, kena angkat tofu tu dengan hati-hati supaya nanti tak adalah  hancur tofu tu.

Bahan diblend
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia



  • Panaskann minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend sehingga naik bau.
  • Masukkan bebola ikan dengan sos tiram.
  • Kemudian masukkan air dan kacau rata.
  • Masukkan tepung jagung.
  • Bubuh gula secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan tofu telur.
  • Kacau perlahan-lahan dan siap!

2 comments:

suzana said...

camne umah no.6 x dpt lauk tofu tu?????

Unknown said...

hahahaha..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails