Bahan Untuk Air Rebusan Ayam
1 ekor ayam yang telah dipotong.
Air
Sedikit garam
5cm halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Perencah sup / sup bunjut Adabi
- Rebuskan ayam dengan halia, bawang putih, bawang merah dan perencah sup / sup bunjut adabi.
- Masukkan sedikit garam.
- Rebus ayam dengan air yang banyak kerana air rebusan tu akan digunakan untuk memasak nasi, menyediakan sos nya dan juga sebagai sup nya.
Bahan Untuk Nasi
1 cawan marjerin
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Air rebusan ayam-sukatan mengikut anggaran beras yang nak dimasak.
Sehelai daun pandan
- Panaskan marjerin sehingga cair.
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan air rebusan ayam dan kacau.
- Masukkan daun pandan dan biar mendidih.
- Masukkan beras. Biar sampai nasi tu masak.
Bahan Untuk Sos Cili
6 biji cili masak
5 ulas bawang putih
5cm halia
1 1/2 sudu besar cuka
Garam dan gula secukup rasa
- Blendkan sekali cili masak, bawang putih, halia dengan air rebusan ayam.
- Kemudian masukkan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Bahan Untuk Sup
Baki air rebusan ayam
Garam secukup rasa
Bawang goreng
Daun sup
- Satukan kesemua bahan diatas.
Bahan Untuk Ayam
Ayam yang telah direbus
Kicap manis
Minyak untuk menggoreng
- Panaskan minyak dalam kuali
- Gaulkan ayam dengan kicap manis
- Gorengkan ayam tersebut sehingga sedikit garing. Tak perlu terlalu lama kerana ayam sudah sedia masak.
Bahan Sampingan
Salad
Timun
Tomato
*untuk kicap pula, i just campurkan kicap manis bersama sedikit kuah sup*
p/s:Kalau ayam tu dipanggang dalam oven memang sodap! :)
0 comments:
Post a Comment